“Sebagai Pesakit Talasemia.. ” Naib Juara Bee Aishah Buka Cerita Pengsan Belakang Pentas Dewi Remaja 2022

Share

 

Kehadiran pemilik nama Siti Nur Aishah Bee bt Md Nor dalam pencarian Dewi Remaja 2022 tidaklah selancar yang disangka ramai. Ini kerana penyakit Talasemia yang dihadapinya selama ini. Bee, 20 yang berjaya merangkul gelaran Naib Juara Dewi Remaja 2022, Sabtu lalu bagaimanapun tidak menjadikan itu sebagai satu alasan untuk tidak mencuba sehabis baik dalam setiap cabaran yang beri sepanjang empat bulan dalam program tersebut.

Hinggalah sewaktu pentas akhir Dewi Remaja 2022 lalu, orang ramai tidak mengetahui secara meluas mengenai penyakit Talasemia yang dihadapi Bee. ‘Kehilangannya’ ketika pengumuman peserta Top 4 oleh hos, Fikry Ibrahim mencetuskan persoalan dalam kalangan penonton dan penulis mendapatkan kisah sebenar daripada mulut Bee sendiri mengenai kondisi kesihatannya itu.

“Saya tidak sangka Fikry beritahu perkara itu (pengsan) kepada penonton di dalam dewan (ketawa).

“Sebenarnya sejak rehearsal pada petang itu lagi, saya sudah kekurangan oksigen. Semasa kami sedang disiapkan mekap dan baju, saya sudahpun masuk ambulans untuk mengambil oksigen dan tenangkan diri.

“Tamat persembahan tarian kami dan masuk sahaja segmen iklan, (kondisi saya) bertambah teruk. Campur rasa nervous lagi, mungkin itulah punca ia bertambah serius. Saya sesak nafas dan terus pengsan. Kira dua kali jugalah saya pengsan pada masa itu.

“Bagi yang tidak tahu, saya juga merupakan penghidap penyakit Talasemia dan pada minggu persediaan finale itu, kami memang tidak cukup rehat dan tekanan darah saya amat rendah. Sebagai pesakit Talasemia, kami memang diberi amaran untuk tidak membiarkan diri terlalu penat. Mungkin disebabkan minggu terakhir persediaan Dewi Remaja 2022 terlalu padat dengan kelasnya, fitting-nya dan latihan.. jadi kami tidak cukup tidur,” dedah gadis yang berasal dari Johor itu.

 

Tidak Mahu Longlai

“Benar, kakitangan paramedik enggan saya meneruskan saingan tetapi bila mendapat tahu saya layak ke Top 4, saya cakap sahaja boleh (teruskan saingan). Nasib baik abang saya ada di situ untuk mengangkat saya di belakang pentas dan menukar gaun kedua.

“Dalam kepala saya, I just want to finish this. I cannot do this (pengsan dan tidak bermaya).

“Ibu saya ada di situ dan ahli keluarga saya hadir jauh dari Johor untuk melihat saya di atas pentas. I have to be on stage!”

Jelasnya lagi, mindanya masih terganggu semasa menjawab soalan pada pusingan kedua. Sebaik memperolehi soalan daripada Datuk Aznil Haji Nawawi, katanya dia terus menjawab mengikut apa yang terlintas di minda sambil berharap dirinya tidak ‘longlai’ di atas pentas.

 

“Itulah Perasaan Saya..”

“Jangkaan saya sebenarnya hanyalah hingga peringkat Top 10. Itu sudah cukup bagus. Pada malam tersebut, saya hanya ingin have fun sahaja dan lakukan yang terbaik tanpa apa-apa expectation. Saya hanya ingin memperlihatkan kepada ibu saya sisi saya yang cantik (ketawa). Sudah berada dalam kalangan sepuluh orang peserta akhir sudahpun satu pencapaian besar bagi diri saya.”

“Bila nama saya diumumkan sebagai peserta Top 4, memang terkejut kerana saya tidak meletakkan harapan menggunung.

“Bertambah-tambah rasa terkejut bagi saya bila diumumkan sebagai Top 2. Dengan keadaan kesihatan tidak berapa stabil ini, saya pun tidak sangka juri melihat potensi saya hingga tahap ini.

After all the hard work I have put throughout seven episodes and being there in Top 2, barulah sekarang saya mengerti potensi bakat saya. Itulah perasaan saya pada waktu ini. (semasa sidang media Sabtu lalu),” kongsi Bee yang kini merancang untuk menetap di Kuala Lumpur disebabkan peluang yang besar ada di sini.

“Tidak kisahlah, apa jua rezeki dan sesiapa saja yang melihat bakat Bee, Bee akan pergi jika ada peluang. Jika tiada tawaran, Bee akan terus mencarinya,” simpul gadis hitam manis ini.

Tahniah Bee Aishah!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ