Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri akhirnya mengumumkan yang dia sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama suami, Alexander Charles.
Wanita berusia 35 tahun ini telah berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya siap dengan gambar menunjukkan perutnya yang semakin membesar. Dalam coretan tersebut juga, dia turut berkongsi pengalaman sebagai bakal ibu untuk pertama kalinya.
“Bekerja berjam-jam dan pada masa yang sama menyiapkan PhD boleh menjadi sukar dan meletihkan. Saya melalui trimester pertama yang sukar sehingga awal trimester kedua (terutamanya dengan morning sicknessdan muntah) sehingga saya kehilangan berat badan.
“Keletihan juga memainkan faktor. Apabila memegang pebagai jawatan dan melakukan pelbagai tugas, kadangkala ia boleh menjadi cabaran yang nyata. Perkara-perkara yang dulu boleh saya lakukan tiba-tiba menjadi satu tugas yang sukar,” ujarnya berkongsi perubahan yang dialami saat mengandung ketika trimester pertama dan kedua.
Dr Amalina turut menyebut, kajian diterbitkan dalam jurnal JAMA Surgery menunjukkan pakar bedah berkemungkinan mengalami kesukaran ketika hamil dan melahirkan anak sehingga terpaksa menangguhkan kehamilan mereka untuk mencari masa sesuai.
Namun dia bertuah kerana sang suami sangat teruja apabila mengetahui isterinya mengandung. Menurut perkongsian pelajar terbaik SPM Malaysia pada tahun 2004 ini, Alexander banyak membaca buku mengenai kehamilan.
Pasangan ini melangsungkan pernikahan mereka pada 31 Mac 2021.
“Saya sangat bertuah kerana mempunyai suami yang sangat menyokong untuk melalui perjalanan ini bersama-sama dengan saya. Ibu saya sangat mengagumkan dan juga memastikan saya makan cukup, dan dia membekukan banyak makanan Malaysia yang sedap di dalam peti sejuk sebelum dia terbang pulang ke Malaysia,” kongsinya lagi.
Kini keadaannya semakin baik, Dr Amalina menyatakan keterujaannya untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu berdasarkan realiti dan cabaran keseluruhan proses, serta siaran pendidikan tentang kehamilan berdasarkan perubatan yang berasaskan bukti.
Ads
Ujarnya menutup kata, “Sungguh mengagumkan bagaimana si kecil ini boleh membawa begitu banyak kegembiraan dalam hidup anda, dan saya menantikan perjalanan baharu yang menarik ini sebagai seorang ibu!”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tujuh tahun lalu dia mengambil keputusan drastik untuk berhijrah dari segi rohani dan lahiriah. Dari seorang penyanyi yang sedang berada di puncak kerjaya dengan pelbagai kolaborasi dengan selebriti antarabangsa, dia mengambil keputusan untuk berhijab dan belajar untuk lebih mendekati Allah SWT usai pulang dari mengerjakan ibadah haji.
Dalam satu temubual bersama rancangan Malaysia Hari Ini, dia berkongsi cerita. “Ketika berada di Makkah, saya berazam mahu pulang ke Malaysia dan saya mahu berubah 180 darjah. Pengalaman saya ketika mengerjakan haji membuatkan saya merenung kembali apa ertinya menjadi seorang Muslim.
“Untuk berubah 100 peratus bukan mudah, saya mula berhijab namun saya masih berada di dalam industri hiburan. Saya pulang sebagai Hajjah Shazrina Azman, dan tidak sesuai lagi untuk memakai busana-busana yang terdedah dan seksi. Kalau saya terus berada di atas pentas dan menari, saya rasa tidak sedap hati.
“Bila kita nak berubah kita kena tahu niat kita, always go back to our niat. Kita berhijrah kerana Allah SWT bukan kerana orang, bukan kerana populariti ataupun kerana ibu dan bapa yang mahu saya berubah. Saya rasa niat itu yang membantu saya merubah kehidupan saya untuk menjadi lebih baik.”
BELAJAR UNTUK MELEPASKAN
Bahagia di samping suami tercinta, Noh.
Apabila seseorang mahu berubah dari kehidupan lamanya, pasti pelbagai reaksi akan diperoleh dari sahabat sekeliling. Ada yang menerima dengan positif dan pastinya ada yang akan bersikap negatif menolak perubahan yang dilakukan.
“Kita harus belajar untuk mengenal pasti siapa rakan yang baik dan siapa rakan yang tidak sesuai untuk kita. Belajar untuk melepaskan orang yang bersikap toksik terhadap kita. Ketika saya mula-mula berhijrah dahulu ada segelintir yang mempersoalkan kenapa saya mahu menjadi lebih Islamik dengan drastik.
“Jangan risau jika kita hilang rakan-rakan kerana Allah memberi pilihan kepada kita untuk memilih kelompok rakan-rakan yang boleh memberi manfaat kepada diri. Ada rakan yang sebelumnya baik dengan saya mula menjauhkan diri, namun begitu saya bersyukur kerana dihadirkan dengan rakan-rakan yang sayang saya kerana Allah. Selalunya jika saya rasa randah dan iman berkurang, saya menghubungi mereka dan Alhamdulillah mereka membantu saya untuk ingat kepada Allah SWT,” ujarnya panjang lebar.
Mendengar kisah isteri kepada Noh Hujan ini memberikan satu refleksi kepada diri. Berubah dimulakan dengan niat yang betul. Cari kelompok rakan-rakan yang boleh membimbing dan bersama kita dalam melakukan kebaikan. InsyaAllah.
Bagi peminat cheeskut, jika sebelum ini korang hanya membeli santapan manis ini di kedai atau pun memesan daripada baker, rasanya selepas ini korang dah boleh cuba untuk membuatnya sendiri di rumah.
Rupanya, nak buat cheesekut ini tidaklah susah sangat. Hanya guna blender, korang dah boleh siapkan satu hidangan cheesekut. Pendek kata, sesuailah bagi orang bujang yang tidak mempunyai perkakasan dapur yang lengkap.
Jom kita lihat antara bahan dan resipi untuk menyediakan cheesekut dengan blender.
Tenaga kerja kejururawatan Singapura akan mendapat ganjaran besar manakala ratusan lagi katil hospital dan penjagaan pemulihan akan ditambah menjelang akhir 2023 untuk mengurangkan masalah tampungan di hospital awam.
Menteri Kesihatan Singapura, Encik Ong Ye Kung mengumumkan langkah membantu sektor jagaan kesihatan menangani masalah wad sesak dan masa menunggu yang lama itu semasa majlis penyampaian Anugerah Merit Jururawat (NMA) kepada 125 jururawat pada Rabu di Hotel Orchard.
Di bawah skim insentif yang diumumkan oleh Ong, jururawat akan layak menerima sehingga SGD100,000 (kira-kira RM356,615) dalam tempoh 20 tahun, atau sehingga umur persaraan, yang mana terdahulu.
Untuk menarik permohonan jururawat baru, bonus daftar masuk sebanyak $15,000 (RM53,492) turut ditawar, di samping memperluas katil pemulihan atau katil peralihan bagi mereka yang tidak lagi memerlukan penjagaan akut, dan mungkin sedang menunggu katil di rumah jagaan.
Langkah tersebut bertujuan menangani permintaan penjagaan kesihatan yang telah meningkat selepas wabak Covid-19 dan dijangka terus bertambah apabila penduduk Singapura semakin tua.
Ong turut berkata, COVID-19 menjadi penyebab utama kepada kekurangan jururawat, termasuk jururawat warga asing yang meninggalkan Singapura pada kadar yang tinggi ketika pandemik.
Kebanyakan jururawat asing di Singapura datang dari negara jiran termasuk Malaysia, Filipina dan Myanmar.
Bonus akan dibayar dalam tempoh dua tahun dan dalam tiga peringkat sebanyak $5,000 setiap kali dengan bayaran pertama diberi pada permulaan pekerjaan, manakala bayaran susulan akan dibuat pada penghujung tahun pertama dan kedua perkhidmatan.
Ganjaran itu diberi kepada semua lulusan bidang kejururawatan baru dari politeknik dan universiti tempatan yang memasuki sektor kejururawatan dalam kelompok penjagaan kesihatan awam, atau pertubuhan penjagaan komuniti kediaman yang dibiayai awam seperti rumah jagaan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: BH Singapura
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Insiden kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights Puchong pada hari ini tidak dianggap sekadar isu tempatan semata-mata tetapi...