Score Exam Dengan Mengajar Semula Nota Kepada Rakan Lain, Pelajar Ini Dapat Tempat Pertama ACCA!

Share

Kepada pelajar lain yang pernah atau sedang mengambil bidang perakaunan di kolej dan universiti, pastinya korang pernah terdengar mengenai kertas Financial Reporting (F7) dalam peperiksaan Persatuan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Kertas ACCA F7 ini adalah kemahiran laporan kewangan yang lebih advance selepas ‘double entry book keeping’ yang dipelajari pada peringkat ACCA F3.

Ia juga adalah subjek pautan kepada laporan ‘P2 advanced Corporate Reporting’.

Dengar je dah tahu, ACCA F7 ini bukanlah kertas yang mudah.

Namun itu tak dijadikan sebagai halangan oleh Wan Nur Mafudah Wan Yusof, 21. yang mendapat tempat pertama dalam World Prize Winner bagi kertas tersebut.

Kejayaan itu bermakna Wan Nur Mafudah ialah anak berbangsa Melayu pertama yang mendapat tempat teratas di dunia dengan memperolehi markah 95 peratus!

Wan Nur Mafudah (tiga dari kiri) bergambar bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (tengah) dan penerima anugerah ACCA dari United Kingdom semalam.

 

Sebelum ini, ada juga beberapa pelajar berbangsa Melayu yang pernah berjaya unuk ACCA F7 ini dengan memperolehi tempat kedua, ketiga dan keenam, sejak tahun 2016 hingga tahun lepas.

Kongsi Wan Nur Mafudah, dia sememangnya meminati bidang perakauan sejak sekolah terutama ketika memasuki kelas perakaunan, ekonomi dan matematik.

“Lepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di MRSM Besut dengan keputusan 8A 1B, saya menyambung pelajaran dalam asas bidang perakauan di Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur selama setahun setengah.

“Di situ, saya memperoleh biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan sambung belajar di Kolej Intec,” katanya yang berasal dari Kampung Tok Raja itu kepada wartawan BERNAMA.

Seperti biasa, semua orang ingin tahu apa rahsia di sebalik kejayaan tersebut.

Wan Nur Mafudah katanya menggunakan teknik mengajar semula subjek yang sudah difahaminya kepada rakan lain. Mungkin dengan cara ini, mudah untuk seseorang mengulang kembali nota, kan?

Selain itu, dia turut menasihatkan agar remaja di sekolah menengah yang ingin mengambil bidang perakaunan agar memberi penekanan kepada subjek Perakaunan, Perdagangan, Ekonomi dan Bahasa Inggeris kerana 4 subjek itu adalah asas yang penting.

“Subjek lain seperti Teknologi Maklumat (IT) dan Matematik juga perlu dikuasai,” katanya lagi.

Semalam, melalui akaun Twitter, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mengucapkan tahniah kepada Wan Nur Mafudah atas kejayaan tersebut.

“Tahniah berjaya cipta sejarah dan harumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Tahniah juga buat seluruh ahli keluarga beliau.”

Published by
FZ