Pelakon terkenal, Nadhir Nasar baru-baru ini meluahkan rasa kesal terhadap dakwaan isu buli yang berlaku antara pelakon senior dan junior di set penggambaran.
Menurut pemilik nama penuh Ahmad Nadhir Ahmad Nasar (28) disebabkan kenyataan itu, ada segelintir pelakon senior mempunyai pandangan stereotaip terhadap pelakon baharu.
“Sebab kau, pelakon senior ada stereotaip terhadap pelakon baru. Hebat”
“Senang cerita, kalau kau tak ada masalah, tak ada orang nak buat masalah dekat kau. Tidak perlu semua benda perlu cerita. Lihat diri semula,” kongsinya menerusi platform X.
Bercakap mengenai perkembangan Nadhir Nasar, beliau kini merupakan teraju utama drama adaptasi ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi’ arahan Michael Ang. Ia mempunyai 20 episod yang ditayangkan bermula 25 September sehingga 28 November ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama novelis Ramlee Awang Murshid bukanlah calang-calang orangnya. Bagi peminat novel thriller tempatan, Ramlee Awang Murshid mempunyai sentuhan mata pena yang sentiasa tidak pernah gagal membawa imaginasi mereka ke dalam cereka ciptaannya.
Salah sebuah judul novelnya yang sentiasa disebut ialah Tombiruo. Kini karyanya diterjemahkan pula ke layar perak dengan menampilkan kerjasama luar biasa daripada empat penerbit iaitu Astro Shaw, Grup Buku Karangkraf, Ideate Media dan Layar Sunan.
Karya ke bentuk filem ini diberi judul, Tombiruo: Penunggu Rimba. Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin menjelaskan ini merupakan pertama kali mereka menerbitkan filem. Kejayaan novel Tombiruo yang diulang cetak sehingga 18 kali sejak tahun 1998 menjadikan penanda aras bahawa filem ini mampu mendapat sambutan hebat di kalangan peminat filem tempatan.
Remaja berkesempatan menonton sendiri filem aksi drama ini pada majlis Gala Premier yang berlangsung semalam. Sejujurnya, penulis belum berkesempatan untuk membaca novel Tombiruo sebelum menonton filem ini. Langkah diatur ketika menuju ke pawagam tidak disertai sebarang expectation.
Namun, cukup teruja apabila melihatkan barisan pelakon yang cukup hebat menampilkan Zul Ariffin (sebagai Tombiruo/Ejim), Farida Kamil (Amiruddin), Nabila Huda (Wan Suraya), Faizal Hussain (Pondolou), Dato’ M.Nasir (Tan Sri Berham), Hasnul Rahmat (Juslan), Dynas Mokhtar (Baizura), Faye Kusairi (Salina), Farah Ahmad (Monsiroi) dan Michael Chen (Wong).
Secara kasarnya, Tombiruo: Penunggu Rimba mengisahkan tentang Ejim, seorang lelaki misteri yang digelar Tombiruo dan diangap sebagai penunggu rimba. Sejak kecil, Ejim telah berdepan dengan pelbagai cabaran sehingga nyaris meragut nyawanya. Tetapi ada sesuatu yang istimewa dengan Ejim dan juga hutan didiaminya.
Dilahirkan dengan memiliki wajah bukan manusia, Ejim sering disisihkan oleh masyarakat dan menjadi mangsa diskriminasi. Ejim membesar dengan penuh rasa amarah yang terbenam dalam hatinya. Kehadiran ‘ayahnya’ Pondolou yang banyak mengajar erti kehidupan membuatkan Ejim lebih tenang dan mengawal dirinya.
Kemunculan syarikat Anak Bumi di hutan didiami Ejim mula mendatangkan masalah. Kontroversi tentang isu pembalakan telah membawa tragedi dan membuatkan Ejim bertindak demi mencari keadilan.
Perkara pertama yang menarik perhatian penulis ialah kesan khas CGI yang digunakan. Sejujurnya, penulis berasa cukup bangga dengan kemampuan produksi tempatan menghasilkan sebuah filem dengan CGI cukup hebat. Ketelitian serta penggunaan CGI yang tidaklah keterlaluan tetapi kena pada masanya membuatkan jalan ceritanya menjadi lebih menarik.
Pengarah, Seth Larney telah memainkan peranan cukup baik dan sentuhan aksi yang ditonjolkan juga cukup hebat. Menurut Farid Kamil, mereka berlatih selama dua minggu untuk mendapatkan babak yang dikehendaki manakala tempoh 4 minggu pula diambil untuk belajar koreografi serta diajar basic tentang silat sendeng.
Aksi pertarungan antara watak Farid Kamil dan Zul Ariffin juga digarap dengan cukup baik. Rasa cukup kagum terutamanya dengan Farid Kamil yang menonjolkan ‘buah’ silat di layar perak. Pelakon yang paling menonjol dalam filem ini pula ialah Nabila Huda yang membawakan watak seorang wartawan Sinar TV.
Melakonkan watak sebagai investigative journalist bukanlah satu perkara yang mudah. Nabila dilihat cukup komited dengan lakonannya dan tidak berlebih-lebihan apabila melakonkan babak yang agak tegang. Penulis juga tertarik dengan lakonan Hasnul Rahmat yang pada mulanya menyembunyikan belangnya. Nak cakap lebih-lebih nanti spoiler pula. Apa yang boleh penulis kongsikan, tontonlah filem ini di pawagam pada 12 OKTOBER 2017 dan rasai sendiri kelainan yang dibawa Tombiruo: Penunggu Rimba.
Rating: 4/5 bintang
Saksikan trailer Tombiruo: Penunggu Rimba
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam tular di media sosial kisah seorang pemuda golongan kurang upaya Faizal yang juga mencari rezeki sebagai rider Grab.
Di parking di Leisure Mall, Taman Pelangi, Johor Bahru sekitar tengahari semalam, tular di media sosial, Faizal yang juga menghadapi kekurangan pekak dan bisu duduk dalam keadaan sedih dengan beg grab di sisinya selepas motosikal jenis Yamaha 135 LC dengan nombor plat WFW 9854 berwarna hitam oren dan rim berwarna merah hilang.
**media[219403]**
**media[219405]**
Pantas membantu dirinya yang dilanda kesusahan, kisahnya segera ditularkan ke media sosial untuk mempermudahkan semua urusannya dan agar motosikalnya dijumpai semula.
Alhamdulillah, syukur pada Allah.
Ya, kuasa viral benar-benar membantu pemuda ini kerana baru beberapa jam dilaporkan hilang, sudah ada individu yang menghantar WhatsApp kepadanya memaklumkan yang ada ternampak motosikalnya di sebuah lorong rumah.
Dari perbualan WhatsApp itu, individu berkenaan memaklumkan no plat motosikalnya agak kemek (mungkin diketuk orang untuk menutup barang panas) dan individu berkenaan memintanya mengambil motosikal itu di Jalan Gagah Jalan Sri Paya, Larkin. Malah kunci motosikal juga tiada.
Terima kasih pada kuasa netizen. Korang memang superb bab tolong menolong nie. Inilah rasa kemanusiaan. Kita permudahkan kerja orang lain dan Allah akan permudahkan kerja kita pula.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Filem yang berjaya meraih kutipan jualan RM97 juta, Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan (Mat Kilau) telah mula ditayangkan di platform penstriman, Netflix sejak kelmarin bersempena sambutan Hari Malaysia.
Begitupun, respon yang diterima daripada penonton atas talian ternyata tidak semegah respon yang diberikan oleh penonton yang rela membeli tiket ke pawagam beberapa bulan lalu.
Menerusi hantaran di Twitter terutamanya, warga maya tidak cuba berselindung di sebalik perasaan sebenar mereka mengenai filem arahan Syamsul Yusof itu.
Ada yang mengkritik penulis skrip Mat Kilau yang dibandingkan dengan ceramah keagamaan dalam usaha watak-watak dalam filem tersebut untuk melawan pihak penjajah Inggeris demi mempertahankan tanah air. Tidak kurang juga ada menyamakan sinematografi, babak aksi serta teknik penggambaran yang digunakan oleh produksi Mat Kilau dengan siri kartun animasi.
Ish ish.. mulut!
Begitupun, itulah asam garam yang terpaksa ditelan oleh mana-mana pengkarya seni setelah menghidangkan naskah mereka di mata khalayak ramai.
Bukan biasa-biasa platform yang diberikan. Netflix menayangkan Mat Kilau di peringkat antarabangsa untuk ‘diadili’ oleh penonton berbilang bangsa, agama dan kewarganegaraan. Justeru, kritikan sudah pasti akan hadir tidak kira daripada penonton tempatan mahupun dari luar negara.
Apapun selepas 33 hari ia ditayangkan di pawagam, produksi Mat Kilau sewajarnya berbangga dengan pencapaian mereka untuk mengatasi jumlah kutipan filem blokbuster Hollywood, Avengers: End Game sebanyak RM87 juta. Ia sekaligus merupakan filem yang berjaya mengutip jumlah kutipa tertinggi dalam sejarah perfileman negara.
Diharap lebih banyak pengarah filem dan pihak produksi tempatan yang terus ghairah ingin menerbitkan karya-karya berkualiti selepas ini agar ia boleh dijadikan kebanggaan serta sebutan masyarakat Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...