Sebanyak 10,064 Pesakit Berjaya Dirawat, Israel Umum Temui Vaksin Covid-19

Share

COVID-19 kini telah mencatatkan 3,640,473 kes jangkitan, 251,817 kematian di seluruh dunia dan setakat ini, tiada ubat yang dijumpai untuk mencegah atau mengubati virus ini walaupun banyak negara yang cuba menghasilkan vaksin untuk virus pembawa maut ini.

Namun, melalui media Times of Israel, berita penemuan oleh Israel Institute for Biological Research (IIBR) telah diumumkan oleh Kementerian Pertahanan Israel kini sedang dalam proses paten sebelum dihasilkan secara besar-besaran.

Antibodi ini dikatakan berfungsi secara monoklonal dan meneutralkan virus COVID-19 di dalam tubuh pesakit. Sebanyak 10,064 pesakit berjaya dirawat dan plasma daripada tubuh telah dikaji untuk mencari rawatan segera.

Untuk info, Israel antara negara paling awal menutup pintu masuk negara, setakat hari ini Israel telah mencatatkan kes sebanyak 16,268 dengan kadar kematian sebanyak 237 kes, manakala untuk kes aktif adalah sebanyak 5,808.

Namun aktiviti kekejam terhadap penduduk Palestin masih berjalan. Terdahulu, polis Israel dilaporkan telah menyerbu pusat ujian COVID-19 penduduk Palestin dan melakukan soal siasat seterusnya menahan empat aktivis yang terbabit dalam membangunkan pusat ujian itu.

Bukan itu sahaja, rejim Israel juga telah melarang Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk menganjurkan kegiatan di Baitulmaqdis termasuk mengharamkan mereka memasuki  untuk mencegah wabak pandemik itu daripada menular.

Malah mereka juga bertindak biadab apabila memusnahkan sebuah klinik khas bagi pesakit COVID-19 yang sedang dalam pembinaan di Tebing Barat dan merampas bahan binaan yang bertujuan bagi mendirikan sebuah klinik khas untuk pesakit COVID-19.

Tapi betul ke Israel dah ada vaksin? 

Sumber: Time of Israel

Published by
Nana