Seorang pelajar lelaki, Ahmad Khidir Ahmad Nazri, telah menarik perhatian ramai selepas dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang dalam majlis penganugerahan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Heng Ee, George Town, Pulau Pinang.
Melalui hantaran yang dimuat naik oleh kakaknya, Fatimah Azzahra, di laman TikTok, dia meluahkan rasa bangga atas kejayaan adiknya yang meraih lima jenis anugerah.
Antara anugerah tersebut adalah sebagai Timbalan Ketua Pengawas, tempat pertama di kelas dan tingkatan, serta terbaik dalam beberapa mata pelajaran.
Apa yang lebih membanggakan, Khidir merupakan satu-satunya pelajar Melayu yang berulang kali naik ke pentas untuk menerima penghargaan pada majlis tersebut, sekali gus membuatkan netizen teruja dan kagum dengan pencapaiannya.
Ads
“So proud of you brother! Fly high and higher,” tulis Fatimah Azzahra dalam kapsyen hantaran itu.
Di ruangan komen, ramai netizen turut menzahirkan ucapan tahniah dan berbangga dengan kejayaan Khidir. Pencapaiannya secara tidak langsung memberikan inspirasi dan menaikkan semangat pelajar Melayu untuk terus berjaya dalam bidang pendidikan.
Selain itu, Khidir turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi doa dan sokongan kepadanya. Dalam kesempatan tersebut, dia menyeru pelajar lain untuk belajar dengan bersungguh-sungguh demi membanggakan keluarga serta guru.
Ads
“Terima kasih semua orang atas doa dan teguran. Tolong doakan SPM saya terus cemerlang ya!
“Dan saya doakan calon-calon SPM yang lain berjaya dengan cemerlang juga. Jom kita sama-sama banggakan ibu bapa dan guru,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Permulaan pungutan pingat oleh pasukan Malaysia di Sukan Paralimpik kali ini nampaknya berhasil daripada arena powerlifting di Tokyo International Forum.
Sebutir emas dan sebutir perak yang berjaya dituai; masing-masing menerusi Bonnie Bunyau Gustin dalam acara lelaki 72 kg dan terbaru pagi tadi menerusi Jong Yee Khie dalam acara lelaki 107kg.
Kejayaan berganda ini adalah ibarat hadiah istimewa sempena Hari Merdeka yang akan kita sambut esok di tanah air. Kedua-dua atlet berkaliber itu dilihat tidak gentar untuk memberikan saingan kepada atlet dari seluruh dunia lain apabila mereka memulakan saingan dengan angkatan yang cukup berat.
Semangat untuk memberikan laungan lantang kepada lawan masing-masing itulah yang ‘berharga’ sebenarnya buat peminat sukan negara. Malaysia kini tidak lagi dianggap sebagai wakil kecil yang tidak mampu beraksi sengit.
Kejayaan Bonnie dan Yee Khie ini juga sebenarnya adalah hasil didikan dan tunjuk ajar jurulatih kebangsaan powerlifting, saudara Jamil Adam.
Kata Jamil kepada rakan media di Sinar Harian sejurus kemenangan Bonnie hujung minggu lalu, dia menyifatkan Bonnie, 22 sebagai seorang pencabar yang mempunyai masa depan yang cerah kerana mampu memberikan fokus 100 peratus semasa sesi latihan dan pertandingan.
Sejak mengesan bakat Bonnie pada usia 13 tahun, Jamil berpendapat pencapaian atlet itu pada waktu ini adalah konsisten sejak dia mula mewakili negara pada tahun 2017.
“Kini, dia sudah catat kejayaan besar. Dia dah pegang dua rekod tertingggi sekali, juara dunia dengan rekod dunia, pingat emas Paralimpik dan juga rekod Paralimpik. Oleh itu, kita sasarkan supaya dia sentiasa berada pada prestasi terbaik untuk beraksi di setiap kejohanan pada masa akan datang,” jelasnya.
Dalam pada itu, kami pasti Jamil juga gembira dengan kejayaan Jong Yee Khie yang berjaya menaiki podium sebagai pemenang pingat perak hari ini. Keinginan Jamil agar Yee Khie mendapat suntikan inspirasi daripada Bonnie telah membuahkan hasil di Tokyo.
Anak lelaki kepada bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menerima Anugerah Dekan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan kepujian.
Menerusi satu perkongsian di platform X, Noor Hisham berkata, anaknya, Muhammad Khalis menerima anugerah tersebut sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia kali ke-67.
“Alhamdulilah dan Tahniah kepada Muhammad Khalis bin Noor Hisham atas kejayaan menerima Anugerah Dekan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan kepujian sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia kali ke 67, tahun 2023.
Pada hantaran sama, Noor Hisham turut mendoakan agar dipermudahkan urusan anaknya itu dan diberkati dalam segala urusan di alam pekerjaan nanti.
“Semoga dipermudahkan dan diberkati dalam segala urusan di alam pekerjaan nanti. Insha-Allah,” ciapnya ringkas tanda bangga buat Khalis.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengucapkan tahniah atas kejayaan anak lelaki beliau dan mereka mendoakan agar Muhammad Khalis terus cemerlang.
Selain ada yang turut memuji ketampanan Muhammad Khalis yang disifatkan sama seperti bapanya itu.
“Congratulations to Khalis and proud parents. I was just right behind you yesterday. And, you are still wearing face mask…,” komen seorang pengguna.
“Congratulations. What a handsome young man you have there Dr.” komen pengguna lain.
Tahniah REMAJA ucapkan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Twitter DG Noor Hisham Abdullah
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aksi hari keempat skuad terjun negara di Hanoi, Vietnam sempena Sukan SEA 2022 menepati ramalan dan harapan rakyat Malaysia apabila mereka menyambar bersih pingat emas menerusi dua acara terakhir.
Atlet terjun lelaki kebangsaan, Muhammad Syafiq Puteh menampilkan persembahan kemas lalu menyumbangkan pingat emas terbaru negara apabila mengungguli acara 3 meter (m) papan anjal individu.
Dengan pungutan 381.35 mata, Muhammad Syafiq sekaligys mengatasi rakan senegara, Gabriel Gilbert Daim yang memenangi pingat perak dengan 357.30 mata.
Pada sebelah petangnya pula, Nur Dhabitah Sabri bersama rakan sepasukan, Pandelela Rinong telah mengungguli acara 10 meter platform seirama wanita.
Duo tersebut mengumpul 242.14 mata selepas lima terjunan sekaligus menghadiahkan pingat emas kesembilan Malaysia di Hanoi. Pingat perak menjadi milik gandingan pasangan kembar dari Singapura, Ong Sze En-Ong Rei En manakala gandingan Vietnam, Bui Thị Hong Giang-Mai Hong Hanh berpuas hati dengan kutipan 185.25 mata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...