Pempengaruh dan pelakon, Aya Amiruddin baru-baru ini mengesahkan sudah putus tunang dengan Eronmose Sleem sejak sebulan lalu.
Aya (27) yang juga gadis kacukan Melayu dan Afrika ini berkata, dia menganggap mereka tiada jodoh walaupun sudah merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini.
“Saya sudah kembali single sekarang. Kami berpisah secara baik, tiada gaduh-gaduh dan sebagainya. Ia juga bukan berpunca daripada orang ketiga. Kami sudah berkawan selama 4 tahun dan bertunang pun lebih kurang 2 tahun. Kalau ikut perancangan hujung tahun ini atau awal tahun depan sepatutnya kami mahu berkahwin. Tapi nampaknya tiada rezeki”
Menurut Aya, hubungannya dengan bekas tunang masih baik sehingga kini dan dia tidak mempunyai masalah jika perlu bekerjasama lagi
“Kami berpisah kerana tiada persefahaman dan bukan disebabkan orang ketiga. Mungkin saya banyak kekurangan dalam hubungan kami. Namun, kami masih berkawan baik dan boleh bekerjasama lagi. Malah, bekas tunang juga selalu membantu saya untuk buat content di media sosial”
Sebelum ini, Aya pernah memaklumkan bekas tunangnya adalah individu yang mendorongnya untuk aktif sebagai content creator atau pencipta kandungan sebelum ini. Eronmose juga adalah tulang belakang untuk pelakon itu mengorak langkah menjadikan dirinya dikenali ramai seperti hari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram , Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.