Setelah penantian empat bulan akibat wabak COvid-19, akhirnya acara Anugerah MeleTOP Era (AME) 2021 akan dilangsungkan bemula jam 9 malam ini dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Membawakan tema busana Glam Legend dengan tagline #YangFreshYangLegend, pelbagai kategori utama menjadi rebutan pada malam ini terutamanya kategori paling sengit membabitkan lima calonnya iaitu Artis Baharu MeleTOP.
Iyalah guys, sekali seumur hidup saja korang boleh menang kategori ini. Di antara Dini Schatzmann, Dolla, Meerqeen, Nadhir Nasar dan Syahmi Sazli, hanya seorang sahaja yang akan membawa pulang kategori ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Meerqeen Harap Peminat Terus Setia Nantikan AME2021 Selepas Acara Ditangguhkan – REMAJA
REMAJA berkesempatan untuk menemui Nadhir Nasar baru-baru ini untuk mendapatkan perasaan setelah mengetahui AME 2021 terpaksa ditangguhkan untuk satu tempoh yang agak panjang sebelum ini.
“Nadhir tidak terkejut pun apabila AME 2021 ditangguhkan kerana kita tahu, kes Covid-19 sentiasa meningkat pada waktu itu (Disember 2021). Jadi lebih baiklah kita menunggu agar acara ini boleh dilangsungkan (hari ini) dengan lebih lancar.
“Saya tahu pihak penganjur enggan lakukan acara ‘ala kadar’ atau sekadar buat sahaja. Astro tentunya ingin lakukan sebaik mungkin. Saya percaya, penangguhan selama lebih lima bulan ini ada hikmahnya,” kata pelakon I-Tanggang dan Projek: Anchor SPM ini,
Penangguhan Anugerah MeleTOP Era dari Disember 2021 ke 29 Mei hari ini sebenarnya tidak terlalu memberi gangguan kepada Nadhir memandangkan pasukannya telahpun melakukan persiapan buatnya dengan lebih awal termasuklah dalam soal pakaian yang akan dipakainya pada malam in.
“Nadhir sukakan tema tahun ini iaitu ‘Yang Fresh, Yang Legend’ dan ‘Glam Legend’. Jadi Nadhir memang sukakan warna hitam yang selalu dikaitkan dengan glam dan mempunyai idea bagi busana kali ini.”
Berkongsi mengenai harapannya untuk menang bagi kategori Artis Baharu MeleTOP pula, juara Hero Remaja 2020 ini enggan meletakkan harapan menggunung untuk membawa trofi AME 2021 itu pulang memandangkan persaingannya sengit dan setiap calon berpaksikan naskah berkualiti sepanjang tahun 2021. Namun, Nadhir tidak sabar untuk berkongsi semangat kelab peminatnya, Lucky Fighters di atas pentas sekiranya namanya dipanggil.
“Para peminat Nadhir telah bersiap-sedia untuk menonton AME bersama-sama. Ada juga Lucky Fighters yang khabarnya ingin datang ke lokasi acara untuk memberi sokongan kepada saya dari luar. Saya amat bersyukur kerana menerima sokongan sebegitu rupa.
“Terima kasih kepada Lucky Fighters yang telah mengundi Nadhir dan kepada yang masih setia dengan saya sejak Hero Remaja 2020. Ada beberapa hardcore fans yang memang Nadhir kenal sejak awal. I am super grateful.
“Nadhir tidak rasakan pun ada persaingan antara lima calon yang bertanding dalam kategori ini (Artis Baharu MeleTOP). Semuanya berbalik kepada rezeki. Kalau menang pun, ia adalah anugerah daripada Ilahi dan ia adalah untuk ibu serta ayah saya. It is a chance for me to prove to my parents bahawa saya serius dan minta dalam industri seni ini,” simpul Nadhir yang bakal muncul dalam beberapa lagi projek terbaru termasuklah naskah Kalis Maut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.