Scha Alyahya Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Pada CNY 2021

Share

 

Alhamdulillah

Pelakon, pengacara dan Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 9.15 pagi tadi.

Menurut muat naik di Instagram Scha, suaminya Awal Ashaari dan anak sulung mereka, Lara Alana, bayi perempuan seberat 3.2kg itu telah dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

“Kami sekeluarga memanjatkan syukur ke hadarat Allah SWT di atas kelahiran cahaya mata kedua pada 12 Februari 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.

“Keduap-dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami bersyukur di atas amanat ini dan berterima kasih di atas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal dan Lara sekeluarga,” catat ketiga-tiga akaun Instagram mereka.

Buat masa ini, bayi tersebut hanya dikenali sebagai Baby L.

Mereka sekeluarga menunggu waktu yang bersesuaian setelah Scha dibenarkan pulang ke rumah dalam masa beberapa hari untuk memperkenalkan nama Baby L untuk pengetahuan khalayak.

Tak sabar rasanya nak menatap wajah Baby L buat pertama kali.

Terdahulu, Scha dan Awal pernah berkata dalam temuramah di majlis makan malam Nona Superwoman Award 2020 bahawa mereka inginkan jantina Baby L menjadi kejutan buat mereka bertiga dan sanggup menunggu hingga ke saat-saat kelahiran hari ini untuk mengetahuinya.

Tahniah sekali lagi daripada team REMAJA!

Published by
FZ