Sebabkan Kelibat Penari Lelaki Menari ‘Kelepok’, Aliff Syukri Terpaksa Bayar RM20,000

Share

 

Empat pertuduhan dibacakan di hadapan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman pada hari ini beerkenaam membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang pada April lalu sewaktu umat Islam masih berada dalam bulan Ramadan.

Sebagai imbasan, Aliff Syukri, 35 telah dipanggil untuk memberi keterangan pada 26 April 2022 di Suruhanjaya Komunikasi &  Multimedia Malaysia di Cyberjaya bagi membantu siasatan berhubung klio video lagu ‘Kelepok Raya’.

ARTIKEL BERKAITAN : Teguran Sahur Menteri Hal Ehwal Agama Buat Aliff Syukri, Minta Padam Video ‘Kelepok Raya’ – REMAJA

Sebaik saja ia dimuat naik di beberapa platform berbeza seperti Instagram dan YouTube rasmi Aliff, ia pantas mendapat kecaman ramai pihak disebabkan kelibat sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian yang kurang senonoh dengan konteks bulan Ramadan serta sambutan Aidilfitri.

Aliff yang diletakkan status sebagai Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu selepas ia dibacakan kepadanya oleh jurbahahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil dan meminta untuk dibicarakan.

Menurut pertuduhan, beliau didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 13, 15, 17 serta 21 April 2022 mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Sekiranya sabit kesalahan, beliau boleh dihukum denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.

Timbalan Pendakwa Raya SKMM, Fazril Sani Mohamed Fadzil, pada awalnya menawarkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dihadapi Aliff Syukri. Begitupun, peguam yang mewakili Aliff Syukri iaitu Hasshahari Johari Mawi merayu pengurangan jumlah ikat jamin serendah RM1,500 bagi setiap pertuduhan.

Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil kemudiannya menetapkan ikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin, dan 25 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Fuh, RM20,000 yang perlu dibayar oleh Aliff Syukri disebabkan ingin menjadi kreatif dan mencipta publisiti menerusi video klip lagu raya! Berbaloikah guys?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ