Drama Korea terbaru, Joseon Exorcist nampaknya mengundang kontroversi kerana sebuah petisyen rasmi telah dibuat untuk menggesa agar drama tersebut dihentikan siarannya.
Menurut Koreaboo, petisyen tersebut dikeluarkan kerana menganggap drama yang dikategorikan sebagai genre fantasi ini sepatutnya membawakan watak lain dan bukannya menggunakan watak daripada kisah sejarah lampau.
Pihak produksi menggunakan tokoh sejarah yang sebenar. Sekiranya penonton luar negara menonton drama ini, mereka khuatir jika penonton akan menganggap bahawa kesemua watak era Joseon dalam drama tersebut adalah benar.
Mereka yang melakukan petisyen ini bukan hanya kerana alasan tersebut, malah bagi mencegah segala kemungkinan yang akan terjadi pada masa hadapan. Dan mereka menyelar tindakan barisan pelakon yang bersetuju mengambil tawaran membintangi drama ini tanpa berfikir akan baik dan buruknya.
Sebelum ini, Joseon Exorcist telah mencetus kontroversi apabila salah sebuah adengan di dalam drama tersebut menonjolkan pelbagai alat kebudayaan negara China. Secara tidak langsung, ia mendapat perhatian ramai kerana jalan ceritanya yang bertentangan dengan sejarah Korea Selatan.
Sebagai reaksi balas, para pengiklan mula menarik diri daripada drama tersebut sehingga SBS mengambil keputusan untuk menghentikan penayangan episod minggu ini.
Walau bagaimanapun, masih ramai netizen yang menganggap hal ini sepatutnya tidak perlu diperbesarkan.
Ramai juga yang tidak bersetuju jika drama ini dihentikan tayangannya. What say you guys?
Sumber: Koreaboo