Rezeki, jodoh, maut, ajal itu memang merupakan ketentuan Ilahi.
Masakan tidak, tanpa angin tanpa ribut – dunia hiburan tempatan digemparkan dengan berita ‘penarikan diri’ penyanyi Awi Rafael daripada mengahwini pelakon, Atikah Suhaime pada hujung minggu ini.
Semua sedia ada tahu pasangan kelahiran Singapura itu antara pasangan selebriti yang begitu low profile dengan kisah cinta mereka. Tidak banyak yang digembar-gemburkan di media sosial masing-masing, kecuali sewaktu majlis pertunangan mereka diadakan pada tahun lalu.
Itupun, ia diadakan secara kecil-kecilan tanpa kelibat rakan media. And that is what we missed most about them!
Nampaknya, jodoh Awi dan Atikah tidak berpanjangan setelah perancangan untuk berkahwin terhenti 3 hari sebelum ia dilangsungkan pada hari ini dan hujung minggu. Sepanjang minggu ini, Atikah dilihat lebih senang membiarkan saja berita berlalu tanpa terlalu memuat naik status di media sosial.
Bagaimanapun, Atikah sempat berkongsi beberapa bits & pieces daripada perancangan kahwinnya seperti 3 set baju pengantin yang sepatutnya disarungkan.
Baju Nikah
Baju kebaya dengan perincian di dada oleh Rogue Boutique.
Persandingan
Ads
Kebaya labuh berperincian lace dan kain sarong batik oleh Nadia Marni.
Rata-rata netizen merasakan ‘sayang’ dan terkilan dengan insiden tak jadi kahwin ini memandangkan semua pakaian Atikah telahpun sedia tersiap setelah berbulan merancang.
Ads
Namun, Atikah sendiri merasakan sebuah perkahwinan lebih daripada segala barangan ini. “At the end of the day, it is not about pretty dresses, make up and decor.
“I have lost the music in my life,” katanya melalui status di Instagram Story.
Ini pula adalah kek perkahwinan yang telah diubahsuai menjadi kek hari jadinya Salwa Homar Cakes.
Hhm, REMAJA sendiri tak boleh bayangkan apa yang terpaksa dilalui oleh Atikah sendiri dari segi dalaman. Kami harapkan Atikah terus tabah, be strong girl! dan sentiasa percaya kepada ketentuanNya.
InsyaAllah kalian akan kekal sebagai sahabat baik seperti yang diidamkan oleh Atikah melalui catitan status Instagram.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun dunia animasi adalah khas bagi tontonan kanak-kanak yang masih belum matang, namun kita selalu terdengar bahawa pencipta rancangan dan jenama animasi popular daripada Barat mempunyai agenda mereka yang tersendiri.
Contohnya beberapa tahun lalu, tercetus beberapa video yang dimuat naik ke YouTube yang menunjukkan bagaimana sebuah produksi studio animasi popular melakar bahagian sulit lelaki dan wanita sebagai salah satu bahagian ‘tersirat’ dalam lukisan animasi mereka.
Terbaru, watak popular Nickelodeon iaitu Spongebob Squarepants pula yang menjadi sasaran.
Ia gara-gara sambutan ‘Pride Month’ yang disambut oleh golonan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Queer (LGBTQ) sepanjang Jun ini.
Dalam sebuah posting oleh Nickelodeon di Instagram, mereka memaparkan imej Spongebob dengan latar belakang terang berwarna-warni yang simbolik kepada golongan LGBTQ.
Tambah mencurigakan adalah caption pada foto tersebut yang berbunyi, “Celebrating Pride with the LGBTQ+ community and their allies this month and every month.
“Meraikan ‘Pride’ bersama komuniti LGBTQ+ dan rakan-rakan mereka pada bulan ini dan bulan-bulan yang lain.”
Karya ilustrasi @space.ram itu mencetuskan pertikaian di kalangan peminat animasi itu akan orientasi seksual sebenar Spongebob. Ada yang menuduh spekulasi ini benar.
Ada juga yang secara sinikal mengatakan kita terlalu memikirkan hal ini secara serius. Ini berikutan dakwaan Spongebob beragama Islam selepas Nickelodeon mengucapakan Salam Aidilfitri menggunakan watak Spongebob Squarepants dan Patrick Star yang berbaju Melayu pada bulan lalu.
Ini bukanlah kali pertama Spongebob menjadi sasaran debat ini kerana dialog yang diucapkan oleh Spongebob kadangkala mempunyai maksud yang tersirat ataupun double meaning.
Pihak Nickelodeon tidak pernah meletakkan sebarang info mengenai orientasi seksual watak popular mereka itu. Namun, netizen merasakan bahawa Spongebob mungkin sekali meminati kaum sejenis ataupun biseksual.
Selepas komen tersebut ‘menghujani’ ruangan komen, Nickelodeon memutuskan untuk menutupnya ‘turn off’ sebelum kembali dibuka kepada publik.
Hhm, kenapa nak takut jika Spongebob adalah watak ‘straight’?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sehari dua ini Malaysia digegarkan dengan pendedahan berani Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali Asri Janggut mengenai isu perjudian di Sungai Buloh selain kegiatan jualan rokok seludup yang dipandang sebelah mata oleh pihak berkuasa. Pengasas Hot Burger ini jelas tampil berani merakam video wujud pilih bulu melibatkan pihak berkuasa tempatan yang menyita gerai-gerai peniaga kecil tempatan dan membiarkan orang luar bebas berniaga termasuk kedai judi yang tiada tindakan diambil.
Ramai menyifatkan Abang Hot Burger ini sebagai hero kerana berani (kita mengharapkan lebih ramai rakyat Malaysia berani mendedahkan kegiatan salah guna di kalangan pihak berkuasa).
Insiden ini menjadi panas hingga mendapat perhatian dari Ketua Polis Negara yang mengadakan pertemuan dengan Asri Janggut semalam. Malah Ketua Polis Selangor menegaskan bahawa Asri Janggut tidak akan dipanggil bagi merakam percakapan kerana beliau pemberi maklumat dan bukan pesalah.
Dalam pada itu, kita pasti tertanya-tanya adakah pemberi maklumat dilindungi oleh undang-undang? Pendedahan dari peguam Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Chinnai & Co mengenai pemberi maklumat ini sesuatu yang perlu kita fahami sebelum bertindak menyalur maklumat ke saluran yang tepat.
Adakah pemberi maklumat di Malaysia ini ada undang-undang yang melindungi? Kita semua pun jadi tertanya-tanya berkenaan kes Abang burger, apa kedudukan pemberi maklumat.
Kes ini mungkin menjadi contoh kepada yang lain tentang isu sejauh mana pemberi maklumat dilindungi. Semua hendak tahu.
Di Malaysia kita ada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (AKTA 711). Nama pun Akta perlindungan dan memang jelas di bawah Akta ini banyak, seksyen yang memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat. Misalnya:
Bahagian III Akta, semua hal berkaitan Pelindungan pemberi maklumat. Seksyen 7, Perlindungan pemberi maklumat. Seksyen 8, perlindungan ke atas maklumat sulit yang diberikan. Seksyen 9, kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah. Banyak lagi.
Ibarat kalau kita baca Akta 711, percayalah kita bahawa kedudukan kita sebagai pemberi maklumat ini terlindung. TETAPI tidak juga sebenarnya, kerana ada kes di mahkamah yang diputuskan apabila pemberi maklumat gagal memenuhi elemen dan syarat dibawah Akta ini, maka pemberi maklumat tidak layak mendapat perlindungan.
Apa pula ikut syarat dan tak ikut syarat untuk dapat perlindungan ni?
Apa syarat-syarat menjadi pemberi maklumat yang layak dilindungi di bawah Akta ini?
Yang ini saya akan rujuk kepada kes Rokiah Mhd Noor v. Menteri Perdagangan dalam Negeri & Koperasi Kepenggunaan Malaysia & lain-lain [2016] 8 CLJ 635.
Dalam kes ini, Plaintif yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Suruhanjaya Syarikat Malaysia ('SSM') dan seorang lagi telah didakwa bersama-sama mengarang sepucuk surat kepada pihak ketiga termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang bersifat biadab dan mengandungi dakwaan-dakwaan yang memudaratkan SSM.
Akibatnya kedua-dua mereka telah diambil tindakan displin dan Rokiah ditamatkan kontrak perkhidmatannya.
Oleh demikian, Rokiah membawa kes ini ke mahkamah bagi semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan tindakan displin dan penamatan kontrak terhadapnya dan menggunakan perlindungan di bawah Seksyen 10 iaitu Perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan.
Mahkamah putuskan untuk menolak rayuan Rokiah, (maknanya dia tak berjaya guna pembelaan perlindungan bawah Akta 711), atas alasan Rokiah gagal memenuhi syarat sebagai pemberi maklumat di bawah Akta 711.
Ini ayat yang diputuskan oleh mahkamah guna
(4) Untuk mendapatkan perlindungan di bawah APPM, seseorang yang mendedahkan kelakuan tidak wajar mesti membuat pendedahan tersebut hanya kepada mana-mana agensi penguatkuasaan dan bukan kepada orang lain.
Dalam kes ini, Rokiah dan seorang lagi tidak melayakkan diri sebagai pemberi maklumat kerana selain daripada mendedahkan salah laku ahli SSM dan Suruhanjaya Anti Rasuah, pendedahan itu juga dibuat kepada pihak ketiga dan tiada seorang daripada mereka adalah 'agensi penguatkuasa' mengikut pengertian Seksyen 2 Akta 711.
Oleh kerana kedua-dua Rokiah dan Azryain tidak melayakkan diri sebagai pemberi maklumat dalam pengertian APPM, mereka tidak berhak mendapat perlindungan di bawah Seksyen 10 Akta 711.
Maknanya begini jika berdasarkan kes ini, seseorang mestilah memberi maklumat kepada agensi penguatkuasaan bukanlah kepada pihak lain.
Misalnya seseorang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar kepada mana-mana agensi penguatkuasaan (Seksyen 6), pemberi maklumat mesti membuat aduan kepada penguatkuasaan seperti kementerian, jabatan, agensi atau badan yang dituduhkan oleh kerajaan persekutuan, polis dan segalanya yang jatuh bawah definisi Seksyen 2. Barulah layak mendapat pelindungan berdasarkan Akta 711 ini.
Malahan Seskyen 11 memperuntukkan bahawa pembatalan perlindungan bagi pemberi maklumat, antaranya dia sendiri terlibat dalam aktiviti tak elok yang dilaporkan atau laporan palsu atau remeh dan lain-lain.
Jadi untuk kita bandingkan dengan kes Abang Burger ini, laporan pendedahannya dibuat dalam video untuk tontonan umum. Jelas, dia tidak boleh menggunakan pelindungan bawah Akta 711 ini kerana pendedahan dibuat olehnya bukan lagi kepada badan seperti SPRM, PDRM, MBSA tetapi kepada awam.
Saya menulis ini dalam konteks undang-undang yang ada. Saya sendiri mengecam perbuatan rasuah, salah laku, tiada intergriti. Semoga negara kita bebas dari perbuatan rasuah ini.
Ramai yang melakukan rasuah kerana mereka anggap kalau mereka pandai sembunyi, perbuatan mereka tak diketahui tetapi mereka lupa Allah itu dan syurga neraka itu benar. Ramai juga ambil rasuah, mereka fikir nanti mereka boleh bertaubat apabila tua tetapi mereka lupa mati itu tak mengenal usia.
Esok saya kongsi sama ada boleh atau tidak kita saman pihak penguatkuasa sebab gagal ambil tindakan perbuatan rasuah. Saya rujuk pada kes mahkamah juga.
Oleh Nor Zabetha
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Antara golongan yang banyak menggunakan perkhidmatan ETS ialah remaja dan belia yang terdiri daripada pelajar universiti dan eksekutif muda. Dan selaku golongan yang menggunakan Internet tertinggi di Malaysia, pastikan mereka mahukan sambungan Internet yang baik.
Dapat menikmati Wi-Fi percuma sepanjang perjalanan jauh ETS? Itu merupakan bonus terbesar buat golongan muda! Terbaru, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengumumkan bahawa mereka akan menyediakan perkhidmata Wi-Fi secara percuma khas buat pengguna ETS.
Menurut Pengarah Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Shamsudin berkata penambahan perkhidmatan Wi-Fi bakal tersedia buat pengguna kira-kira dua bulan dari sekarang iaitu sekitar bulan Mac akan datang.
KTMB juga melahirkan hasrat untuk menambah bilangan keretapi ETS yang dilihat sangat mendapat sambutan. Malah, pihak mereka juga merasakan ia sesuai dengan permintaan cukup tinggi terutamanya bila tiba musim perayaan.
Difahamkan penambahan yang bakal dilakukan juga melibatkan gerabak Kelas Bisnes yang ditawarkan dengan servis lebih premium dan kondusif. Menerusi pakej tersebut selimut, makanan dan minuman di atas gerabak berserta beberapa fasiliti lain juga bakal disediakan oleh KTMB.
Dengan perkhidmatan Wi-Fi percuma ini, Remaja berharap golongan muda terutamanya dapat menikmati Internet yang lancar. Selain itu, ia juga menjadi nilai tambah buat pelancong asing yang sentiasa dahagakan sambuangan Internet walau di mana sahaja mereka berada. Ini merupakan salah satu lagi usaha KTMB bagi memastikan servis mereka akan terus mantap khusus buat pengguna.
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...