“Saya Sudah Bernikah Secara Sah Dengan Ira,” – Syamsul Yusof Menjelaskan Status Terkini, Mohon Puteri Sarah Pulang Ke Rumah

Share

Sebentar tadi pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof telah menjelaskan yang dia sudahpun bergelar suami kepada Ira Kazar. Mereka telah dinikahkan di Thailand berwalikan oleh ayah pengantin perempuan sendiri, Kazar Saisi.

“Alhamdulillah syukur, saya telah sah bernikah dengan Ira yang berwalikan ayahnya sendiri. Saya telah bernikah di Thailand dan ada sebab saya bernikah di sini oleh kerana untuk memudahkan beberapa perkara. Ya, ianya telah didaftarkan, syukur Alhamdulillah, “ kongsi pengarah filem itu.

Selain itu Syamsul turut menjelaskan bahawa Puteri Sarah Liyanamasih lagi isterinya dan dia memohon agar dia pulang ke rumah dan menyelesaikan masalah dengan baik sebagai suami isteri.

Ucapnya lagi, “Puteri Sarah masih lagi isteri saya, kepada Puteri Sarah pulanglah ke rumah supaya kita oleh berbincang masalah kita dan tidak perlu dihebahkan di media sosial. Bawalah kembali anak kita balik dan berbincang apa sahaja masalah kita di rumah, tanpa perlu kita menghebahkan atau mengaibkan saya. Saya masih suami awak.”

Dalam video yang dimuat naik itu dapat dilihat pengarah filem sedang memakai baju kemeja rona putih dan berlatar belakangkan bunyi ombak. Menjelaskan lebih lanjut mengenai statusnya kini, Syamsul turut memberi sedikit pesanan kepada keluarganya

“Kepada keluarga saya, saya tidak mahu membelakangkan sesiapa sahaja. Yang saya harapkan adalah doa yang baik-baik daripada kedua ibu bapa saya, adik beradik, keluarga, sepupu sepapat.

“Saya juga berdoa mudah-mudahan keputusan yang saya buat ini dirahmati Allah dan dilindungi Allah daripada segala fitnah ataupun hasad orang, niat jahat orang,” jelas Syamsul lagi. Dia turut mengeaskan yang paling penting adalah perkahwinan yang dilangsungkannya bersama Ira sah di sisi syarak.

Mengakhiri video tersebut, Syamsul juga menjelaskan hari ini baru dia bergelar suami kepada Ira Kazar dan segala apa yang diperkatakan kepadanya sebelum ini adalah tidak benar.

Mengimbau kembali, Syamsul sebelum ini bernikah dengan Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen