“Saya Tidak Boleh Bernafas, Maafkan Saya Ibu! Mangsa Seludup Ke London Kirim SMS Akhir Undang Sebak

Share

“Saya tak boleh bernafas, maafkan saya ibu. Perjalanan saya ke negara orang berakhir”.

Inilah kiriman terakhir SMS diterima dari seorang gadis, Pham Thi Tra My, 26 kepada ibunya sebelum terkorban bersama 38 orang lain di dalam sebuah lori kontena di bahagian Timur London.

Dalam kejadian dua hari lalu yang menjadi perhatian dunia termasuk dari Presiden China kerana awalnya dikhabarkan 39 mangsa penyeludupan manusia yang mati kerana kekurangan udara apabila suhu mencecah -25C kesemuanya berasal dari China. Bagaimana pun BBC melaporkan enam mangsa terdiri dari warganegara Vietnam yang cuba memasuki London untuk mencari kerja.

Abang Tra My, Pham Ngoc Tuan, berkata mereka membayar lebih kurang RM50 ribu kepada penyeludup untuk membawa adiknya ke London.Lokasi terakhir mereka berhubung adalah di Belgium.

Abang Tra My ketika ditemui BBC berkata, adik saya hilang pada 23 Oktober dalam perjalanan dari Vietnam ke London dan kami tidak dapat menghubunginya. Kami khuatir di berada dalam kontena itu. Kami sudah bertanya kepada pihak berkuasa sehingga adik dikembalikan,” katanya yang nyata khuatir tentang nasib adiknya.

"Saya tak boleh bernafas"

Namun mengimbas pesanan terakhir diterima dari Tra My pada pukul 10.30 waktu London (22/10) sebelum kontena itu tiba di Terminal Purfleet dari Zeebrugge, Belgium.

Keluarga turut menunjukkan kiriman SMS yang dikirim kepada orang tuanya dan berbunyi “Maaf sekali maaf ibu dan ayah. Perjalanan saya ke negeri asing gagal. Saya akan mati. Saya tak boleh bernafas. Saya saya ibu dan ayah. Maaf ibu!

Abang Tra My dalam temuramah turut memaklumkan perjalanannya ke London bermula pada 3 Oktober. Keluarga tidak dapat dihubungi kerana “orang yang menguruskannya” tidak mengizinkannya menjawap menjawap sebarang telefon.

“Dia terbang ke China dan berada di sana selama dua hari dan kemudian terbang ke Perancis,” kata Abang Tra My.

Kata abangnya lagi, adiknya itu ada memaklumkan sudah sampai ke London tapi dikesan pihak berkuasa namun ditangkap dan diusir. Saya tak tahu pelabuhan mana,” kata abangnya memaklumkan mereka berasal dari kota Nghen.

Dia juga memaklumkan adiknya ada menelefon jam 07.20 waktu Belgium pada Selasa 22/10 dengan mengatakan akan memasuki kontena dan telah mematikan telefon untuk mengelak dikesan pihak berkuasa. Sejak itu, berita mengenai adiknya tidak didengari. Lebih malang, penyeludup telah memulangkan wang dibayar kepada keluarga selepas berita ini menjadi kecoh.



Dalam insiden 39 orang penyeludupan manusia ditemui mati di Timur London di mana 38 lelaki dan seorang wanita yang kebanyakkannya adalah warga negara China. Seorang pemandu trak, lelaki berusia 25 tahun dari Ireland Utara, kini dalam tahanan untuk siasatan lanjut.

Sumber yang mengetahui tentang siasatan tersebut menyatakan suspek dikenali sebagai Mo Robinson dari Portadown. Saluran BBC melaporkan polis telah menyerbu dua rumah di Ireland Utara sebagai sebahagian daripada siasatan tersebut.

Trak treler terbabit tiba di pelabuhan Purfleet di Essex, selatan England, dari pelabuhan Zeebrugge di Bulgaria.

Published by
Almaswa Haji Che Ros