Sebelum ini, memang banyak khabar angin mengenai ahli Omega X yang didakwa didera oleh agensinya sendiri. Selepas agensinya iaitu Spire Entertainment dan CEO Kang meremehkan dakwaan penderaan tersebut sebagai ‘salah faham’, SBS (sebuah rangkaian televisyen di Korea Selatan) sendiri telah mendedahkan satu rakaman video sebagai bukti.
Semalam, telah tular di laman Twitter mengenai satu rakaman video CEO Kang (merupakan CEO Spire Entertainment) mendera secara lisan dan fizikal seorang ahli OMEGA X ketika di LA. Video tersebut telah diterjemahkan oleh peminat Omega X sendiri bersama hashtag #ProtectOmegaX
Dalam video ini, korang dapat melihat sendiri CEO Kang telah menjerit pada seorang ahli Omega X iaitu Jaehan, yang sedang duduk di atas lantai disebabkan panic attack. Namun begitu, dia langsung tidak menunjukkan tanda bersimpati malahan terus menerus menjerit dan melakukan penderaan secara lisan.
Dalam klip lain, CEO Kang dilihat sedang menarik Jaehan ke lantai dengan menarik kolarnya. Selepas itu, kelihatan Jaehan sedang menangis sambil bangun semula.
BACA LAGI: Lagi Dakwaan Kes Buli K-Pop, Ini Respon JYP Entertainment Wakili Lia ITZY
Apa yang lebih mengejutkan ialah setelah video tersebut tular, CEO Kang didakwa langsung tidak menunjukkan tanda-tanda penyesalan atas tindakannya melalui satu temu bual panggilan telefon dengan SBS.
Sebaliknya, dia menafikan bahawa tindakannya dianggap kasar dan meminta SBS untuk menjejaki orang yang memuat naik video itu. CEO Kang juga mendakwa bahawa orang yang memuat naik video itu hanyalah haters agensi itu.
Usai daripada insiden di LA ini, sebelas ahli OMEGA X beserta pengurus mereka, terpaksa mendapatkan penerbangan pulang ke Korea dengan menggunakan duit mereka sendiri. Setelah menghubungi keluarga mereka untuk mendapatkan bantuan, mereka akhirnya telah menaiki penerbangan mereka semalam.
K-netizen tidak dapat menahan perasaan marah dan terkejut mereka dalam komuniti dalam talian. Melalui tangkap layar komen di laman Youtube SBS, rata-rata netizen terkejut dan berang dengan sikap CEO tersebut.
“Video ini benar-benar melukakan hati saya 😭🥺🥺 mereka tidak layak diperlakukan seperti ini…. mereka manusia, mereka ada perasaan. Mereka harus dilayan dengan HORMAT. Tiada artis, tiada manusia patut diperlakukan sebegini. This is not okay.”
“My heart hurts for these boys.”
“Wow CEO is on another level. Omega X dah bekerja tanpa henti tetapi CEO mereka memang sampah. Saya berasa simpati dengan ahli Omega X, namun sekurang-kurangnya mereka berdiri untuk satu sama lain. CEO itu memang jahat(pure evil), tak bagi mereka berehat langsung dan hanya mendera mereka.”
“I’m a fan of OMEGA X and I really want the members to leave”
“Jika begini cara mereka dilayan secara terbuka, apa yang berlaku apabila tiada sesiapa yang memerhati?? 😭”
Min pun rasa geram, sepatutnya agensi ini bertindak untuk melindungi artis mereka, namun ini sebaliknya. Untuk pengetahuan korang, OMEGA X adalah kumpulan lelaki yang dianggotai oleh idola yang kebanyakannya telah dibubarkan.
8 daripada 11 ahli kumpulan ini turut muncul dalam program survival seperti Mnet, Produce 101
Musim 2, KBS 2TV The Unit, JTBC MIXNINE dan MBC Under Nineteen. Jadi debut kali ini merupakan peluang kedua buat mereka. Bayangkan dah berusaha keras untuk debut, namun agensi memperlakukan mereka dengan sangat buruk serta melakukan penganiayaan.ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Tak Sentiasa Betul, Kes Buli Wujud Dalam Grup Kpop ‘AOA’ Selama 10 Tahun!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.