Sebabkan Seorang Buat Hal, Jemaah Malaysia Akan Bermasalah Tunai Umrah

Share

 

Bukan mudah untuk rakyat Malaysia merancang menunaikan ibadah umrah dan haji di tanah suci Mekah.

 

Namun disebabkan oleh kontroversi yang dicetuskan oleh ahli perniagaan, Muhammad Sajar Kamaruzzaman yang kini berada di tanah suci untuk menunaikan umrah denvan berpakaian wanita, amaran yang diberikan ini tak boleh dipandang remeh gaiss

..

Dalam perkongsian oleh pendakwah bebas, PU Amin yang sedang berada di tanah suci, beliau berkata isu jemaah lelaki berpakaian sebagai perempuan telahpun mendapat tumpuan pihak berkuasa di Mekah.

Mereka bertanyakan mengenai isu Sajad yang hadir dengan berpakaian wanita dan memberi nasihat agar jemaah Malaysia tidak mencetuskan hal di sana.

Ini kerana sebarang hal yang tercetus akan memberi implikasi kepada jemaah Malaysia yang merancang untuk ke sana pada masa akan datang.

*

Terbaru, rakan media di Sinar Harian melaporkan pendirian kerajaan dalam isu ini.

Menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitubDatuk Seri Dr Mujahid Yusof, kerajaan berasa kesal dengan tindakan Muhammad Sajad kerana ia bukan saja mencemarkan hubungan baik Malaysia-Arab Saudi tetapi juga mencemarkan imej orang Islam.

”Sudahlah dipaparkan di Instagram seolah-olah bukan kesalahan. Seharusnya, agensi yang membawanya (Sajad) sedia makluk dengan status lelaki itu,” kata beliau pada hari ini.

Artikel Berkaitan : Coach Yin Ingin Move On

*

Untuk pengetahuan korang, Arab Saudi sememangnya melarang golongan transgender untuk ke sana dalam rupa sebegitu.

Lihat kes yang pernah berlaku kepada 2 orang rakyat Palestin ini.

 

 

 

Published by
FZ