Sebak! Hanya Sempat Kenal Mak Sehari Sebelum Allah Tarik Nyawanya

Share

Bagi anak-anak yang tidak merasai kasih sayang ibu semasa kecil, pasti akan selalu terfikir betapa indahnya hidup dalam suasana keluarga yang lengkap, iaitu ada ayah, ibu, abang, adik, kakak dan sebagainya.

Namun perjalanan hidup seseorang itu tidak sama dengan orang lain kerana Allah menguji setiap hambanya dengan cara yang berbeza.

Baca perkongsian ditulis oleh Mohamad Feroz Zaini di fbnya  mengenai seorang pelanggan yang membeli dadihnya, Siva yang juga seorang pemandu lori trelar. Boleh undang sebak bagi anak-anak yang tidak merasai kasih sayang ibu sejak lahir. Memang sedih tapi aturan Allah itu sebaik-baiknya buat umatnya.

Kali pertama saya mendapat panggilan dari seorang lelaki India, saya ingat itu adalah panggilan dari penghantar barangan melalui pos laju.

“Ini encik Feroz ka?” tanya pemanggil di hujun talian.

“Yes Bos.” itu adalah cara saya menjawab setiap panggilan sebagai tanda hormat.

Rupa-rupanya lelaki India yang mengenalkan diri sebagai Siva mahu membeli dadih.

Setelah berbincang, Siva hanya mahukan 10 cawan saja.

“InsyaALLAH, saya boleh buatkan untuk Bos.”

Tetapi misi kali ini memerlukan ketepatan waktu.

Siva adalah pemandu trailer yang membawa kontena dari Pulau Pinang ke Singapura, berulang-alik. Sebaik hari yang ditetapkan, dia datang bersama Prime Mover saja. (Prime Mover adalah kepala lori trelar).

“Mana body?” saya bertanya Siva, sewaktu dia turun dari lori.

Dia ketawa. “Encik Feroz dulu kerja apa? Hari tu bila encik tanya saya beberapa soalan, saya rasa encik ada pengalaman kerja dengan lori?”

Kali ini saya pula ketawa.

“Saya kerja dalam industri perkapalan selama 20 tahun.” saya menjawab dengan senyuman.

“No wonder lah!”

“Eh Bos, boleh saya naik sekejap? sudah lama tak rasa duduk dalam Prime.”

Siva membenarkan dengan senang hati.

Sambil dia menikmati dadih yang dipesan.

Terasa satu perasaan yang sukr untuk digambarkan sewaktu berada dalam Prime Mover.

“Siva, ini gambar siapa?” setelah melihat gambar seorang wanita di selitkan pada sisi cermin.

Dia tersenyum. “Itu gambar mak saya. Dia sudah meninggal dunia.”

Saya mengangguk.

“Saya jumpa dia sehari saja dalam hidup saya.”

Kali ini saya berpaling dan melihat wajah Siva.

Rupa-rupanya, sebelum Siva dilahirkan, ayahnya telah meninggal dunia kerana sakit batuk kering.

Dan sebaik Siva dilahirkan. Ibunya telah menyerahkan Siva kepada jirannya untuk dipelihara.

Siva tidak mahu menceritakan kenapa ibunya menyerahkan dia kepada jiranya.

Dan dia terus mencari ibunya bertahun lamanya.

Akhirnya, dengan kuasa tuhan. Hajatnya dimakbulkan.

Dia dipertemukan dengan ibunya dalam wad ICU. Dan mereka sempat melepaskan rindu yang begitu sarat selama 1 hari.

“Saya akan terus ingat kata-kata ibu saya. Siva, awaklah anak syurga yang saya tinggalkan selama ini …”

Sejak itu, ke mana saja Siva bertugas, dia pasti akan meletakkan gambar ibunya di depan.

“Bila saya letakkan gambar ibu saya, saya nak drive laju pun saya takut, saya nak buat apa pun saya nampak muka ibu saya, kalau saya tak letak, saya rasa rindu, tapi bila saya letak, seolah-olah, dia akan marah kalau saya buat jahat.”

“Eh Bos, mana dadih tadi?” sambil saya tercari-cari dadih yang saya berikan kepadanya.

“Ini …” sambil dia mengangkat bekas plastik berisi dadih yang tinggal 4 bekas.

“Yang lain saya sudah makan, memang sedap!” kata Siva sambil ketawa.

“Dalam keadaan sedih Bos boleh makan sampai 6 cawan … kalau Bos happy macam mana ya?”

Kami sama-sama ketawa terbahak-bahak dalam Prime Mover.

Abang Long.
Berkongsi kisah sewaktu menjual dadih.

# Gembirakanlah saya dengan membeli dadih.

Gambar hiasan : Dari Google

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros