Kredit Foto: The Edge Malaysia

Ahli Parlimen Muar dan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didapati bersalah atas empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Keputusan itu dibuat oleh hakim Datuk Azhar Abdul Hamid selepas mendapati pendakwaan berjaya melepasi keraguan munasabah untuk semua pertuduhan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 31 tahun itu didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini, pada 6 Mac 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kematian Si Oyen ‘Toby’ Bukan Hanya Beri Kesan Kepada Syed Saddiq Tetapi Juga Warganet – REMAJA

Ads
“Saya Tak Menyesal, Saya Tak Takut..” Syed Saddiq Masih Tersenyum Lepas Didapati Bersalah 4 Pertuduhan
Kredit Foto: Malay Mail

 

“Perlu Menjadi lebih Putih Daripada Putih”

Sewaktu pertemuan dengan pemberita di luar mahkamah, beliau yang masih boleh tersenyum selepas menerima keputusan hakim dan mahkamah tinggi hari ini telah berkongsi pendiriannya untuk menghormati keputusan tersebut.

“Saya letakkan kepercayaan ke atas institusi kehakiman negara kerana lazimnya, institusi kehakiman merupakan benteng terakhir untuk rakyat Malaysia. Tiada beza saya dengan rakyat yang lain. Saya terima seadanya sebab itu saya operlu menghormati keputusan tersebut.”

Ads

“Sekiranya ada kritikan, makian dan cemuhan, saya terima kerana untuk menjadi seorang pemimpin yang bagus di Malaysia, saya perlu menjadi lebih putih daripada putih.”

“Para peguam memaklumkan bahawa kami ada kes yang baik untuk difailkan secepat mungkin ke peringkat mahkamah rayuan supaya institusi kehakiman dan mahkamahlah yang menjadi penentu terakhir ke atas nasib saya dan juga medan terbaik untuk membersihkan nama saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, demi masa depan parti MUDA, Syed Saddiq akan mengadakan mesyuarat tergempar bersama barisan pimpinan MUDA pada pukul 4 petang.

“Dalam bab ini, saya pegang kepada kata-kata, ‘berani kerana benar’. Berkatalah benar walaupun pahit,” katanya yang ingin menegakkan prinsipnya menerusi keputusan bersama partinya pada petang ini.

Ads

BACA LAGI: Syed Saddiq Muat Naik ‘House Tour’ Untuk Jawab Dakwaan Miliki Banglo Jutaan Ringgit – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI