Hiburan

“Saya Tidak Mental” -Fatiya Latiff Nafi Hidap Penyakit Mental

Share

Pelakon, Fatiya Latiff menafikan dirinya menghidap penyakit mental seperti yang didakwa ramai selepas  mencetuskan provokasi terhadap pasangan selebriti popular, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza.

Menjawab pertanyaan warganet dalam sebuah video, pelakon drama hit Ariana Rose berkata dia akan ditempatkan di wad psikiatri sekiranya mempunyai masalah mental.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kamu Cantik Luar & Dalam…” -Pujian Ibu Tercinta Buat Zahirah Macwilson

“Saya tidak mental. Kalau sakit mental, saya sepatutnya sudah berada di Hospital Tanjung Rambutan, Perak tetapi saya masih di sini.

“Saya tidak sakit,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Dalam pada itu, Fatiya turut berpendapat dirinya bukanlah selebriti yang kurang popular seperti yang didakwa segelintir individu.

“Kalau saya sendu, saya tidak akan jadi viral. Lihatlah jumlah penonton video saya. Kenapalah anda semua buat begini kepada kaum sejenis.

“Betullah bapa saya cakap, orang Melayu memang suka dengki,” ujarnya.

Sejak beberapa hari lalu, nama Fatiya kembali hangat di serata media sosial apabila dia mula mencetuskan provokasi dengan menggelar Zahirah sebagai bibik (pembantu rumah).

Selain panggilan bibik, Fatiya turut mengundang kemarahan ramai apabila memuat naik fotonya bersama Aiman dan mendakwa bekas kekasihnya itu masih mencintai dirinya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Fatiya Latiff

Published by
Fath