Sebabkan Varian Omicron, Perdana Menteri New Zealand Nekad Batal Majlis Kahwin

Share

 

She walks the talks!

Dek kerana sekatan pergerakan baharu yang dikenakan di New Zealand demi memperlahankan penyebaran varian Omicron COVID-19, Perdana Menteri negara tersebut Jacinda Ardern sanggup untuk membatalkan majlis perkahwinannya.

Katanya kepada seorang pemberita tempatan, “Perkahwinan saya tidak akan diteruskan,” sambil menyifatkan faktor waktu di mana varian tersebut merebak sehingga meningkatkan jumlah kes di sana sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Apabila ditanya mengenai perasaannya, Jacinda yang menjawab ringkas, “Begitulah kehidupan (that is life).” Bagaimanapun, Jacinda tidak mendedahkan tarikh baru majlisnya setelah ditangguhkan.

Jacinda bersama teman lelakinya, Clarke Gayford dengan anak mereka yang kini berusia 2 tahun. Sumber Foto : The Times UK

Untuk pengetahuan, New Zealand telah beralih ke kategori merah dan kembali mengenakan prosedur operasi standard (SOP) memakai pelitup muka dan mengehadkan perhimpuan terbuka mulai tengah malam Ahad lalu.

Malah, kerajaannya juga kini mengehadkan kapasiti 100 orang saja dalam mana-mana acara seperti perkahwinan serta kawasan kunjungan orang ramai seperti di restoran dan di bar.

Ini susulan laporan sembilan kes varian Omicron Covid-19 yang merebak dari Auckland di pulau utara ke Nelson pulau selatan New Zealand gara-gara satu majlis perkahwinan.

Hasilnya, sebuah keluarga dan seorang pramugari dalam penerbangan tersebut telah disahkan positif.

Kata Ardern, kerajaan New Zealand kini sedang cuba untuk memperlahankan penyebaran varian Omicron kerana mengikut ramalan, New Zealand mampu diserang dengan 1000 kes sehari dalam tempoh beberapa minggu yang mendatang.

Jelaslah, Perdana Menteri New Zealand ini sensitif dengan situasi negaranya yang sedang dilanda wabak dan mengetepikan kepentingan diri seperti majlis perkahwinannya sendiri demi menangani isu yang lebih serius sekarang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
FZ