Ramadan bulan untuk menyucikan jiwa. Bagi yang memahami pengertian Ramadan sepenuhnya, pasti menzahirkan rasa syukur kerana Allah masih memberi peluang untuk menikmati bulan penuh rahmat ini.
Semalam tular di media sosial perkongsian oleh Hayati Abu Hassan mengenai kisah kaki ayam yang mungkin dianggap sampah oleh sesetengah keluarga namun ianya cukup nikmat bagi golongan yang ditimpa ujian.
Semoga terbit keinsafan di hati kita semua dan sentiasalah berbuat baik terhadap sesama manusia. Baca perkongsian seperti dikisahkannya.
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita.
Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8!
Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.
Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah. Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain. Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain.
‘Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.’ Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi.
Ads
Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer. Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan. ?
Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.
Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak.
‘Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil. Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.’
Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung.
Ads
‘Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak ‘message’.
Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana. Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan. Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.
Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap ‘sampah’ ni.’
Allah Allah.
Menangis saya baca.
Ads
Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.
Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu. Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.?
Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa.
Khalas!
Beri kemudian lupakan.
Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah. Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serba maknika, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji.
Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa. Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan.
Moga Allah ampunkan kami.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika remaja lain gemar membuka banyak akaun di media sosial, hal ini begitu berbeza dengan Raja Nur Fatihah Raja Asari, 20 tahun yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana, Setiu, Terengganu (SEMJANA) dalam keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017 yang diumumkan semalam.
Bukan saja kejayaan itu menggembirakan dirinya dan keluarga namun remaja ini telah memecahkan rekod sekolahnya sendiri kerana semenjak Pra U diperkenalkan di sekolahnya sejak 10 tahun lalu, belum ada lagi pelajar mencapai NGPK 4.0 dan Fatihah telah memecahkan rekod berkenaan semalam.
Mengambil 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Geografi, Pengajian Am dan Pengajian Perniagaan, Fatihah memperoleh straight A bagi kesemua subjek tersebut.
Malah sepanjang setahun setengah pengajian di SMK Saujana ini, semasa ujian semester 1, dia memperoleh 3 A 1 B (bagi Pengajian Am). Namun di semester 2, dia memperoleh 4 A dan kemudian mengulang kembali mata pelajaran Pengajian Am sebelum memperoleh A bagi ujian tersebut. Ini bermakna dia memperoleh kesemua A dan NGPKnya adalah 4.0.
Berkali-kali mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi di atas keputusan diterimanya semalam, ketika dihubungi melalui telefon oleh Remaja, anak sulung dari 3 beradik dan anak kepada petani ini berkata, dia memcabar dirinya sendiri dan mengikut nasihat emaknya untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk ujian ini.
Ditanya apa resipi kejayaannya, kata Fatihah, dia yang sukakan suasana sunyi akan bangun pada jam 4 pagi untuk solat dan kemudian menelaah pelajaran.
“Belajar di tingkatan enam ini memerlukan pelajar banyak penghafalan. Jadi selain bangun solat tahajut, saya sukakan suasana pagi yang hening untuk menghafal. Lagi pun saya tak suka belajar dalam suasana bising. Biasa saja akan belajar sehingga terus ke sekolah,” katanya.
Tambah Fatihah lagi, memandangkan banyak kerja khusus perlu dilakukan, dia mengambil pendekatan untuk istiqomah dan menghormati para guru yang mengajarnya ilmu.
“Bagi saya, berbaik dengan guru yang banyak memberi tunjuk ajar adalah salah satu resipi kejayaan hari ini,” katanya memaklumkan, dia seorang yang kurang aktif di media sosial.
“Saya tak ada akuan FB, tak ada twitter, malah tak aktif pun di media sosial. Ini memberi ruang untuk saya terus belajar kerana saya banyak masa menelaah buku,” katanya yang mengakui lebih banyak bersikap “private” dan jenis tidak banyak cakap.
Begitu meminati Geografi, kata Fatihah, dia bercakap untuk memasuki UM atau USM bagi bidang pengajian Geologi atau paling tidak menjadi guru,” katanya ketika ditanya apakah cita-citanya.
Di sebalik kejayaan dinikmatinya hasil usaha selama setahun setengah, kata Fatihah, semasa di tingkatan lima dahulu, dia yang belajar di kelas Sains mengakui tersilap memilih kursus semasa mengisi borang UPU.
“Result saya pun agak tersasar. Saya jangkakan dapat 10 A tetapi hanya 5 A sahaja. Kemudian saya pilih kursus yang mungkin tak sesuai dengan keputusan saya. Masa yang sama, saya dapat tawaran ke Pra U (tingakatan 6) dan masa yang sama ke Matrikulasi di Kelantan.
“Bila saya dapatkan nasihat emak, dia kata, belajar tingkatan 6 pun boleh. Tapi buat yang terbaik untuk diri sendiri. Sejak itulah saya nekad untuk mendapatkan result yang terbaik untuk saya dan menjadi kebangaan keluarga,” katanya yang mempunyai dua adik lelaki berusia 19 dan 13 tahun.
So, tahniah buat Fatihah dan buat semua yang mengambil keputusan semalam, good luck dari Remaja. Semoga mencapai kejayaan dalam kehidupan. Dan pastinya debaran pelajar SPM semakin memuncak kerana result akan diketahui pada 15 Mac ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cepat sungguh wabak Corona ini merebak ke seluruh negara!
Disebabkan penularan wabak coronavirus ataupun dikenali sebagai 2019-nCoV, rakyat Malaysia rata-ratanya sangat berharap agar pelancong dari negara China dihalang untuk terus memasuki negara ini.
Bertambah membimbangkan, Malaysia turut tidak terkecuali dan dilaporkan terdapat beberapa orang mangsa yang disahkan positif wabak coronavirus ini.
Beberapa buah negara juga dilaporkan, telah mengambil langkah berjaga-jaga, dengan menghantar pulang pelancong-pelangcong dari negara China ke tempat asal mereka. Dapat dilihat kesan 2019-nCoV ini adalah sangat serius dan sukar untuk dikawal.
Sebentar tadi seorang pengguna laman sesawang twitter dengan nama Ika mustafa @ikaMstafa telah berkongsi pengalaman ngerinya menaiki satu flight dengan warga Wuhan.
Menurut gadis malang ini, beliau menaiki penerbangan semalam dari Haikuo,China balik ke Malaysia. Dan dalam penerbangan tersebut turut ada panumpang batuk dan selsema teruk. Yang mengejutkan pelancong tersebut dari Wuhan, tempat punca wabak Corona yang membimbangkan satu dunia ini.
Suspek Virus Corona
Hari ini apabila saya bangun terus demam panas, muntah-muntah, batuk dan suara tak ada.
Tanpa membuang masa beliau terus pergi ke klinik terus kena refer Hospital Sungai Buloh, terus ke tempat isolation
Terus Dikuarantin
Check bp 149/90, terus kena bawa pergi wad isolation. Dan tak boleh ada contact dah dengan orang luar. Namun, esok malam baru tahu result bahawa positif atau negatif Corona virus ini.
Apapun penulis doakan agar gadis ini terhindar dari wabak berbahaya ini. Dan nasihat penulis, tak payah la korang nak travel-travel masa ni. Takut la ramai dah mati angkara wabak ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di media sosial, ramai peniaga menjual secara online pelitup muka dari jenis fabrik. Harganya dari semurah RM5 dan ke atas bergantung kepada jenis fabrik digunakan. Mungkin harga lebih mahal jika ditambah corak dan sebagainya.
Ramai pengguna membelinya kerana beranggapan dapat menjimatkan wang tambahan pula jika mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Malah pelitup muka fabrik ini juga boleh dicuci berulang kali berbanding penggunaan pelitup pakai buang.
Di sebalik penguatkuasaan kerajaan bermula 1 Ogos ini untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam dan sesak, semalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pelitup muka fabrik yang hanya mempunyai satu atau dua lapisan.
Jelas Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berdasarkan garis panduan ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hanya pelitup fabrik tiga lapisan yang disarankan bagi mengekang penularan COVID-19.
"Kalau satu lapisan memang tidak berkesan. Kita tidak menggalakkan penggunaan pelitup muka fabrik yang dikatakan satu atau dua lapisan.
"Kita mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan WHO iaitu non-medical facemask mesti ada tiga lapisan iaitu kesan hidrofilik dan hidrofobik. Jadi kita telah maklumkan iaitu ketiga-tiga lapisan tersebut," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin. Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...