Don’t play-play dengan kuasa kecaman warganet Malaysia….
Seorang penyanyi Korea yang berasal dari Amerika Syarikat iaitu Eric Nam dilaporkan telah membatalkan konsertnya yang sepatutnya berlangsung di Kuala Lumpur pada Februari 2024.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Album Cover’ Menyerupai Al-Quran, Kumpulan K-Pop Ini Dikecam Teruk Oleh Warganet!
Hal ini disebabkan penyanyi tersebut dikecam teruk oleh peminatnya di Malaysia gara-gara menyukai atau ‘like’ sebuah status yang menyokong Israel baru-baru ini.
Memang kaw-kaw lah Eric kena kecam dengan netizen Malaysia!
Terus diselar, Eric Nam akhirnya memuat naik penjelasan rasmi di akaun Twitter miliknya baru-baru ini.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas memikirkan soal keselamatan diri bersama pasukan apabila tiba di negara ini nanti.
Hi everyone – following the horrific events of October 7th, I liked a post that I believed expressed a position of anti-violence, anti-hate and was against intolerance.
My liking of that post was a reaction to waking up to devastating news, as someone who has always been… pic.twitter.com/GyMx4Fuii0— Eric Nam (에릭남) (@ericnamofficial) October 30, 2023
“Saya menerima ugutan berkaitan jadual persembahan di Kuala Lumpur. Demi langkah waspada untuk peminat dan juga pasukan, saya mengambil keputusan sukar untuk membatalkan persembahan tersebut.
“Hatiku terluka untuk keluarga Palestin dan Israel yang telah dirobek oleh keganasan dan menghadapi kehilangan yang sukar diterima.
“Kata-kata tidak dapat sepenuhnya mengungkapkan kedalaman kesakitan dan penderitaan yang ada. Namun, saya berdoa setiap hari agar kedamaian dan keselamatan tiba untuk semua sesegera mungkin,” jelasnya.
Meskipun sudah memberi penjelasan dari pihaknya, majoriti peminatnya masih enggan berpuas hati dan menyokongnya kembali dek kerana keputusan penyanyi itu yang memilih untuk bersikap ‘natural’ meskipun ribuan nyawa terkorban di Palestin.
Harapnya, insiden ini memberi pengajaran kepada artis lain untuk menyokong pihak yang benar. Kita doa yang baik-baik sahaja lah eh…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Koreaboo