Pelakon dan bekas peserta Hero Remaja, Evertts Gomes, yang semakin mendapat perhatian dalam industri hiburan, menzahirkan rasa syukur atas sokongan yang diterimanya sepanjang perjalanan lakonannya.
“Terima kasih kepada semua orang yang sukakan lakonan saya. Setiap kali saya pegang watak, target saya adalah hanya untuk sampaikan sahaja apa yang sepatutnya saya sampaikan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Hasrat Evertts Gomes Sebagai Anak Seni Tempatan TertunaiAktor berasal daripada Negeri Dibawah Bayu itu, turut memberi pandangannya mengenai gelaran ‘Hero Malaya’.
BACA: Nadhir Nasar Akui Masih ‘Single’, Peminat Tarik Nafas Lega!
Meskipun ada yang menganggap dirinya layak, pelakon drama popular Curang Tanpa Niat itu berpandangan bahawa masih ramai lagi yang lebih berkelayakan untuk memegang gelaran tersebut.
“Jadi macam mana saya nak pegang gelaran itu kan… Tapi, mungkin ada sesetengah yang nampak saya layak.
“Terima kasih yang kata saya layak jadi Hero Malaya. Tapi jauh lebih ramai lagi yang lebih patut dapat pegang title itu,” jelasnya dengan rendah hati.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.