Peminat drama bersiri Korea, The Penthouse 2 pastinya sudah tidak sabar untuk menonton episod terakhir drama tersebut yang akan ditayangkan malam esok mengikut waktu Korea. Peminat di Malaysia yang menonton di saluran Astro boleh menonton episod terakhir itu pada hari Sabtu, namun jika ada yang dah tak sabar, korang juga boleh menontonnya secara online.
Menurut wowkeren, episod akhir The Penthouse 2 bakal disiarkan dengan durasi lebih lama iaitu 90 minit, bersamaan 1 jam 30 minit. Ini kerana pihak SBS telah pun mengeluarkan jadual siaran yang tertera durasinya 30 minit lebih lama berbanding episod sebelumnya.
Maka, banyak spekulasi yang dibuat tentang pengakhiran siri ini bagi musim kedua yang penuh dengan tanda tanya. Malah, khabarnya terdapat gambar yang ‘bocor’ memperlihatkan Eugene (Oh Yoon Hee) memakai pakaian tahanan bersama Joon Dae Tae, Dr Ha, Cheon Seo Jin, Lee Kyu Jin dan Go Sang Ah.
BACA: 7 Perkara Tentang ‘Cheon Seo Jin’ Yang Peminat Mungkin Tak Tahu
Sebelum ini, di akhir episode 12 memaparkan babak Oh Yoon Hee yang ingin membunuh diri. Ramai peminat berasa risau dan berharap agar misi ‘unnie’ untuk terjun dari jambatan diselamatkan oleh seseorang.
BACA: Mungkin Ada Yang Tak Tahu, Pelakon The Penthouse ‘Oh Yoon Hee’ Dahulunya Ahli Kumpulan K-Pop
Peminat juga pasti sudah tidak sabar untuk melihat apakah yang akan terjadi kepada Joo Dan Tae dan bagaimana pula kisah hubungan antara Shim Su Ryeon dan Logan Lee? Ada juga netizen yang membuat spekulasi bahawa Logan Lee sebenarnya dalang utama bagi setiap kes yang berlaku di Hera Palace.
Huh, pening kan nak fikir? Haha!
Rileks, jangan buat kesimpulan awal. Sama-sama kita nantikan episod akhir The Penthouse 2 dan bersabarlah untuk menunggu siri ini pada musim ketiga yang khabarnya akan ditayangkan pada Jun tahun ini.
Dan apa yang tidak menariknya (Hiks!), untuk musim ketiga yang mempunyai sebanyak 12 episod dengarnya bakal ditayangkan hanya satu episod setiap minggu.
Fuh, lagi lama la kita kena pendam perasaan geram dan ingin tahu tu ya. Hehe!
Sumber: wowkeren