Seperti yang kita tahu YB Syed Saddiq sedang melanjutkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Singapura dalam kursus eksekutif Polisi Awam, Sekolah Polisi Awam Lee Kuan Yew sejak September tahun lalu. Disebabkan pandemik Covid-19, pengajiannya diadakan secara atas talian sahaja.
Namun kini dia perlu ke sana untuk menghadiri kelas fizikal selama sebulan. Satu perkara yang paling menarik perhatian dalam hantarannya di Instagram adalah tentang pendiriannya mengenai gaji yang bakal diperoleh ketika tidak mampu bertugas di tanah air kerana perlu berada di luar negara untuk hal peribadi.
Ujarnya, “Saya akan berada di Singapura selama sebulan, bukan untuk bercuti sebaliknya untuk belajar. Sepanjang berada di Singapura, segala usaha yang telah dilakukan selama ini akan diteruskan oleh pasukan saya di Muar. Saya juga dengan rendah diri memulangkan wang gaji saya pada bulan Mac 2021 untuk kegunaan parlimen Muar sepanjang saya berada di Singapura.”
Sejak darurat diisytiharkan, ahli parlimen berusia 28 tahun ini dan pasukannya telah berjaya membantu 765 buah keluarga menerima bantuan komputer riba dan juga tablet, manakala 5500 buah keluarga pula menerima bantuan bank makanan dan 150 pelajar menerima bantuan Dermasiswa Harapan Muar.
Melanjutkan pelajaran dengan biasiswa penuh, Syed Saddiq berharap agar segala ilmu yang ditimba mampu diaplikasikan untuk menjadikan dirinya ahli parlimen dan penggubal dasar yang lebih baik untuk Malaysia.
View this post on Instagram
***P/S – Sudahkan anda mendaftar sebagai pengundi? Kalau belum, segera mendaftar. Suara anak muda sangat penting dalam mencorak masa depan negara.
Sumber gambar: Instagram Syed Saddiq