“Saya Suka Berkawan Dengan Orang Tua”, Rasya Dean

Share

Amat jarang menemui anak muda yang boleh berbual mesra dengan golongan tua. Mungkin pada pandangan mereka, orang tua sudah “out of date”, “tak chill” dan mungkin juga tak reti hendak berbicara topik apa. Anak muda sekarang lebih senang mengadap telefon bimbit dan mengambil sikap tak peduli.

Berbeza dengan Rasya Sofea bin Mohamed Nasurdin, seorang dari finalis Dewi Remaja bagi tahun 2018/2019 yang mengakui dia amat suka berkawan dan bergaul dengan golongan lebih tua usianya.

Mahu dikenali sebagai Rasya Dean dalam pertandingan Dewi Remaja, jelas Rasya dia amat senang sekali jika dapat merapati mereka yang lebih berusia.

“Bila berbual dengan mereka, banyak kisah-kisah kehidupan lalu dapat dipelajari. Rasya juga suka mencungkil kisah-kisah lama mereka. Kalau dapat kenal kawan-kawanmama, makcik-makcik sebagainya lagi Rasya suka. Lagi pun Mama selalu berpesan, bila kita bertemu golongan lebih tua, jangan hendak bercerita siapa diri kita sebaliknyadengar cerita mereka kerana golongan tua ini lebih banyak makan garam dan lebih lama pengalaman hidupnya.

“Bagi Rasya peluang dan mengenali golongan ini menjadikan diri Rasya lebih dewasa dan matang dalam membuat keputusan,” kata penuntut tahun dua semester enam pengajian Bachelor In Law & Commerce di Management & Science University (MSU), Shah Alam.

Rasya akui suka berbual dan berkawan dengan orang lebih tua kerana suka mendengar kisah-kisah lama.Gambar instagram RasyaSofeaDean
Rasya akui mereka yang memiliki badan berisi tidak patut berasa rendah diri kerana tiada halangan untuk berjaya. Gambar instagram RasyaSofeaDean

 

Jelas Rasya lagi, dia boleh duduk berjam-jam bila berbicara bersama mereka yang lebih dewasa kerana begitu tertarik dengan kisah lama mereka.

“Banyak topik kami bualkan dan Rasya sangat seronok melalui kehidupan berbeza dengan remaja lain yang mungkin tak suka berbual dengan orang tua,” katanya sambil ketawa.

Minat kepada golongan lebih dewasa membuatkan anak gadis dari lima beradik kesemuanya perempuan ini menyukai lagu-lagu lama seperti nyanyian Puan Sri Saloma, Tan Sri P Ramlee, Tan Sri SM Salim, Datuk Sharifah Aini dan sebagainya.

“Rasya boleh menyanyi lenggok bahasa lagu-lagu lama ini. Ramai kawan-kawan akui suara Rasya sesuai nyanyi lagu begini,” katanya yang terus mendendangkan lagu Mengapa Di Rindu nyanyian Puan Sri Saloma. Disebabkan lagu tersebut yang di chorusnya berbunyi “anak punai anak merbah”, jelas Rasya, dia dipanggil anak punai oleh rakan-rakannya.

Jom dengar Rasya nyanyi lagu yang ada sebut Anak Punai

Mengakui mampu membawakan lagu tradisional dan moden kontemporari, Rasya juga amat berbakat dalam tarian Bollywood. Mungkin semasa zaman sekolah dia merupakan penolong kepada cheer leader sekolahnya, SMK Convent Bukit Nanas, Rasya akui bakat menari itu masih ada sehingga kini.

Ditanya benarkah cheer leader sering dianggap budak-budak gedik di sekolah, Rasya tak nafikan gelaran tersebut tetapi jelasnya, dia tidak pernah dianggap gedik oleh kawan-kawannya.

“Memang ada dengar orang cakap begitu tapi Rasya tak pula. Mungkin sebab masa sekolah Rasya boleh masuk mana-mana, budak lelaki boleh, budak perempuan boleh, jadi tak adalah gelaran macam tu,” katanya sambil ketawa.

Memiliki darah campuran France kerana sebelah bapanya berdarah France + Siam + Cina manakala sebelah ibunya, berdarah Arab Parsi + Baba Nyonya + India, Rasya akui ‘ biar diet bagaimanapun bentuk badannya akan kelihatan berisi. Bukan kerana dia banyak makan tetapi bakanya sudah begitu.

“Sebelum ini Rasya ada masuk Celebrity Fitness, ikutkan berat Rasya sebelum ini 64 kg. Lepas tu dan turun ke 60 kg. Sekarang ini menjadi 55 kg yang mana berat ideal Rasya sepatutnya 57 kg sahaja. Maknanya Rasya dah under weight. Berbanding Dewi yang lain, mungkin Rasya yang nampak berisi kot,”katanya memaklumkan mana-mana gadis yang mempunyai badan berisi jangan sesekali berasa terpinggir kerana tiada apa beza dengan mereka yang kurus.

“Rasya sudah alami dan Rasya sudah buktikan melalui pertandingan Dewi Remaja ini. Semua orang boleh buat, boleh nampak cantik asalkan mereka berusaha,’ katanya lagi.

Ditanya harapannya dalam pertandingan berprestij ini, jelas Rasya, seperti mana peserta lain yang bertanding, dia juga mahu membuktikan dirinya boleh berjaya. Rasya mahu jadi ikon kepada golongan remaja dan kalau boleh ia satu platform untuk Rasya memasuki dunia politik. Rasya sukakan dunia politik dan menganggap ia satu cabaran buat diri sendiri,” jelasnya.

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros