Semalam merupakan hari pertama bagi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan rata-rata daripada masyarakat Malaysia sudah pun mula bertugas sert menjalani kehidupan harian seperti biasa.
Walau bagaimanapun, kita harus mematuhi guideline yang telah dikeluarkan oleh kerajaan dengan gaya new normal yang seharusnya sudah mula dipraktik mulai sekarang.
Namun, terdapat perkongsian di media sosial tentang keadaan masyarakat yang dikatakan berpusu-pusu di beberapa lokasi.
Hal ini mendapat perhatian pengguna Facebook yang dikenali sebagai Yuhanis Azam, berpendapat bahawa ramai yang berkongsi gambar rakyat Malaysia tidak patuh kepada arahan social distancing
dan menyebarkan nilai negatif dalam diri.Jom kita baca pendapat yang telah dilontarkan oleh Yuhanis Azam ini.
Hari ni ramai yang share tentang rakyat Malaysia yang tak patuh pada social distancing.
Malahan gambar di Kenanga juga di share beramai-ramai, kononnya rakyat Malaysia ‘batak’ nak shopping. Padahal mereka adalah peniaga-peniaga dan staff Kenanga itu sendiri.
Amat sedikit yang share gambar rakyat Malaysia yang masih patuh pada PKP.
Memang perangai sesetengah manusia, benda baik mana nak share.
Ya, ramai yang dah terlalu selesa duduk kat rumah. Apa susah, gaji masuk, BPN masuk.
Mereka lupa, ramai yang kais pagi makan pagi. Ramai yang hilang pendapatan. Ramai yang hilang kerja.
Maka bila nak dilonggarkan PKP, mulalah keluar doa-doa dari mulut mereka:,
“Akan ada gelombang ketiga..”
“Frontliners akan surrender..”
“Lebih ramai yang akan dijangkiti..”
Tak kurang juga dengan mereka yang tak habis-habis memerli dan melabel orang lain.
Semua yang buruk-buruk sahaja..seolah-olah langsung tak ada harapan nak hidup.
Tak apalah, teruskan dengan ratib kalian.
Saya tetap akan share benda-benda yang positif dan doa yang baik-baik.
InsyaAllah, semua rakyat Malaysia akan selamat dari wabak ini.
InsyaAllah, majoriti rakyat Malaysia akan patuh pada PKP dan ambil langkah-langkah berjaga-jaga. Rakyat Malaysia ni taklah teruk seperti yg digambarkan.
InsyaAllah, frontliners kita juga semua hebat-hebat, takkan semudah itu untuk menyerah kalah.
InsyaAllah, kerajaan akan buat yang terbaik untuk rakyat.
Moga dengan pelonggaran PKP ni, golongan yg terkesan akan cepat pulih.
Semoga Malaysia juga cepat pulih.
Gambar ini buktinya! Rakyat Malaysia bukanlah teruk sangat, sampai terlalu bodoh untuk patuhi arahan kerajaan.
Yakin, Allah lindungi Malaysia..!
Yakin, kita akan bebas dari wabak ini!
Yang tak habis-habis nak condemn orang, nak takutkan orang, yang paranoid, moga mereka semua kekal berkurung dalam rumah hingga kes positif menjadi 0.
Sebenarnya, masih ramai masyarakat di Malaysia yang mengamalkan social distancing dan mengenakan topeng muka ketika keluar rumah. Syabas kami ucapkan. Teruskan dengan disiplin ini, kami percaya kita mampu untuk mengekang wabak COVID-19 ini.
Malah, syarikat pengangkutan awam Rapid KL juga berusaha keras dalam memastikan penjarakkan sosial para penumpang yang menaiki pengangkutan awam setiap hari.
Syabas rakyat Malaysia.
Sumber: Yuhanis Azam & Rapid KL