Penyanyi terkenal, Seokjin BTS akhirnya telah pun habis menyelesaikan tanggungjawab sebagai warga negara Korea Selatan selepas menghabiskan tempoh ketenteraannya pada 12 Jun. Pelantun lagu Moon itu juga turut menepati janjinya kepada peminat BTS, ARMY untuk mengadakan siaran langsung pertamanya melalui aplikasi Weverse beberapa jam selepas dia dilepaskan.

Semasa siaran langsung pada Rabu, Kim Seokjin atau mesra disapa Jin berkongsi pengalamannya menyertai tugas militernya. Dari membaca setiap mesej yang ditulis oleh rakan-rakan seperjuangannya, Jin BTS juga berinteraksi dengan ARMY di ruangan komen selepas 18 bulan tidak terlalu aktif di media sosial.

“Saya Tak Pernah Kena Marah Sebab Saya Cemerlang…”, Jin BTS Bawa Pulang 7 Anugerah Pencapaian Khidmat Ketenteraan!
Kredit: Weverse

Dalam pada itu, Jin mengungkapkan, bahawa dia memenangi 7 daripada 8 anugerah pencapaian dan menunjukkan beberapa koleksi anugerah tentera yang telah dimilikinya selama berkhidmat dalam latihan ketenteraan. 

“Anugerah tentera! Saya dapat dua anugerah peringkat Ketua Divisyen. Saya juga mendapat 7 hingga 8 anugerah peringkat Ketua Batalion,” jelas Jin dengan bangga.

“Saya bekerja keras di semasa menjadi tentera. Saya juga tidak dimarahi sebab saya adalah seorang yang cemerlang semasa berkhidmat”

Jin telah mendaftar diri untuk perkhidmatan tentera pada 13 Disember 2022 lalu dan dia merupakan anggota BTS pertama yang menyertai latihan wajib ketenteraan Korea Selatan. Selepas menamatkan latihan asas selama lima minggu, penyanyi lagu Epiphany itu dilantik sebagai Drill Instructor Assistant dalam Divisten Infrantri kelima.

Selepas rasmi selesai tugas ketenteraan, kepulangan penyanyi itu disambut oleh anggota BTS seperti RM, Jung Kook, V, Jimin, j-hope, SUGA dan juga ARMY di hadapan pusat latihan ketenteraan. 

“Saya Tak Pernah Kena Marah Sebab Saya Cemerlang…”, Jin BTS Bawa Pulang 7 Anugerah Pencapaian Khidmat Ketenteraan!
Kredit: Korea Dispatch

Selain itu, Jin merancang beberapa acara istimewa untuk ARMY bersempena kepulangannya sekaligus ulang tahun ke-11 kumpulan BTS dalam acara BTS FESTA 2024.

Mengikut laporan, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024. Terbaru, ahli termuda BTS, Jung Kook telah melancarkan sebuah single Never Let Go istimewa disampaikan untuk ARMY sempena BTS FESTA 2024.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI