Pelakon dan usahawan popular, Noor Neelofa menzahirkan rasa berang selepas ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan foto dan videonya bagi tujuan memanipulasi orang ramai.
Menerusi sebuah hantaran di Instastory miliknya, ibu kepada dua cahaya mata itu mendedahkan tangkap layar akaun Facebook yang menggunakan wajahnya untuk mempromosikan pakaian dalam wanita.
ARTIKEL BERKAITAN: “Doa-Doakanlah…” -Neelofa Pasang Impian Mahu Jadi Guru Mengaji
Selain itu, Juara Dewi Remaja 2009/2010 itu tampil menyelar tindakan scammer berkenaan dengan menyifatkan mereka seperti golongan Yahudi yang dilihat suka mengambil kesempatan ke atas orang lain.
“Ini satu lagi sama jenis dengan Yahudi laknatullah! Perangai Z*o**s I**. Setiap sen yang anda dapat daripada guna gambar dan video, akan haram sampai bila-bila.
“Tolonglah buat laporan fake scam FB akaun. Cari rezeki haram guna gambar, video orang tanpa kebenaran,” katanya.
Bukan sahaja wajahnya dijadikan bahan iklan, bahkan suaranya juga ditiru dan diguna pakai untuk tujuan sama.
“Perempuan mana yang tiru suara saya tu, kalau Melayu Islam lagi… memang spesis Yahudi laknatullah. Saya tak halal, makanlah duit haram dan berbahagialah tipu orang sana sini,” coretnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Neelofa