“Sebab Saya ‘Delulu’ Mahukan Aniq” -Pemfitnah Aniq Suhair Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Share

Sebelum ini, tular di platform TikTok mengenai seorang wanita mengaku telah dihamilkan oleh pelakon meningkat naik, Aniq Suhair.

Terbaharu, pemfitnah tersebut dilihat tampil memperjelas perkara yang sebenar di entri yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Hamilkan Gadis & Minta Gugurkan Kandungan, Aniq Suhair Ambil Tindakan Undang-Undang

Menerusi perkongsian berkenaan, wanita itu menjelaskan bahawa apa yang dikatakannya sebelum ini adalah fitnah semata-mata selain tindakannya itu adalah kerana dia mengimpikan Aniq untuk menjadi miliknya.

Mengakui kesilapan yang dilakukannya itu, wanita tersebut membuat permohonan maaf kerana ingin membersihkan semula nama bekas peserta Hero Remaja itu.

“Saya ingin buat permohonan maaf terhadap Aniq Suhair. Dia tak bersalah sebenarnya ni semua rekaan semata-mata sebab saya ‘delulu’ mahukan Aniq.

“Saya akui kesilapan ini. Saya tahu ini tak dapat diterima tapi benda sudah berlalu. Saya mahu membersihkan semula nama Aniq.

“Saya tahu saya bersalah dalam hal ini. Saya akan hubungi Aniq untuk minta maaf. Sekian,” coret wanita tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu dengan menyatakan bahawa dia tidak seharusnya melakukan fitnah seperti itu.

Terdahulu, pelakon naskhah hit Sekali Lagi Cinta Kembali itu telah menolak dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan untuk menjatuhkan imejnya.

Oleh hal demikian, dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduhnya menghamilkan seorang wanita dan menggesa menggugurkan kandungan itu.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT FOTO: Instagram Aniq Suhair

Published by
Fath