Dek kerana sekatan pergerakan baharu yang dikenakan di New Zealand demi memperlahankan penyebaran varian Omicron COVID-19, Perdana Menteri negara tersebut Jacinda Ardern sanggup untuk membatalkan majlis perkahwinannya.
Katanya kepada seorang pemberita tempatan, “Perkahwinan saya tidak akan diteruskan,” sambil menyifatkan faktor waktu di mana varian tersebut merebak sehingga meningkatkan jumlah kes di sana sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Apabila ditanya mengenai perasaannya, Jacinda yang menjawab ringkas, “Begitulah kehidupan (that is life).” Bagaimanapun, Jacinda tidak mendedahkan tarikh baru majlisnya setelah ditangguhkan.
Ads
Untuk pengetahuan, New Zealand telah beralih ke kategori merah dan kembali mengenakan prosedur operasi standard (SOP) memakai pelitup muka dan mengehadkan perhimpuan terbuka mulai tengah malam Ahad lalu.
Malah, kerajaannya juga kini mengehadkan kapasiti 100 orang saja dalam mana-mana acara seperti perkahwinan serta kawasan kunjungan orang ramai seperti di restoran dan di bar.
Ini susulan laporan sembilan kes varian Omicron Covid-19 yang merebak dari Auckland di pulau utara ke Nelson pulau selatan New Zealand gara-gara satu majlis perkahwinan.
Ads
Hasilnya, sebuah keluarga dan seorang pramugari dalam penerbangan tersebut telah disahkan positif.
Kata Ardern, kerajaan New Zealand kini sedang cuba untuk memperlahankan penyebaran varian Omicron kerana mengikut ramalan, New Zealand mampu diserang dengan 1000 kes sehari dalam tempoh beberapa minggu yang mendatang.
Ads
Jelaslah, Perdana Menteri New Zealand ini sensitif dengan situasi negaranya yang sedang dilanda wabak dan mengetepikan kepentingan diri seperti majlis perkahwinannya sendiri demi menangani isu yang lebih serius sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya seketika saja kegembiraan yang diraikan oleh rakyat Malaysia bersama-sama atlet olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli setelah pingat emas yang dimenanginya secara adil ditarik balik akibat isu teknikal.
Walaupun isu teknikal yang dimaksudkan itu masih belum dijelaskan secara terperinci oleh delegasi Malaysia di Tokyo, Ziyad yang dibenarkan untuk memasuki arena dan bertanding dari awal hingga ke saat akhir acara lontar peluru F20 masih dipertahankan sebagai pemenang pingat emas sebenar oleh warganet yang membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap penarikan semula piingat emas itu.
Ramai tampil menyuarakan rasa kecewa dan mempersoalkan mengapa bantahan hanya hadir daripada pihak tertentu SELEPAS acara tamat? Mengapa Ziyad tidak dibatalkan peryertaannya lebih awal sekiranya isu teknikal yang dibangkitkan itu berlaku sebelum acara bermula?
Malah, Ziyad terang-terangan menunjukkan prestasi terbaik dan jauh meninggalkan pesaing terdekat Maksym Koval dari Ukraine dengan perbezaan lontaran 0.60 meter serta berjaya memecahkan rekod dunia sebanyak dua kali.
Tinjauan REMAJA pada ciapan akaun Twitter rasmi Tokyo 2020 yang mengumumkan Maksym Koval sebagai pemenang pingat emas acara tersebut mendapati ia dibanjiri dengan komen dari warganet Malaysia. Sehingga kini, lebih 3800 komen dan 4100 ciapan semula (retweet) dicatatkan menerusi ciapan tersebut.
Dengan pembatalan kemenangan dan penyertaan Ziyad Zolkefli ini, Malaysia kembali berada dalam ranking pingat Sukan Paralimpik dengan kutipan 1 pingat emas dan 1 pingat perak menerusi sukan Powerlifting.
TERKINI : Menteri Belia & Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azum dan delegasi teknikal Malaysia, Australia dan Ecuador sedang bergabung menghantarkan bantahan ke atas protes dari Ukraine.
Setelah 21 kali negara Filipina dibadai bencana taufan pada tahun 2020, penduduk dunia sangkakan rakyat Filipina sudah lali dengan kehadiran bencana tersebut.
Bagaimanapun, tiada siapa yang menjangka taufan Vamco ini akan meragut 67 nyawa sepanjang tempoh seminggu lepas di Filipina.
Semalam saja, 21 rakyatnya cedera dan 12 lagi telah dilaporkan hilang. Secara keseluruhannya, taufan Vamco telah mengakibatkan lebih 25,000 kediaman dan infrastruktur bernilai USD9.7 juta rosak teruk.
Bukan itu saja, Filipina yang terkenal dengan hasil pertaniannya juga kerugian USD24.7 juta setelah kawasan agrikultur negara itu terjejas akibat banjir, angin kuat dan tanah runtuh.
Kini, CNN World melaporkan keseluruhan Vietnam bersiap sedia untuk berdepan taufan Vamco bermula kelmarin. Dengan kelajuan sekitar 150km/jam, taufan itu telahpun melanda sepanjang 100 kilometer kawasan persisiran laut dekat Barat Laut Da Nang.
Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc mengingatkan penduduk untuk bersiap sedia dengan impak taufan terkuat sepanjang 2020 itu.
“Lebih 8 juta orang di tengah Vietnam akan terkesan. Setiap kali mereka cuba untuk membina semula kehidupan masing-masing, satu lagi bencana ribut datang,” kata beliau. Sementara itu, lapangan terbang dan kawasan pantai di Vietnam telah ditutup sepenuhnya. Sebarang aktiviti perikanan juga dilarang.
Bagi korang yang tidak begitu pasti sejauh manakah kekuatan taufan Vamco ini, cer klik video di bawah.
Kes keracunan makan laksa popular yang didakwa dari Kampung Seri Landak, Kupang Kedah yang mengakibatkan dua mati sementara 10 lagi masih mendapatkan rawatan sememangnya satu berita mengejut dan masa yang sama amat menyedihkan.
Ekoran kejadian ini, Kementerian Kesihatan Malaysia sudah mengeluarkan notis arahan tutup sementara gerai laksa berkenaan selepas banyak mangsa mengalami cirit birit teruk selepas menikmati laksa yang amat popular ini kerana di katakan kuahnya berbau wangi dan rasanya amat sedap.
Menurut anak salah seorang mangsa yang meninggal selepas memakan laksa ini, arwah ibunya, Raseah Ali Musa, 70 tahun mulai cirit birit dan muntah-muntah tanpa henti bermula jam 1 pagi Sabtu selepas makan laksa itu bersamanya, petang Jumaat.
Jelas Norliza Shaari, 46 tahun dari Kampung Kerunai di sini, dia sama sekali tidak menduga keterujaan pertama kali mencuba laksa terkenal dari Kupang, Baling itu membawa kepada kematian ibunya.
“Bayangkan bermula jam 1 pagi (Sabtu malam), saya dan aarwah emak mula sakit perut diselangi cirit-birit dan muntah-muntah berterusan sehingga tak bermaya. Emak sendiri membuang air besar lebih dari 20 kali, terlihat azab dilaluinya kerana kesakitan melampau.
“Bila melihat keadaan semakin teruk, kami ke Hospital Gerik. Emak menerima rawatan manakala saya pula turut dirawat kemudian, sekitar jam 10 pagi,” katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, keadaan kesihatan warga emas itu semakin buruk dan dipindahkan ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan susulan.
“Allahyarham emak tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di Ipoh pada jam 9 malam Jenazah emak dibawa balik ke kampung halaman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Padang Stang pada jam 11.30 pagi,” katanya.
Selain warga emas, seorang kelainan upaya, Abdul Rahim Abdul Manan, 28 turut meninggal dunia selepas didakwa menikmati laksa dari kawasan lokasi yang sama.
Menurut ayahnya, dia sama sekali tidak menyangka laksa kegemaran ahli keluarga menjadi punca kematian anak keduanya Sabtu lalu.
Abdul Manan Abdul Hamid, 58, berkata, anaknya Abdul Rahim Abdul Manan, 28, yang juga orang kurang upaya (OKU) sangat meminati hidangan laksa dibeli di sebuah kedai di Kampung Seri Landak, Kupang, Kedah.
“Petang Jumaat lepas saya beli tiga bungkus laksa di kedai itu untuk dinikmati lima ahli keluarga di rumah termasuk Allahyarham tapi pada sebelah malam, sekurang-kurangnya empat ahli keluarga kami termasuk Allahyarham dan saya sendiri mengalami sakit cirit-birit luar biasa.
“Kami pergi ke Hospital Gerik keesokan hari dan diberi ubat cirit-birit tapi keadaan kesihatan kami semakin buruk menyebabkan tiga ahli keluarga termasuk Allahyarham dimasukkan ke hospital pada sebelah malam,” katanya.
Abdul Rahim dari Kampung Gerik di sini, berkata demikian selepas menerima kunjungan Ahli Majlis Daerah Gerik, Fadzil Aziz dan Dr Ahmad Safwan di sini, hari ini.
Menurutnya, keadaan menjadi lebih malang apabila keadaan Abdul Rahim semakin serius dan dia akhirnya meninggal dunia pada jam 8.15 malam Sabtu lalu.
“Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gerik, semalam tapi pemergiannya amat mengejutkan kerana keadaan fizikalnya sihat sebelum ini. Saya memang selalu beli laksa di kedai itu (Kampung Seri Landak, Kupang) sebab memang kegemaran Allahyarham.
“Sekarang hanya saya masih dirawat di hospital, seorang lagi anak saya sudah dibenarkan balik ke rumah. Kami sekeluarga juga reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.
Seorang lagi mangsa keracunan makanan, Mohammad Musa Zahedin, 21, dari Kampung Gerik, di sini mengakui fobia untuk menikmati laksa selepas mengalami masalah keracunan makanan terburuk dalam hidupnya.
“Selepas balik kerja Jumaat lepas saya nampak kakak ada beli laksa, jadi saya terus makan sebab lapar. Malam hari yang sama, saya sakit perut luar biasa hingga terpaksa buang air besar lebih 20 kali sebelum akhirnya dimasukkan ke hospital.
“Kakak maklumkan pada saya yang laksa itu dibeli di Kupang, Baling. Lepas ini, memang saya serik hendak makan laksa lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan dua mangsa maut akibat keracunan makanan, manakala lebih sepuluh pesakit terpaksa menerima rawatan di Hospital Gerik.
Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail dalam satu kenyataan media berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung kes melibatkan kematian dipercayai akibat makan laksa di Kampung Seri Landak, Kupang Kedah, minggu lalu.
Semalam, kecoh di laman sosial apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status memaklumkan dua individu meninggal dunia akibat keracunan dipercayai selepas makan laksa dijual di gerai di Kampung Landak, Kupang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...