Berita

“Saya Tidak Reda Pemergian Ini,” – DJ Tyzo Xander Luah Rasa Tentang Pemergiannya Dari Suria FM

Share

Berita mengenai DJ Tyzo Xander yang menamatkan khidmatnya dengan stesen radio popular, Suria FM semalam mendapat perhatian banyak pihak termasuklah pendengar radio tersebut.

Tyzo yang selama ini mengisi slot Suria Petang bersama Sharifah Shahirah memuat naik sebuah video dan menulis panjang di ruangan kapsyen Instagram peribadinya tentang pemergiannya dari stesen radio tersebut.

Dia menyatakan bahawa pemergian itu bukan atas kehendaknya dan ia sebuah harga yang perlu dibayar apabila dinobatkan sebagai Penyampai Radio Popular Anuherah Bintang Popular.

“Saya minta maaf kerana ini bukan keputusan saya. Saya masih mahu bekerja. Saya punya anak, tapi ini bukan kehendak saya. Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023.

“Selepas ini mohon tiada pihak spin cerita, olah ayat, tuduh diva demi menutup aib. Hanya yang pernah lalui sahaja tahu sakitnya,” tulis Tyzo.

Dalam pada itu, Tyzo turut mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada pendengar dan kerinduannya untuk bekerja bersama Sharifah Shahirah.

“Jutaan maaf kepada seluruh pendengar Suria Petang. Buat Kak Rara, saya akan rindukan bekerja dengan akak. Saya tidak reda dengan pemergian ini. Tapia pa daya saya, saya tiada kuasa, saya tiada pilihan. Saya harus pergi. Maafkan saya. Selamat Tinggal Suria,” kongsinya lagi.

Imbas kembali, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain sudah berpengalaman sebagai penyampai radio selama hampir 20 tahun dan pernah berkhidmat di stesen radio Muzik FM dan Selangor FM antaranya selain berkhdimat di Suria FM.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen