“Saya Tak Pernah Meminta Diberi Gelaran Tersebut ..” Title Individu Termuda Bergelar Billionaire Kylie Jenner Ditarik Forbes

Share

Di usia baru 20 tahun, Kylie sudah miliki empayar sendiri – Kylie Cosmetics, sebuah aplikasi telefon pintar, jenama pakaian dan kesemuanya itu bernilai $900 juta. Ini menjadikan ibu kepada Stormi Webster salah seorang Wanita Terkaya di Amerika Syarikat oleh Forbes.

Namun terbaru, Kylie Jenner telah didakwa memalsukan keuntungan sebenar syarikat kosmetik miliknya. Susulan itu, majalah Forbes mengumumkan mereka menarik semula gelaran billionaire bintang realiti televisyen itu.

Pada awal tahun ini, Jenner dilaporkan menjual 51 peratus kepentingan jenama Kylie Cosmetic miliknya kepada syarikat kecantikan gergasi, Coty pada harga RM2.6 bilion dalam perjanjian yang menjadikan jenama itu bernilai RM5 bilion.

Published by
Ruziana Zainal