
Bukan mudah untuk rakyat Malaysia merancang menunaikan ibadah umrah dan haji di tanah suci Mekah.
Namun disebabkan oleh kontroversi yang dicetuskan oleh ahli perniagaan, Muhammad Sajar Kamaruzzaman yang kini berada di tanah suci untuk menunaikan umrah denvan berpakaian wanita, amaran yang diberikan ini tak boleh dipandang remeh gaiss..
Dalam perkongsian oleh pendakwah bebas, PU Amin yang sedang berada di tanah suci, beliau berkata isu jemaah lelaki berpakaian sebagai perempuan telahpun mendapat tumpuan pihak berkuasa di Mekah.
Mereka bertanyakan mengenai isu Sajad yang hadir dengan berpakaian wanita dan memberi nasihat agar jemaah Malaysia tidak mencetuskan hal di sana.
Ini kerana sebarang hal yang tercetus akan memberi implikasi kepada jemaah Malaysia yang merancang untuk ke sana pada masa akan datang.
*
Terbaru, rakan media di Sinar Harian melaporkan pendirian kerajaan dalam isu ini.
Menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitubDatuk Seri Dr Mujahid Yusof, kerajaan berasa kesal dengan tindakan Muhammad Sajad kerana ia bukan saja mencemarkan hubungan baik Malaysia-Arab Saudi tetapi juga mencemarkan imej orang Islam.
”Sudahlah dipaparkan di Instagram seolah-olah bukan kesalahan. Seharusnya, agensi yang membawanya (Sajad) sedia makluk dengan status lelaki itu,” kata beliau pada hari ini.
Artikel Berkaitan : Coach Yin Ingin Move On
*
Untuk pengetahuan korang, Arab Saudi sememangnya melarang golongan transgender untuk ke sana dalam rupa sebegitu.
Lihat kes yang pernah berlaku kepada 2 orang rakyat Palestin ini.
Arab Saudi Memang Larang Transgender Kerjakan Haji & Umrah, Buktinya 2 Rakyat Pakistan Dihukum Mati
Majikan TAK BOLEH Beri Pekerja “Unpaid Leave” Di Bawah Akta Kerja 1955, Peguam Ajar Cara Nak Buat Kalau Kena

Wabak coronavirus yang dikategorikan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakibatkan kebanyakan negara terjejas. Tidak hanya dari aspek kesihatan tetapi juga membawa kepada kemelesetan ekonomi apabila sekatan perjalanan dikeluarkan.
Apabila ekonomi tidak mampu berkembang seperti biasa, harga minyak mentah yang semakin hari semakin menurun mencetuskan kebimbangan wujudnya kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi yang besar. Malah Bank Dunia pada satu sidang media baru ini meramalkan 11 juta penduduk di Asia Timur dan Pasifik jatuh miskin akibat kesan COVID-19 ini.
Bila sebut soal ekonomi, kita pasti terbayang soal gaji bagi pekerja makan gaji. Kalau syarikat tidak berupaya beroperasi seperti biasa kerana wabak COVID-19 ini, ada syarikat mengambil pendekatan memotong gaji pekerja, memotong elaun, memberi cuti tanpa gaji, bekerja dari rumah dan paling menyedihkan dibuang kerja terus. Sekali gus mengakibatkan pekerja hilang pendapatan.
Bagi pekerja yang terpilih, mereka pasti susah hati. Mana mahu bayar hutang bank terutama melibatkan pembelian rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya. Itu belum lagi tuntutan hutang lain yang mungkin membebankan individu berhutang.

REMAJA menemuramah peguam, Mohamad Nasruddin Ab Rahman, 26 tahun dari Baharuddin Ali & Co mengenai hak pekerja.
Apakah tindakan dan hak pekerja jika nama mereka tersenarai dalam pemotongan gaji, memberi cuti tanpa gaji atau memaksa pekerja mengambil cuti tahunan dan sebagainya lagi kerana syarikat mahu melakukan penjimatan.
Adakah boleh pekerja dikenakan unpaid leave (cuti tanpa gaji), bolehkah gaji pekerja dipotong tanpa persetujuan pekerja dan lain-lain isu.
Pekerja terbahagi kepada 2 iaitu dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 Atau Di Bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
Sebelum membincangkan lebih jauh, korang kena tahu korang dalam kategori apa. Ini paling penting kerana kategori pekerja terbahagi kepada dua.
Menurut Mohamad Nasruddin, bagi mana-mana pekerja DI BAWAH GAJI RM2000 (gaji basic), pekerja manual (bergaji hari), mereka ini secara automatik dilindungi oleh Akta Kerja 1955.
“Maksudnya di sini kalau pekerja kena tindakan pemotongan gaji, diberi unpaid leave ataupun diberhentikan tanpa menerima faedah penamatan yang mana pekerja rasa DIRINYA DIANIAYA, pekerja boleh buat laporan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk tindakan diambil kepada majikan. Kes kemudian akan dibicarakan di Mahkamah Buruh yang mana dalam kebanyakan kes kami kendalikan, kes banyak berpihak pada pekerja.
“Proses daripada laporan ke JTK hingga dirujuk ke Mahkamah Buruh akan mengambil masa selama berbulan juga. Di Mahkamah Buruh, pekerja perlu mengemukakan bukti kukuh, bukti surat diberhentikan kerja, diberi notis pemotongan gaji dan sebagainya kerana pekerja tertakluk di bawah kontrak perkhidmatan di mana kegagalan majikan membayar gaji penuh seperti termaktub dalam perjanjian kontrak kerja adalah satu kesalahan,” katanya memulakan perbualan.

Bagaimana dengan pekerja bergaji atas RM2000?
Bagi pekerja gaji atas RM2000, Mohamad Nasruddin menjelaskan pekerja tidak dilindungi secara automatik di bawah Akta Kerja 1955 tetapi Akta Perhubungan Perusahaan 1967 boleh membantu pekerja yang teraniaya, tetapi untuk kes pembuangan kerja secara tidak adil sahaja yang mana sebarang laporan perlu dibuat di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP). Tiada had minimum gaji untuk laporan ke JPP.
“Untuk isu-isu seperti pemotongan gaji atau pemberian unpaid leave, pekerja bergaji lebih daripada RM2000 boleh membuat laporan ke JTK sekiranya laporan tersebut dibuat di bawah Seksyen 69B Akta Kerja 1955 yang memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah JTK untuk mendengar aduan pekerja bergaji atas RM2000 tetapi tidak lebih dari RM5000.
Selain itu, pekerja bergaji RM 2000 ke atas juga mempunyai pilihan untuk membawa isu pemotongan gaji oleh pekerja ke Mahkamah Sivil. Pekerja boleh buat tuntutan dan kes akan didengari oleh Hakim Mahkamah Sivil,” katanya lagi.
Tapi apa yang paling utama, tak kira gaji bawah RM2000 atau gaji atas RM2000, MAJIKAN TIDAK BOLEH MEMBERIKAN UNPAID LEAVE KEPADA PEKERJA. Ini fakta kita kena tahu kerana pekerja ada hak mereka di samping majikan ada hak mereka juga,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, bukan saja tak boleh beri Unpaid Leave (cuti tanpa gaji) tapi majikan juga tak boleh potong gaji dan tak boleh memberhentikan pekerja sesuka hati tanpa alasan munasabah.
Kalau time COVID-19 ini majikan kata nak potong gaji atau Unpaid Leave kita bagaimana nak buat?
Mohamad Nasruddin menjelaskan seandainya majikan memberi notis kita tidak diberi gaji selama beberapa bulan mengikut situasi wabak COVID-19, paling penting PEKERJA JANGAN TANDATANGAN SURAT dalam masa terpantas.
“Maksud saya di sini, bukan sign terus sebaliknya ambil masa sedikit. Pertama bila tahu nama mereka tersenarai, pekerja harus menghantar Whatsapp kepada majikan bertanya kenapa nama mereka tersenarai dalam ramai-ramai pekerja syarikat. Minta majikan senaraikan apa kekurangan pekerja dan sebab mengapa mereka dipilih. Kalau tak guna Whatsapp, hantar emel kepada syarikat dan minta penjelasan ini.
Kenapa ini harus dilakukan? Nanti tak tandatangan pun majikan boleh amik tindakan?
Kata Mohamad Nasruddin, kiriman WhatsApp dan emel itu adalah bukti bahawa satu perbualan telah dilakukan antara pekerja dan majikan. Dan ia adalah bukti di mahkamah kelak sekiranya perkara ini dibawa oleh pekerja,” katanya memaklumkan hal ini.
Masa yang sama, pekerja juga harus menghubungi JTK (khususnya gaji di bawah RM2000 dan tidak melebihi RM 5000) untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung hal ini. Bagi mereka yang bergaji di atas RM2000, pihak JPP memang ada peruntukan iaitu bagi kes pembuangan pekerja secara tidak adil sahaja untuk kes didengari.
Jelasnya lagi, ada sesetengah majikan menggunakan “bentuk ugutan” seperti tak sign berhenti kerja saja tapi andai berlaku hal ini, “ugutan” itu juga bukti kita boleh menyaman majikan atas dasar pembuangan kerja secara konstruktif di Mahkamah Buruh.
Jelasnya lagi banyak pekerja tidak mengetahui hak mereka secara jelas kerana mereka tidak peka isu. Namun hanya menyedarinya apabila diberhentikan kerja.
Program subsidi Upah RM600
Ketika PKP dilakukan, kerajaan memperkenalkan Program Subsidi Upah kepada majikan dengan syarat majikan yang membuat permohonan tidak boleh memberhentikan pekerja dalam tempoh enam bulan lamanya seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru ini.
Menurut Mohamad Nasruddin, antara pertanyaan yang banyak diajukan oleh orang awam adalah mengenai Program Subsidi Upah yang mana bolehkah gaji mereka dipotong beberapa peratus dari gaji asal.
Adakah majikan boleh memotong gaji pekerja selepas pemohonan Program Subsidi Upah diluluskan oleh pihak kerajaan?
“Jawapannya TIDAK BOLEH. Apa yang kita kena tahu ialah Program Subsidi Upah yang ditawarkan oleh pihak kerajaan bertindak sebagai bantuan kepada majikan untuk meneruskan operasi harian dan masa yang sama mengelakkan pekerja hilang punca pendapatan khususnya golongan B40.
“ Majikan yang mana permohonan telah diluluskan tidak boleh membuang pekerja, memotong gaji ataupun memberi cuti tanpa gaji (unpaid leave) kepada pekerja (berpendapatan RM 4000 ke bawah), lebih-lebih lagi pekerja yang tersenarai dalam Program Subsidi Upah yang dimohon. Gaji perlu dibayar penuh kepada pekerja,” katanya mengakhiri perbualan.
Note : Pihak kami meminta maaf di atas kekeliruan artikel mengenai Program Subsidi Upah yang disiarkan semalam yang menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Artikel sudah diperbetul dan diperincikan semula.
Tiada Lagi Harga Semurah RM2.10 Di Kedai ECO Bermula 1 Disember 2021

Sebut saja mengenai kedai RM2.10, kebanyakan daripada remaja terus akan teringat kepada kedai ECO SHOP Malaysia. Ia berikutan pelbagai jenis barangan yang ada ditawarkan di sana pada harga RM2.10 saja seiring dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Kesemua barangan di kedai ini dijual pada harga RM2.10 setiap satu lalu membuatkan sesiapa saja yang memasuki ke kedai ini ‘naik gila’.

Setelah sekian lama mengekalkan harga berkenaan, Eco Shop Malaysia menerusi laman Facebook rasmi mereka telahpun mengeluarkan notis perubahan harga jualannya yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2021.
Menurut perkongsian itu, Eco Shop Malaysia terpaksa menaikkan harga barangan kepada RM2.20 setiap satu di kesemua cawangan Eco Shop di Semenanjung Malaysia. Sementara itu, bagi cawangan Langkawi, Sabah dan Sarawak pula, harga barangan akan berubah agak drastik iaitu kepada RM2.40 setiap satu.
Pihak Eco Shop mengesali pengumuman kenaikan harga tersebut dan berharap agar para pelanggan mereka akan terus memberikan sokongan selepas ini.
Secara peribadi, penulis merasakan kenaikan harga barangan kedai Eco sebanyak RM0.10 dan RM0.30 ini masih boleh diterima memandangkan ia jauh lebih murah daripada harga barangan di kedai serbaneka atau pasaraya lain. Malah, barangan yang dijual di sini juga diakui mempunyai standard kualiti yang wajar dipuji walaupun harganya murah.
Namun bagi korang yang terasa ‘turn-off’ dengan kenaikan harga di Eco Shop Malaysia, korang masih mempunyai alternatif kedai barangan berharga RM2.00 yang lain seperti NOKO, NINSO, Mr. Save dan Kedai SETIA di kawasan berhampiran korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Eco Shop Malaysia
Makanan Warna Hitam Jadi Trend, Bahaya Ke Tak Kalau Kita Makan?

Isi Kandungan
ToggleViral di media sosial baru-baru ini tentang kuih kuba guling yang dijual di Rantau Panjang, Kelantan sehinggakan ramai orang berebut-rebut nak membelinya. Apa yang menarik sangat tentang kuih ni?
Bagi mereka yang bukan berasal dari Pantai Timur, mungkin ada yang tertanya-tanya apa benda kuba guling tu?
Sebenarnya kuih ini berasal dari Thailand dan agak terkenal di wilayah sempadan Kelantan-Thailand. Kuba guling adalah kuih manis yang disediakan dengan pelbagai jenis ramuan dan paling utama adalah abu dari tempurung kelapa yang akan menghasilkan warna hitam/gelap.
Selain itu, ada juga yang menggunakan activated charcoal yang terdapat di bakeri untuk mendapatkan kesan hitam itu juga.
Bahan makanan
Sebelum viralnya kuih kuba guling ni, ramai peniaga dah menggunakan activated charcoal untuk menghasilkan kesan hitam dalam makanan seperti roti dan ais krim. Mesti korang pernah nampak ais krim warna hitam kan? Yes, dah jadi trend di Malaysia mahu pun luar negara tentang makanan warna hitam ni.
Jadi, jangan nak hairan sangat la kalau korang tengok makanan yang dijual di kedai-kedai sekarang berwarna gelap.
Bahaya ke tak?
Ramai yang tertanya-tanya adakah abu dari tempurung kelapa ini bahaya untuk dimakan. Menurut Root of Science, jawapannya adalah tidak sama sekali. Abu dari tempurung kelapa atau lebih dikenali sebagai activated charcoal merupakan satu komponen yang terhasil apabila tempurung kelapa berkenaan dibakar pada suhu tinggi dan menghasilkan karbon.
Selain untuk tujuan masakan, activated charcoal ini juga digunakan dalam pelbagai produk kecantikan seperti ubat gigi, pencuci muka dan sebagainya.
Perlu korang tahu, jumlah yang digunakan dalam makanan adalah sedikit dan tidak akan menyebabkan kesan sampingan. Tapi, peniaga jangan pula menggunakannya secara berlebihan dalam masakan kerana abu ini adalah pahit. Takut pula terlebih pahit nanti.
Activated charcoal Vs Polisiklik Aromatik Hidrokarbon
Polisiklik Aromatik Hidrokarbon (PAH) terhasil daripada pembakaran arang/minyak pada suhu tinggi yang lazimnya akan terdapat pada kesan hitam produk makanan seperti sate, daging bakar dan roti canai adalah satu komponen yang dilaporkan oleh IARC (International Agency for Cancer Research) sebagai komponen yang meninggikan risiko untuk mendapat kanser (karsinogen).
Namun begitu, janganlah korang mengambil makanan yang mengandungi activated charcoal ni secara berlebihan sehingga ketagih pula sebab takut ada kesan sampingan lain.
Warna hitam tu memang tak jadi masalah sangat, tapi macam mana pula dengan kandungan gula yang ada dalam makanan tersebut? Itu yang sepatutnya korang fikir.