Sebelah Tangan Belajar PdPR, Sebelah Lagi Tanggung Keluarga Dengan Cuci Periuk

Share

 

Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (FMCO), semua orang cuba menguatkan semangat bagi mengharungi keadaan yang tidak stabil sekarang. Masing-masing cuba berikhtiar cara terbaik menanggung kesan ekonomi yang teruk menimpa kita semua.

Seorang remaja berusia 16 tahun yang dikenali sebagai Nik Mohamad Alis Nik Abd Rashid juga tidak terkecuali apabila dia terpaksa seimbangkan kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah dan pada masa yang sama, menjaga ibunya yang sakit serta menanggung kehidupan mereka berdua dengan bekerja di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam laporan oleh Astro Awani, Nik Mohamad Alis terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dengan menjaga ibu Nik Jah Yusoff, 53 sejak beliau diserang angin ahmar tiga tahun lalu. Ayahnya Nik Abd Rashid Nik Jusoh; 57 pula baru saja meninggal dunia dua hari sebelum 1 Syawal lalu.

Justeru, pelajar Tingkatan Empat tersebut kini menjadi satu-satunya ‘bread winner’ bagi keluarga mereka dengan mengambil upah mencuci pinggan dan periuk di sebuah kedai makan. Bayaran RM10-RM15 yang diperolehinya pada setiap hari akan digunakan bagi membeli barang keperluan rumah dan membayar rumah sewa bernilai RM250 sebulan.

*

Cara Nik Mohamad Alis melakukan satu-persatu tugasan tersebut pada setiap hari adalah dengan mengikuti kelas secara maya pada waktu pagi dan hanya bekerja pada sebelah petangnya untuk kira-kira satu jam setengah.

Tugasan harian seperti memandikan ibunya pada setiap hari, mengemas rumah, memasak dan membasuh pakaian pula akan dilakukan Nik Mohammad Alis mengikut ketetapan waktu seperti kebiasaan. Sekiranya ada perkara yang diminta oleh ibu, dia akan dahulukannya dahulu sebelum menyambung semula kelas PdPR.

Nik Mohamad Alis Nik Abd Rashid, 16.

Dalam pada itu, seorang anak tiri kepada Nik Jah juga sekali-sekala akan datang membantu. Namun Nik Mohammad Alis masih menguruskan kehidupan mereka berdua.

Tentunya sebagai ibu, Nik Jah sedih melihat anaknya itu terpaksa bekerja sambil belajar dan menjaganya. Namun beliau tetap bersyukur apabila masih menerima bantuan dari Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Selain itu, baru-baru ini Nik Jah juga menerima sebuah kerusi roda yang disumbangkan oleh Hotel The Grand Renai Kota Bharu.

Sedih mendengar kisah mereka bukan?

Jadi, kita perlulah belajar untuk bersyukur dengan pemberian Ilahi kepada kita yang masih boleh hidup dengan selesa in. Walapun kita sedikit tertekan dengan musim pandemik, lets learn to look at the brighter side of life.

Bagi orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada dua beranak ini, korang boleh berbuat sedemikian ke akaun bank BSN, Nik Mohamad Alis Nik Ab. Rashid (0301-0411-0010-1797) atau menghubungi di talian 017-517 2270.

Published by
FZ