
Alhamdulillah
Pelakon, pengacara dan Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 9.15 pagi tadi.
Menurut muat naik di Instagram Scha, suaminya Awal Ashaari dan anak sulung mereka, Lara Alana, bayi perempuan seberat 3.2kg itu telah dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
“Kami sekeluarga memanjatkan syukur ke hadarat Allah SWT di atas kelahiran cahaya mata kedua pada 12 Februari 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.
“Keduap-dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami bersyukur di atas amanat ini dan berterima kasih di atas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal dan Lara sekeluarga,” catat ketiga-tiga akaun Instagram mereka.
Buat masa ini, bayi tersebut hanya dikenali sebagai Baby L.
Mereka sekeluarga menunggu waktu yang bersesuaian setelah Scha dibenarkan pulang ke rumah dalam masa beberapa hari untuk memperkenalkan nama Baby L untuk pengetahuan khalayak.
Tak sabar rasanya nak menatap wajah Baby L buat pertama kali.
Terdahulu, Scha dan Awal pernah berkata dalam temuramah di majlis makan malam Nona Superwoman Award 2020 bahawa mereka inginkan jantina Baby L menjadi kejutan buat mereka bertiga dan sanggup menunggu hingga ke saat-saat kelahiran hari ini untuk mengetahuinya.
Tahniah sekali lagi daripada team REMAJA!
Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir, Dian Happy Untuk 5 Finalis Akhir Dewi Remaja 2019

Isi Kandungan
TogglePencarian Dewi Remaja 2019 kali ini membawa kelainan apabila hanya mengumumkan empat orang finalis yang berjaya ke final, manakala seorang lagi peserta telah pun diumumkan menerusi siaran MeleTOP sebentar tadi.
Nampaknya perjalanan Dian Fernandez terpaksa terhenti disini kerana Syamira Izzati telah pun berjaya ke peringkat akhir Pencarian Dewi Remaja 2019 yang akan bersiaran secara langsung pada Sabtu ini.
“Sejujurnya, saya rasa Syamira memang layak untuk meneruskan perjalanan Dewi Remaja ini ke peringkat akhir. Memanglah rasa sedih sebab tinggal selangkah sahaja lagi untuk berentap di pusingan akhir, tetapi rezeki saya hanya tertulis hingga setakat ini saja,”
“Saya percaya akan ada banyak lagi rezeki di luar sana dan tidak semestinya bila tak dapat masuk ke pusingan akhir, perjalanan akan berakhir disini. Banyak lagi peluang yang saya boleh cari untuk meneruskan minat dalam industri hiburan ini,” jelas Dian.

.
Berkongsi cerita tentang perjalanannya seawal sesi ujibakat Dewi Remaja tempoh hari, Dian tidak menyangka bahawa dirinya terpilih sebagai Top 12. Melihat peserta-peserta yang telah disenarai pendek, gadis kacukan Filipina ini menganggap ini adalah rezeki yang tidak boleh ditolak.
“Sebenarnya dari tahun lepas saya ingin menyertai Dewi Remaja tetapi saya hanya tahu sesi ujibakat yang sedang berlangsung pada hari terakhir. Jadi memang tak sempatlah. Tahun ini, kakak yang bersungguh meminta saya cuba menghadiri casting pada September lepas,”

.
“Saya langsung tidak meletakkan harapan tinggi kerana sedar akan kemampuan diri. Ramai peserta yang berbakat, namun dah tertulis ini adalah rezeki saya, jadi saya terima dengan hati yang terbuka,”
“Oleh sebab itu juga, saya sangat bersyukur kerana sudah berjaya hingga ke peringkat ini walaupun tidak dapat beraksi di pentas final. Dalam masa yang sama, saya juga happy bila melihat kawan-kawan yang lain berjaya meneruskan perjalan dalam Dewi Remaja,” sambungnya lagi.

.
“Untuk Shaza, Amanda, Adriana, Nynaa dan Syamira, saya ingin ucapkan tahniah dan good luck untuk mereka. Buat betul-betul, I know you guys can do it!”
Syabas juga kami ucapkan buat Dian kerana berjaya hingga ke peringkat ini. Semoga terus bersinar dan mendapat tempat dalam industri hiburan tanah air.
*
Peraduan Kumpul & Terbang
Istimewa untuk Dewi Remaja 2019, kami dengan kolaborasi penaja dari Scoot Airlines mengadakan peraduan khas ‘Kumpul & Terbang’!
Basically, apa yang perlu korang lakukan adalah menonton kesemua episod Dewi Remaja 2019 di saluran Astro Ria & Ria HD (setiap Sabtu jam 9.00 malam atau siaran ulangan setiap hari Selasa jam 1.30 tengah hari). Ataupun korang boleh menontonnya secara online di aplikasi Astro GO.
Tonton dan kumpul soalan & jawapan pada setiap artikel recap Dewi Remaja 2019 (seperti artikel ini).
Hantarkan kesemua jawapan sebelum 25 Disember 2019 ke remaja@ideaktiv.com.
Print.
SOALAN EPISOD 7
1. Di manakah lokasi penggambaran segmen Corporate Social Responsibility (CSR) yang dilakukan oleh 6 orang finalis bersama haiwan gajah?
2. Siapakah yang memenangi cabaran ‘photo shoot’ bersama penaja bersama, NUViT Malaysia?
3. Namakah 5 orang finalis yang layak ke peringkat finale Dewi Remaja 2019.
*
Jawab dan kumpul 3 soalan ini hingga 25 Disember 2019 agar korang berpeluang untuk memenangi 3 pasang tiket penerbangan tajaan Scoot Airlines.
Scoot menghubungkan lebih 60 destinasi di 17 buah negara seluruh dunia dari Singapura. Ini termasuklah Athens, Berlin, Gold Coast, Jeddah, Sydney dan terbaru, Trivandrum, Wuhan dan Kunming.
Di dalam Malaysia, Scoot menawarkan penerbangan dari/ke Kota Bharu, Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang. Penang. Bermula 3 Disember 2019 pula, Scoot akan terbang dari/ke Kota Kinabalu!
*
TERMA & SYARAT PENYERTAAN
• Semua peserta MESTI berumur 21 tahun ke atas pada masa mereka menyertai peraduan. Peserta mestilah seorang warganegara Malaysia dan / atau penduduk tetap Malaysia. Sekiranya peserta di bawah umur 21 tahun, penyertaan mereka mestilah diawasi oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
• Peserta mesti memegang pasport semasa dengan sekurang-kurangnya enam bulan sah dari tarikh perjalanan.
• Follow Facebook dan Instagram (@majalahremaja) serta Twitter (@majalahremajaMY).
• Follow Facebook (@FlyScootMY) dan Instagram (@flyscoot)
• Wargakerja Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO), Scoot Airlines ataupun ahli keluarga serta kenalan rapat tidak dibenarkan untuk menyertai peraduan ‘Kumpul & Terbang’ ini. Sebarang penyertaan akan dibatalkan secara serta-merta.
• Tarikh tutup penyertaan untuk menghantarkan emel adalah pada 20 Disember 2019 (Jumaat). Sebarang penghantaran lewat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan oleh pihak pengurusan.
• Semua hadiah tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
• Sekiranya hadiah yang diperolehi berupa tiket penerbangan hilang, rosak atau tamat tempoh, Scoot tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan dengan tiket penerbangan baru. Pihak pengurusan berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain. Tiada aduan yang akan dilayan mengenai perkara tersebut.
• Pihak pengurusan tidak akan melayan sebarang aduan mengenai kualiti dan kuantiti hadiah yang telah diberikan.
• Peserta menyatakan dan menjamin bahawa mereka tidak pernah mempunyai apa-apa sabitan atau rekod jenayah dan tidak pernah mempunyai tingkah laku yang boleh menjejaskan reputasi peraduan.
• Penyertaan yang tidak lengkap dan tidak teratur dikira tidak sah (mengikut budi bicara mutlak pihak pengurusan).
*
Jangan lupa nantikan TIGA lagi soalan dari Episod 8 (FINALE) minggu ini!
Senior Hero Remaja Tamatkan Zaman Duda, Finalis Dewi Remaja 09/10 Pula Jadi Tunangan Orang

Isi Kandungan
ToggleAmboi, main tutup-tutup muka bakal suri ya abang Eizlan Yusof!
Hujung minggu lalu, memang ramai yang membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius. Ini termasuklah finalis Hero Remaja 1993/1994 Datuk Seri Eizlan Yusof dan finalis Dewi Remaja 2009/10 Azar Azmi.
Eizlan Yusof Hanya Kawan Rapat
Empat tahun pelakon filem Pisau Cukur ini menduda, akhirnya Eizlan Yusof, 48 bertemu dengan wanita pilihannya, Natasha Rosa Boudville dan bakal menaiki pelamin pada 12 Disember ini.

Eizlan dan wanita berketurunan Serani itu menurut beliau telah berkawan rapat sejak empat tahun lalu. Namun hubungan mereka setakat itu saja, hanya berkawan.
Hinggalah 3 bulan lalu, Eizlan mengambil keputusan melamar secara spontan dan Natasha menerimanya. Dalam sidang media yang berlangsung pada hari ini di Putrajaya, Eizlan turut berkata Natasha telahpun memeluk agama Islam pada bulan Ogos tahun lalu sebelum apa-apa perancangan untuk berkahwin timbul.
Buat masa ini, Eizlan enggan mendedahkan wajah bakal isteri beliau berusia 29 tahun itu.
Congrats abang!
*
Azar Memilih Bapa Tunggal
Semalam pula, seorang finalis Dewi Remaja 2009/10 iaitu pelakon, Azar Azmi pula telah mengikat tali pertunangan dengan seorang produser filem yang juga merupakan bapa tunggal.
Dalam majlis yang berlangsung secara tertutup itu, ia sempat disaksikan oleh beberapa selebriti seperti Fasha Sandha.

Pandai Azar menyembunyikan statusnya yang telah bercinta dengan pasangannya sejak 5 tahun lalu. Azar dilaporkan bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada hujung tahun hadapan. Tak sabar!
[TIP] Anzalna Berpuas Hati Dengan Peserta Ujibakat Dewi Remaja 2019 Tetapi…

Isi Kandungan
Toggle
Bagi yang mengikuti update pencarian Dewi Remaja 2019 pada hujung minggu lalu, pastinya korang sudah melihat kelibat pelakon cantik ini di dalam salah sebuah bilik penjurian.
Anzalna Nasir merupakan finalis Dewi Remaja 2019 dan istimewanya pada edisi kali ini, Anzalna menjadi salah seorang juri sesi ujibakat yang dianjurkan.
Apakah antara kriteria yang membuatkan seorang peserta ujibakat Dewi Remaja mara ke pusingan seterusnya?
“Saya suka apabila masuk saja ke bilik juri, mereka sudah tampil bersedia. Usah teragak-agak dengan keyakinan diri sendiri kerana itu yang akan membuat juri tertarik untuk berkenalan dengan korang.
“Perasaan gementar itu tentulah ada tetapi ubahnya kepada semangat untuk menonjolkan diri.
“Disebabkan ini adalah ujibakat Dewi Remaja, penampilan peserta pun haruslah kemas dan kena gaya.
Namun, ada juga keluhan yang dilepaskan Anzalna pada minggu pertama ujibakat. Ujarnya, kebanyakan daripada peserta yang hadir seakan tidak melakukan persediaan yang rapi.
Ada yang tidak tahu bagaimana untuk memperkenalkan diri. Ada juga yang pernah hadir ke banyak ujibakat lain sebelum ini tetapi seakan-akan inilah ujibakat pertama mereka.
“Nasihat saya, pilih bakat TERBAIK yang ingin dipersembahkan. Jika kamu katakan tahu menyanyi, jadi penyanyi terbaik di sini. Jika ingin berlakon, lakonkan betul-betul dan bukan setakat ala kadar. Ini adalah Dewi Remaja, jadi saya mencari yang luar biasa.
“Saya ingin sangat melayakkan seramai mungkin peserta ke peringkat seterusnya. Tetapi kamu perlu tolong diri sendiri dahulu. Prepare betul-betul,” nasihatnya lagi.
BACA: Penyertaan Dewi Remaja Terbuka Kepada Semua Bangsa, Ini Finalis Bukan Melayu Yang Pernah Sertai
So there you go girls, kamu sudah tahu rahsia untuk layak. Lakukan sebaik mungkin pada minggu kedua ini okay!
Kami akan menemui korang pada 14 & 15 September (hujung minggu) ini dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Jumpa korang di Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!