Kredit foto: news.nestia.com

Haid atau datang bulan merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk membuatkan seseorang wanita itu mengandung.

Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari.

Terdapat beberapa pilihan yang boleh digunakan ketika haid dan antaranya adalah pad, tampon dan menstrual cup. Namun, di negara kita kebanyakan wanita biasanya akan memilih untuk memakai pad ketika datang bulan.

Scotland Jadi Negara Pertama Beri Pad & Tampon Secara Percuma
Kredit foto: CNN

Tahu tak korang bahawa Scotland merupakan negara pertama di dunia yang menyediakan produk-produk sanitasi yang diperlukan wanita ketika datang haid diberikan secara percuma?

Anggota Parlimen Scotland (MSP) telah meluluskan Rang Undang-Undang untuk produk haid (peruntukan percuma) setelah diperkenalkan pertama kali pada tahun 2017.

Ads

Masalah kesukaran untuk mengakses produk menstruasi ini didorong dengan tiga sebab, termasuklah kos yang perlu dikeluarkan untuk membeli produk, kurangnya pendidikan, stigma dan rasa malu untuk memperkatakan tentang hal ini.

Scotland Jadi Negara Pertama Beri Pad & Tampon Secara Percuma
Gambar hiasan

Wanita dianggarkan menghabiskan purata £ 13 sebulan untuk membeli keperluan produk haid dan beberapa ribu pound sepanjang hayat.

Ads

Dengan undang-undang ini, Scotland akan menjadi negara pertama yang membantu kemiskinan untuk mendapatkan produk menstruasi dengan keadaan rakyat yang tertekan kerana mempunyai masalah kewangan akibat pandemik COVID-19.

Undang-undang ini juga mewajibkan universiti, sekolah menengah dan institusi tinggi menyediakan produk tersebut di semua tandas yang sesuai. Kementerian juga akan menetapkan institusi awam yang bertanggungjawab untuk meletakkan produk menstruasi di farmasi atau pusat komuniti.

Ads

Namun begitu, produk ini tidak akan diberi percuma secara universal, hanya sah dan disediakan secara percuma untuk orang yang memerlukannya. Dianggarkan skim ini menelan belanjar sekitar 24 juta pound setahun.

Wah, terbaik Scotland!

Mungkin ada yang memandang ringan tentang isu ini, namun ia perlu diberi kesedaran buat seluruh masyarakat khususnya mereka yang tidak berkemampuan. Dengan inisiatif ini kami yakin sedikit sebanyak pihak kerajaan dapat membantu golongan susah dalam menjaga kebersihan ketika datang bulan.

Sumber: CNN, The Guardian

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI