Seriously?
Pelakon siri Stranger Things, Finn Wolfhard memuat naik satu video di laman instagramnya semalam berkaitan dengan dengan perayaan Krismas pada bulan Julai.
Namun begitu, lain pula yang jadi apabila aktres, Vanessa Hudgens turut sama meninggalkan komen mengatakan bahawa dia merindui pelakon tersebut.
“Lol, saya rindukan awak,” tulisnya.
Finn kemudiannya dilihat membalas komen tersebut dengan emoji hearts.
Susulan itu, di ruangan komen kelihatan ramai yang tertanya-tanya apakah hubungan mereka. Tidak kurang juga yang secara terang-terangan bertanyakan sama ada mereka berdua adalah pasangan kekasih.
Sebenarnya, Finn, 17 tahun dan Vanessa, 30 tahun pernah berlakon bersama dalam sebuah movie indie bertajuk Dogs Days yang keluar pada tahun lalu.
Selain itu, Vanessa juga berpacaran dengan pelakon, Austin Butler selama 7 tahun. Kedua-dua mereka juga sering memuat naik foto bersama di laman Instagram masing-masing.
Lain kali, peminat kena buat homework dulu kot sebelum main terjah je, nanti tak adalah malu pula.
Yang penting, korang dah khatam ke Stranger Things musim ketiga ni?
Selepas Sweden, UK Pula Tamatkan Kuarantin Kendiri Bagi Individu Positif Covid-19
Jika sebelum ini Sweden umum batalkan hampir semua sekatan dan menghentikan ujian saringan COVID-19 percuma dan mula hidup bersama Covid-19.
ARTIKEL BERKAITAN : Sweden Isytihar “Bebas” Covid 19 Walaupun Dunia Bergelut Kenaikan Kes Omicron
Terkini, England pula akan mengikut langkah Sweden, mengikut laporan semua sekatan Covid-19 akan dimansuhkan mulai hari ini. Ia termasuk keperluan kuarantin kendiri bagi pesakit Covid-19.
Hidup Bersama Virus Maut
Menerusi temu bual bersama BBC, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memaklumkan, penarikan semua sekatan Covid-19 ini bakal menjadi kayu pengukur untuk melihat sama ada rakyat England boleh hidup dengan virus maut itu atau sebaliknya.
“Covid-19 tetap ada dan menjadi satu daripada jangkitan paling berbahaya di dunia, namun kita juga sudah sampai ke satu tahap yang menyaksikan kita boleh menyeimbangkan jangkitan dengan kehidupan harian.
“Selepas ini, bergantung kepada anda semua bagaimana untuk menjalani kehidupan dengan Covid-19 dan anda juga menentukan bagaimana untuk mengelak atau menghindari jangkitan,” katanya.
Selain itu, pihak berkuasa juga perlu memantau penularan berdasarkan data dan capaian sebelum ini, sama seperti menguruskan penyakit kritikal yang lain. Ujian calitan Covid-19 dan kit air liur juga tidak lagi diberikan secara percuma, termasuk bayaran 500 pound (RM2,850) kepada kumpulan pekerja berpendapatan rendah yang perlu menjalani kuarantin.
Antara sekatan dan bantuan yang dimansuhkan:
- Individu positif Covid tak tertakluk dalam undang-undang untuk mengasingkan diri atau kuarantin.
- Tapi mereka tetap dinasihatkan untuk duduk di rumah dan asingkan diri dari orang sekurang-kurangnya lima hari.
- Rutin pengesanan kontak rapat akan ditamatkan, jadi bagi individu kontak rapat yang lengkap vaksinasi dan individu bawah 18 tahun tak diperlukan untuk membuat ujian saringan setiap hari selama tujuh hari
- Bantuan £500 untuk individu berpendapatan rendah ketika tempoh kuarantin kerana positif tidak akan diberikan lagi.
- Peruntukan cuti sakit untuk Covid akan diteruskan untuk sebulan lagi
Alamak, bantuan untuk rakyat juga dimansuhkan ke?huhu….
BACA LAGI : 10 Tempat Best Yang Korang Kena Pergi At Least Sekali Seumur Hidup
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
3629 Votes Tak Puas Hati Dengan BELANJAWAN 2021, Wang KWSP & 4 Isu Lain Punca Rakyat Bengang
Selepas tiga hari Belanjawan 2021 diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz “suara-suara ketidakpuasan hati” rakyat masih berlegar di media sosial khususnya isu berkaitan pengeluaran KWSP dari akaun 1 serta peruntukan besar diperoleh oleh JASA.
Tak hairanlah, satu poll undian sama ada korang semua berpuas hati atau tidak dengan Belanajawan 2021 telah dibuat oleh StrawPoll. Baru sehari undian dibuka, seramai 3739 undian diperoleh dari suara orang ramai.
Mendukacitakan sebanyak 3629 votes (setakat berita ini ditulis) mengatakan mereka tidak berpuas hati dengan Belanjawan 2021 dan hanya 2.94 peratus votes mewakili seramai 110 votes mengatakan mereka berpuas hati dengan pengumuman belanjawan tersebut.
Ermmm, ini bermakna memang ramai yang tidak berpuas hati dan ia disalurkan melalui votes tersebut.
Masa yang sama, di page Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dusuki kira0kira 20 jam lalu berkongsi lima perkara utama dibangkitkan rakyat mengenai Belanjawan 2021 yang wajar dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen.
Terima kasih atas semua pandangan dan maklum balas yang telah diberikan. Saya telah menyampaikan semua pandangan-pandangan ini dalam Mesyuarat Khas Persiapan Perbahasan Belanjawan Negara 2021 yang dipengerusikan Pengerusi BN kelmarin.
Insya-Allah, Datuk Seri Najib Razak akan menjadi Pembahas pertama mewakili BN pada hari Selasa diikuti Ahli-ahli Parlimen BN yang lain. Secara rumusannya terdapat 5 perkara utama yang dibangkitkan oleh rakyat dan insyaAllah akan terus diperjuangkan oleh BN dalam sesi perbahasan, antara lain:
- ISU KWSP
Saya telah mencadangkan berpandukan suara rakyat untuk dibenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP maksimum sebanyak RM10,000 dan tidak perlu bersasar kerana ia bersifat sukarela.
Implikasi hanya sekitar RM40 bilion iaitu hanya 4% daripada keseluruhan dana semasa KWSP sekitar RM940 bilion.2. ISU MORATORIUM
Perlanjutan tempoh moratorium secara automatik juga antara yang dibangkitkan oleh ramai rakyat yang sedang sengsara akibat Covid-19.3. FOKUS SAKSAMA KEPADA M40
–Menilai kembali bantuan agar golongan M40 tidak dikesampingkan kerana kesan Covid-19 turut memberi impak besar kepada golongan M40.4. ISU MAHASISWA
–Lebih kurang 1.3 juta pelajar universiti Awam dan Swasta turut terjejas akibat Covid-19, termasuklah isu kewangan melibatkan rumah sewa, pembelaran atas talian.
– Cadangan awal Pemuda UMNO agar diberikan bantuan RM50 sebulan untuk 12 bulan dalam bentuk E-Wallet untuk dimanfaatkan bagi pembelian data telefon bimbit.
– Juga cadangan dikembalikan baucar buku, kad siswa khas dan juga cadangan mengembalikan semula program MyBrain15 sebagai salah satu inisiatif pemulihan dan penjanaan semula ekonomi negara pasca Covid-19.5. Mengkaji semula kesesuaian peruntukan yang terlalu besar untuk mengembalikan JASA pada ketika ini.
Untuk makluman, 2 isu pertama iaitu KWSP dan Moratorium tidak memberikan kesan kepda Belanjawan Negara 2021. Banyak lagi perkara yang akan dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen BN yang akan memfokuskan kepada kehendak dan suara hati rakyat.
TERUSKAN BERI PANDANGAN ANDA DI RUANGAN KOMEN UNTUK MANFAAT PEMBAHAS-PEMBAHAS NANTI.
#Belanjawan2021
#Bajet2021
#pemudajurubicararakyat
TERKINI : Rakam Video Dan Gambar Terima Suntikan Vaksin Dibenarkan
Susulan beberapa dakwaan berkaitan kandungan vaksin yang diberikan tidak cukup dos malah ada juga yang mendakwa disuntik dengan picagari kosong.
Rata-rata masyarakat mahu merakam proses tersebut untuk mengelakkan rasa was-was dan gusar sekiranya mendapat picagari kosong. Walaupun pihak berwajib telah mengeluarkan kenyataan bahawa kebarangkalian untuk berlakunya pemberian vaksin kosong adalah amat kecil.
Namun, kerajaan kini membenarkan penerima vaksin mengambil video suntikan mereka, manakala jururawat juga perlu menunjukkan picagari, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, jururawat juga perlu menunjukkan picagari.
Sebaliknya, pemberi vaksin diarahkan untuk menerangkan dan menunjukkan kepada penerima proses mengisi vaksin ke dalam picagari dan penerima juga boleh mengawasi proses tersebut bagi mengelakkan rasa was-was.
Menurut Khairy Jamaluddin lagi jururawat yang mengaku menyuntik penerima vaksin dengan picagari kosong telah diberi amaran. Jelasnya, individu terbabit juga akan menjalani proses tatatertib.
Viral sebelum ini apabila seorang individu membuat laporan polis mendakwa disuntik menggunakan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas menonton semula video yang dirakamnya semasa proses vaksinasi. Individu terbabit turut mendakwa petugas KKM terbabit memarahinya kerana membuat rakaman dan minta memadam video itu selepas memberi suntikan sekali lagi.
Sebelum ini timbul isu ‘double standard’ daripada netizen apabila para selebriti dibenarkan merakam setiap momen ketika menerima suntikan vaksin, sedangkan rakyat biasa tidak dibenarkan.
Sumber : Sinar Harian