Kepada pelajar lain yang pernah atau sedang mengambil bidang perakaunan di kolej dan universiti, pastinya korang pernah terdengar mengenai kertas Financial Reporting (F7) dalam peperiksaan Persatuan Bertauliah Berkanun (ACCA).
Kertas ACCA F7 ini adalah kemahiran laporan kewangan yang lebih advance selepas ‘double entry book keeping’ yang dipelajari pada peringkat ACCA F3.
Ia juga adalah subjek pautan kepada laporan ‘P2 advanced Corporate Reporting’.
Dengar je dah tahu, ACCA F7 ini bukanlah kertas yang mudah.
Namun itu tak dijadikan sebagai halangan oleh Wan Nur Mafudah Wan Yusof, 21. yang mendapat tempat pertama dalam World Prize Winner bagi kertas tersebut.
Kejayaan itu bermakna Wan Nur Mafudah ialah anak berbangsa Melayu pertama yang mendapat tempat teratas di dunia dengan memperolehi markah 95 peratus!
Ads
Wan Nur Mafudah (tiga dari kiri) bergambar bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (tengah) dan penerima anugerah ACCA dari United Kingdom semalam.
Sebelum ini, ada juga beberapa pelajar berbangsa Melayu yang pernah berjaya unuk ACCA F7 ini dengan memperolehi tempat kedua, ketiga dan keenam, sejak tahun 2016 hingga tahun lepas.
Kongsi Wan Nur Mafudah, dia sememangnya meminati bidang perakauan sejak sekolah terutama ketika memasuki kelas perakaunan, ekonomi dan matematik.
Ads
“Lepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di MRSM Besut dengan keputusan 8A 1B, saya menyambung pelajaran dalam asas bidang perakauan di Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur selama setahun setengah.
“Di situ, saya memperoleh biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan sambung belajar di Kolej Intec,” katanya yang berasal dari Kampung Tok Raja itu kepada wartawan BERNAMA.
Seperti biasa, semua orang ingin tahu apa rahsia di sebalik kejayaan tersebut.
Ads
Wan Nur Mafudah katanya menggunakan teknik mengajar semula subjek yang sudah difahaminya kepada rakan lain. Mungkin dengan cara ini, mudah untuk seseorang mengulang kembali nota, kan?
Selain itu, dia turut menasihatkan agar remaja di sekolah menengah yang ingin mengambil bidang perakaunan agar memberi penekanan kepada subjek Perakaunan, Perdagangan, Ekonomi dan Bahasa Inggeris kerana 4 subjek itu adalah asas yang penting.
“Subjek lain seperti Teknologi Maklumat (IT) dan Matematik juga perlu dikuasai,” katanya lagi.
Semalam, melalui akaun Twitter, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mengucapkan tahniah kepada Wan Nur Mafudah atas kejayaan tersebut.
“Tahniah berjaya cipta sejarah dan harumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Tahniah juga buat seluruh ahli keluarga beliau.”
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada hari Isnin yang lalu, Marvel Studios telah menyeru semua peminat adi wira mereka kembali ke panggung sebagai tanda sokongan kepada panggung wayang yang sekian lama terjejas akibat pandemik ini dan mereka juga ingin melakukan ‘comeback’ terhadap persaingan mereka dengan perkhidmatan penstriman langsung.
Sumber: Reuters
“Jumpa anda di panggung” merupakan babak terakhir dalam video trailer berdurasi 3 minit itu yang bertujuan untuk menaikkan lagi rasa teruja dalam diri peminat mereka tentang 10 filem Marvel yang bakal ditayangkan tidak lama lagi dan tidak dilupakan juga sekuel filem “Black Widow”, “Eternals” dan juga “Black Panther”.
Menurut sumber Reuters, bukan sahaja video trailer tersebut memaparkan tentang filem Marvel, tetapi juga turut disertakan dengan video rakaman keseronokan penonton didalam panggung ketika mereka bersorak sewaktu adegan petempuran terakhir filem Avengers: Endgame pada April 2019 yang lalu.
Dikatakan juga, masa depan panggung wayang masih lagi tidak menentu akibat pandemik Covid-19 ini. Pengusaha panggung bebas seperti AMC Entertainment, Cineworld Pic dan juga Cinemark Holdings Inc berharap agar filem-filem Marvel dan juga penerbit yang lain mampu menarik semula kunjungan penonton ke panggung wayang.
Disney dan juga beberapa syarikat media yang lain juga telah melaburkan berbilion-bilion dolar untuk bersaing dengan Netflix Inc, dengan menawarkan perkhidmatan penstriman kepada penonton di rumah. Tambahan lagi, Disney telah menawarkan filem Black Widow dengan caj AS$30 menerusi perkhidmatan penstriman Disney+ dan juga pada masa yang sama, ianya bakal ditayang di panggung pada Julai nanti.
Walaubagaimanapun, Marvel masih belum ada lagi perancangan bagi sembilan filem Marvel yang lainnya. Kesemua filem tersebut dirancang untuk menemui penonton sepanjang dua tahun ke hadapan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaharu, pelakon tinggil lampai, Sharifah Sakinah, memaklumkan sumbangan Tabung kecemasan pelakon Nad Zainal berjaya meraih jumlah sebanyak RM43,987.50 sejak ia dilancarkan pada 29 November lalu.
Sehubungan itu, sumbangan tersebut telah pun diserahkan kepada kedua-dua orang tua aktres berkenaan bagi segala urusan pembayaran hospital.
“Salam semua, mewakili ibu bapa kepada Nad Zainal, kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan dari rakan-rakan yang berada dalam bidang industri yang telah menghulurkan sumbangan ketika sahabat sedang memerlukan.
“Rakan-rakan artis, sahabat dan guru-guru dari Aswara, penerbit televisyen, rakan-rakan media, industri fesyen dan tatarias, serta peminat-peminat Nad.
“Jumlah sumbangan adalah RM43,987.50 dan telah pun di salurkan pada akaun ayah Nad Zainal sendiri untuk urusan pembayaran hospital,” coretnya.
Dalam pada itu, pelakon drama popular Girlfriend Aku Dari Neraka Itu turut memaklumkan kutipan sumbangan menerusi akaun Thespian Legacy telah dihentikan buat masa ini.
“Buat masa ini, kami akan menghentikan dahulu kutipan sumbangan di akaun Thespian Legacy. Terima kasih kepada semua atas titipan doa dan sumbangan yang telah diberikan kepada sahabat kita.
“Semoga semua usaha kita ini dipermudahkan dan semoga sahabat kita kembali sihat,” tulisnya panjang.
Pemerhatian REMAJA mendapati, ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi warganet dan rakan artis. Masing-masing menitipkan doa agar pelakon tersebut kembali pulih seperti sedia kala.
Sekadar informasi, perkembangan terbaharu Nad Zainal dilaporkan menunjukkan perkembangan positif namun kembali direhatkan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pada minggu ketujuh konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang berlangsung semalam, persembahan Dadali Dyrga menarik perhatian ramai dan mendapat pujian daripada juri tetap, Datuk Ramli MS.
Penyanyi berasal dari Indonesia itu, tampil memukau dengan lagu Dikir Rambong nyanyian asal kumpulan Kapilla, meskipun lagu tersebut menggunakan dialek Kelantan yang bukan berasal dari tanah airnya.
Oleh hal demikian, Ramli memberi penghargaan terhadap ketekunan Dyrga dalam membawakan lagu tersebut.
“Daripada sembilan peserta yang bertanding semalam, saya lihat Dyrga menyerlah meskipun penyampaiannya kurang. Cuma dia ada ketekunan itu.
“Kita kena adil, memang malam semalam Liza Aziz sangat ke hadapan, tetapi kalau cakap pasal ketekunan, saya tengok ada pada Dyrga,” katanya.
Tambahnya lagi, meskipun Dyrga belum pernah menyanyikan lagu tersebut sebelum ini, namun dia berjaya menarik minat penonton.
“Lagu yang dia bawa adalah lagu yang dia tak pernah nyanyikan pun. Kalau diamati pun, memang kita boleh dengar ‘bunyi’ Jawa dia itu pekat berbanding Kelantan.
“Saya tengok di pentas GV pun dia boleh tarik minat penonton dengan keseluruhan repertoir,” jelasnya lagi.
“Bayangkan jika dia asah lagi nyanyi lagu ini, Dyrga boleh bawa lagu ini jika dia adakan konsert di sini. Satu Malaysia boleh nyanyi bersama-sama dan itu adalah kelebihan dia,” tambahnya.
Selain itu, Ramli turut memuji persembahan keseluruhan peserta lain yang menunjukkan usaha yang tidak sambil lewa dalam memastikan kelancaran persembahan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon veteran, Zulkifli Ismail, yang kini berusia 62 tahun, meraih perhatian peminat apabila menyatakan bahawa beliau kini sedang menyambung pengajian di Universiti...