“Saya Takkan Tanya Bella OK Ke Tak, Tapi..” Wani Kayrie Dedah Caranya ‘Handle Drama’ Dalam Famili Duo 2

Share

“Masa awal-awal tu pressure juga memandangkan ‘drama’ bermula sejak di awal pertandingan lagi. Pernah lah juga Wani terfikir, ‘Why must this happen now?’ .”

Begitulah luahan hati penyanyi, Wani Kayrie yang baharu sahaja menamatkan saingan dalam program realiti nyanyian, Famili Duo bersama rakan duet, Bella Astillah. Dalam episod terakhir yang dipancarkan secara langsung pada hari Ahad lepas, Wani dan Bella berjaya menduduki tangga ketiga terbaik.

Kedudukan juara berpihak kepada pasangan adik-beradik, Zaki dan Yamani Abdillah manakala sepasang lagi adik-beradik berstatus penyanyi, Ayda Jebat dan Fyna Jebat pula membawa pulang gelaran sebagai Naib Juara.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertanding Tanpa Modal Cerita Sensasi, Zaki & Yamani Juara Famili Duo Musim 2 – REMAJA

Wani Kayrie (kiri) dan Bella Astillah sentiasa memberikan yang terbaik dari aspek persembahan di program Famili Duo.

Ketika dihubungi oleh REMAJA, Wani Kayrie berkongsi punca utama mengapa dia sekali lagi sanggup bergelar peserta program realiti nyanyian dan cabaran yang dihadapinya sepanjang lapan minggu ia berlangsung.

“Sebenarnya, ramai sahaja bertanyakan kepada Wani; “Kenapa nak masuk banyak-banyak pertandingan? Kenapa tak fokus sahaja kepada kerjaya nyanyian sedia ada dan pelajaran?“. Bagi Wani, pengalaman yang dikutip daripada setiap pertandingan yang disertai adalah berbeza.

“Malah, idea untuk menyertai Famili Duo pun sebenarnya hadir daripada Bella (Astillah) sendiri. Walaupun tidak begitu berpengalaman sebagai seorang penyanyi profesional, Bella terbuka hati untuk menyahut cabaran ini.

“Cuma bila bertanding sebagai pasangan duet ini, sudah tentu tekanan berganda, kerja dan persediaan juga berganda. Segala persetujuan sama ada dari segi konsep, baju dan apa-apa pemilihan lain memerlukan kata sepakat kedua-dua peserta. Semuanya double up.

“Famili Duo telah mengajar saya untuk tenang mengendalikan cabaran berpasukan.”

“Apabila kemenangan di minggu pertama berpihak kepada kami menerusi lagi Sumandak Sabah, ia secara tidak langsung membuatkan kami terutamanya Bella lebih yakin dan bersemangat untuk memberikan yang terbaik pada setiap minggu,” ujar bakal graduan jurusan perundangan ini.

‘Drama’ Suami Isteri Buatkan Wani Kayrie Tertekan?

Umum rata-rata sudah mengetahui ‘drama’ yang tercetus di antara rakan duet Wani, Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz akibat kehadiran individu ketiga.

Nama Sophia Albarakbah terpalit sebagai insan yang dikatakan ‘menempel’ dalam perhubungan suami isteri selebriti itu dek kerana hubungan rapatnya dengan Aliff di set penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

yang baru sahaja mula ditayangkan di saluran TV3.

ARTIKEL BERKAITAN: Kacukan Melayu, Cina Dan Arab. Sophia AlBarakbah Bukan Calang-Calang Rupanya! – REMAJA

Justeru, selaku rakan duet Bella, Wani mendedahkan bahawa episod pertelingkahan itu sebenarnya sudahpun bermula sejak minggu-minggu awal pembabitan mereka dalam Famili Duo lagi.

“Seperti saya katakan tadi, pengalaman menyertai Famili Duo 2 telah banyak mengajar saya untuk kekal tenang meski terpaksa berdepan dengan isu-isu di luar konteks pertandingan.

“Masa awal-awal tu pressure juga memandangkan ‘drama’ bermula sejak di awal pertandingan lagi. Pernah lah juga saya terfikir, ‘Why must this happen now?’.

“Bella datang kepada saya untuk mengadu. Sebagai rakan duet, sayalah insan yang akan mendengar serba-sedikit luahan hatinya kerana saya ingin Bella cepat bangkit. Saya pun tidak mahu menjadi menjadi pasangan duet yang tak memahami.

“Begitupun, saya tak mahu ambil tahu secara mendalam mengenai hal rumah tangganya. Bagi saya, itu adalah di antara dia dan suaminya.

“Saya sedar, Bella ini hatinya memang lembut. Bila dapat komen negatif, dia boleh cepat ‘down’. Inikan pula bila diasak isu rumah tangga.”

“Oleh itu, saya takkan tanya Bella OK ke tak tetapi saya akan cuba distract dia dengan latihan serta persediaan Famili Duo. Ingatkan semula kepada Bella yang kami perlu fokus pada pertandingan. Kalau banyak bertanya OK ke tak, takut dia terlalu fikiran masalah tersebut sehingga mengganggu fokus.

I’m grateful she remained to be understanding dan dapat ‘membaca’ signal yang saya berikan sebagai rakan duet. Dari minggu pertama hingga ke minggu terakhir, kami mampu bekerjasama dengan cukup baik,” kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Biarpun Gagal Ke Pentas AJL 37, Persembahan Wani Kayrie & Ahmad Syafiq Tuai Pujian Warganet – REMAJA

Dalam pada itu, setelah menamatkan saingan Famili Duo, Wani kini sedang sibuk dengan persiapan meluncurkan single terbaru bersama sebuah video muzik baharu pada bulan Mac.

Wani juga kini dalam fasa terakhir pengajiannya di mana dia sedang mengikuti program latihan amali (internship) sebelum bergelar graduan perundangan tidak lama lagi.

BACA LAGI: 7 Subjek Dalam Satu Sem Tapi Tetap Cemerlang, Wani Kayrie Kongsi Tip Raih Anugerah Dekan – REMAJA

FOTO: Instagram @wanikayrie

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ