Sejak mencapai populariti luar biasa menerusi drama paling berjaya terbitan Netflix pada tahun ini iaitu Squid Game, pelakon wanita Jung Ho-Yeon terus menjadi rebutan ramai pihak sama ada di Korea Selatan mahupun di Amerika Syarikat.
Jelitawan berusia 27 tahun itu bagaimanapun mengakui jadualnya kini semakin sibuk hinggakan dia kadangkala terlepas waktu makan; sekaligus menjawab pertanyaan ramai peminat terkejut melihat tubuh badannya yang semakin kurus menerusi foto terbarunya dalam persalinan gaun Louis Vuitton.
Menurut laporan media, Ho-yeon telah kehilangan hingga 4 kilogram sebaik saja dia kembali ke Amerika Syarikat selepas menamatkan penggambaran Squid Game.
“Semua pakaian lama yang saya pernah pakai ketika kali pertama tiba di Amerika Syarikat kini longgar. Terdapat banyak perkara luar biasa yang perlu saya lakukan di sini (sejak kejayaan Squid Game September lalu). Banyak perubahan telah berlaku sejak beberapa bulan ini,” kongsinya kepada media di Korea Star News.
Menerusi temubual dengan The Hollywood Reporter juga, Ho-yeon tidak cuba menyembunyikan mengenai penurunan berat badannya itu.
“(Kejayaan drama Squid Game) sukar untuk saya percayai. Saya hilang 4 kilogram pada minggu (drama) itu berjaya. Saya tidak boleh makan – (penurunan berat badan) ini bukan disebabkan stres, cuma saya kurang makan. Saya pun tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perasaan ini. ‘Apa yang berlaku sekarang, siapa diri saya? I was kind of losing myself,” kongsinya.
Nasib baik, Ho-yeon perlahan-lahan sudah boleh menerima tempias kejayaan Squid Game dan berkongsi rasa gembira itu dengan pasukan produksi drama terbitan Netflix itu.
ARTIKEL BERKAITAN : Menyerlah Dalam SQUID GAME, Jung Ho-Yeon Asalnya Bergelar Peserta Top Model – REMAJA
BACA LAGI : 7 TEORI Jalan Cerita SQUID GAME Yang Tidak Ramai Sedari, Baru Tahu! – REMAJA
Pada ketinggian 179cm, Ho-yeon yang memulakan karier sebagai seorang model antarabangsa pasti kelihatan cantik dalam apa juga persalinan yang dipakainya. ‘Campak’ sajalah apa-apa jenis pakaian, Ho-yeon boleh menjadikan ‘look’ itu satu ikutan dalam kalangan peminat.
Namun disebabkan ketinggiannya itu juga, sebarang perubahan pada berat badannya akan mudah ‘ditangkap’ oleh peminat. Contohnya, foto Ho-yeon di atas yang menampakkan bahagian sternum (di tengah dada) dan rusuk menjadi topik perbualan.
Malah, aktres drama Extracurricular, Park Ju Hyun (juga dikenali menerusi akaun Instagram @charmgirl_1005) turut risau dan berkata, “Sahabat, adakah anda merancang untuk menjadi ‘rangka tulang’?”
Secara peribadi, REMAJA tidak merasakan komen peminat di Instagram Ho-yeon yang gusar melihatnya semakin kurus sebagai satu bentuk ‘serangan’ body shaming ke atasnya. Sebaliknya, mereka benar-benar inginkan Ho-yeon untuk sentiasa sihat dari segi fizikal dan mental, bertenaga dan gembira.
Korang yang selalu sibuk pasti boleh ‘relate’ dengan isu Jung Ho-yeon ini kan?
Bukan tak mahu makan, cuma kadangkala kita terlepas waktu makan sebenar. Sama-samalah kita elakkan daripada menjadikan jadual makan tidak teratur ini sebagai satu kebiasaan.
ARTIKEL BERKAITAN : Sebabkan Patung Squid Game Ini Tular, Muzium Terpaksa Bungkusnya! – REMAJA
BACA LAGI : Ramai Terkejut Penampilan Terbaru ‘Fat Amy’, Semakin LANGSING – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.