Sekali korang mula scroll video di TikTok, memang ada yang akan ketagih sehingga sanggup skip tidur lah, bukan?
Menurut laporan TechCrunch baru-baru ini, Tiktok sedang berusaha menambah fungsi baharu iaitu peringatan tidur sebagai sebahagian daripada senarai pilihan yang akan diubahsuai oleh mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Solekan Mata Sembab Seakan Lepas Menangis Kini Popular Di TikTok, Ini Caranya!
Fungsi yang dinamakan sebagai Sleep Reminder ini didatangkan dengan beberapa kebolehan. Antaranya termasuklah memaklumkan tibanya waktu tidur pengguna dan senyapkan apa-apa notifikasi sewaktu tempoh tidur korang bagi memastikan kualiti tidur disyorkan selama tujuh jam dapat dicapai.
Untuk pengguna berusia 13-15 tahun, notifikasi sudah pun dimatikan pada jam 9 malam manakala mereka yang berusia 16-17 tahun pula tidak akan menerima notifikasi selepas jam 10 malam.
Difahamkan juga, ciri ini tidak diselarikan dengan masa tidur pada iOS atau Android – sebaliknya pengguna perlu tetapkan masa tidur sendiri.
REMAJA sedar ini bukanlah satu fungsi baru dalam dunia gajet. Beberapa aplikasi popular lain sudahpun mula melakukannya terutamanya aplikasi penstriman seperti Spotify yang didatangkan dengan timer
dan YouTube yang akan mengingatkan penggunanya untuk tidur.Walaupun syarikat-syarikat mahukan penggunanya kerap menggunakan produk dan platform mereka, ia tidak boleh dinafikan yang inisiatif untuk mengadakan ciri ini baik untuk mengawal pengguna dari obsesi atau terlalu lalai dengan aplikasi-aplikasi tersebut.
Buat sementara waktu, Sleep Reminder masih berada pada fasa ujian, belum diedarkan secara meluas dan hanya dapat digunakan oleh pengguna terpilih di peringkat globa
Adakah korang rasakan fungsi terbaru ini akan berjaya membuatkan penggunanya tidak lagi leka dan masuk tidur atau adakah ia tidak akan berkesan?
BACA : Jana Pendapatan Belasan Ribu Sebulan Di TikTok, Hebat ‘Content Creator’ Dari Malaysia
Sumber : TechCrunch
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.