Hiburan

“Sebab Kau, Pelakon Senior Ada Stereotaip…” Nadhir Nasar Tegur Rakan Pelakon Baru

Share

Pelakon terkenal, Nadhir Nasar baru-baru ini meluahkan rasa kesal terhadap dakwaan isu buli yang berlaku antara pelakon senior dan junior di set penggambaran.

Menurut pemilik nama penuh Ahmad Nadhir Ahmad Nasar (28) disebabkan kenyataan itu, ada segelintir pelakon senior mempunyai pandangan stereotaip terhadap pelakon baharu.

“Sebab kau, pelakon senior ada stereotaip terhadap pelakon baru. Hebat”

“Senang cerita, kalau kau tak ada masalah, tak ada orang nak buat masalah dekat kau. Tidak perlu semua benda perlu cerita. Lihat diri semula,” kongsinya menerusi platform X. 

BACA: Nadhir Nasar Anggap Diri Seperti Abang Kepada Junior Dalam ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’. Teringat Zaman Permulaan Sebagai Pelakon

Nadhir Nasar menerusi perkongsian di platform X

Hero Remaja 2020 itu sempat menitipkan pesanan ringkas mengenai cara apabila berhadapan dengan orang yang lebih berusia.

“Jalan depan orang lama tunduk. Dimarah orang lama, duduk. Menegakkan benang yang basah, itu buruk,” ujarnya menerusi perkongsian yang sama.

BACA:  Hero & Dewi Kembali Ke Sekolah! Karakter ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ Yang Mana Paling Sama Dengan Diri Korang? – REMAJA

Sebelumnya, seorang pelakon mendedahkan gejala buli antara pelakon baru dan lama masih berlaku sehingga hari ini.

Walau bagaimanapun, ramai aktor dan aktres termasuk pengarah, Ahmad Idham dan Nabila Huda menempelak kenyataan yang dibuat pelakon muda terbabit.

Rata-rata dari mereka berpendapat pelakon itu tidak memahami cara lakonan dan menganggap dia dibuli pelakon lama.

BACA: Digelar Hero Zaman Moden, Nadhir Nasar Berani Keluar Dari Zon Selesa. Sudahlah Kacak, Rajin Pula Tu Buat ‘Homework’!

Bercakap mengenai perkembangan Nadhir Nasar, beliau kini merupakan teraju utama drama adaptasi ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi’ arahan Michael Ang. Ia mempunyai 20 episod yang ditayangkan bermula 25 September sehingga 28 November ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE