Satu lagi berita yang menggemparkan negara kita. Kematian seorang pelajar Muhammad Ilham Fahmi yang lemas di lombong ketika sedang memancing.
Apa yang lebih memilukan lagi, sebelum mayatnya ditemui, seramai enam orang anggota bomba mati lemas ketika operasi menyelamat.
Jom kita imbas kembali peristiwa yang berlaku kira-kira dua bulan lepas.
Petang semalam, sekitar jam 5.40 petang, mayat pelajar lemas, Muhammad Ilham Fahmy bin Mohd Azzam timbul dipermukaan lombong selepas hampir 24 jam lemas.
Wartawan REMAJA antara yang dapat menyaksikan kejadian sedih dan sebak ini kerana berada di tempat kejadian. Demi kasih kepada seorang anak yang dikandung, ibunya, Rosmilawati Saadin atau mesra disapa Kak Wati tidak makan dan tidur semalaman selepas mendapat tahu anaknya terjatuh ke dalam lombong berkenaan (Fahmy jatuh pada 3 Oktober 2018 sekitar jam 5 lebih).
“Akak tak ada selera. Malam tadi pun tak tidur semalam,” katanya lemah. Katanya lagi, ekoran tidak dapat tidur, dia duduk dekat di lombong sambil menyeru nama anaknya.
“Adik, muncullah adik. Mama tunggu adik ini. Timbullah adik. Mama sayangkan adik sangat-sangat. Mama nak adik selamat. Mama tak sabar tunggu adik balik rumah,” katanya berulang kali.
Sebelum anaknya ditemui, kedua ibu bapa ini mengharapkan anak mereka masih hidup. Namun kini redha dengan takdirnya
Ternyata, doa dari seorang emak sangat mustajab dan Allah memberikan permudah segala urusan.
Ads
REMAJA dapat menyaksikan bagaimana naluri seorang ibu apabila dia berkejar di tebing tasik berpagar selepas katanya dia dapat melihat satu objek timbul dipermukaan air.
“Adik tu, adik,” katanya berulang kali. Ternyata, sebaik jenazah anaknya berjaya diangkat ke dalam bot penyelamat, ibu kepada tiga anak ini terus pengsan malah pengecaman mayat dilakukan oleh suami dan ahli keluarganya kerana Kak Wati masih pengsan.
Dalam pada itu, sebelum mayat Ilham Fahmy muncul, Kak Wati sempat berbual-bual.
“Balik dari sekolah, anak cakap lapar. Dia terus tanya saya masak apa dan dia buka tudung saji. Alhamdulilllah, adik sempat jamah makanan. Petang itu dia cakap lapar lagi dan nak beli mi segera.
Ads
“Saya pesan beli untuk saya juga sebab saya teringin. Saya juga suruh adik belikan kepala parut sebab nak letak di kuih sagu mata ikan yang saya buat petang itu. Nampak beriya adik makan mi segera dan saya suruh kongsi dengan adiknya pun dia tak mahu. Licin dia makan seorang,” katanya sambil menambah, petang itu, anaknya itu meminta izin hendak keluar sekejap.
“Ayahnya memang dah larang jangan ke lombong itu. Tak sangka adik pergi. Bukan untuk memancing pun. Kata dua lagi rakannya yang selamat itu, adik berlari di atas jambatan besi itu sambil membuka baju dan terus tergelincir.
Kawan-kawannya menyelam dan cuba menarik rambutnya tapi adik terus tenggelam,” katanya yang hanya mendapat maklumat berita anaknya lemas itu sesudah suaminya pergi dan balik semula ke rumah untuk menjemputnya dan segera ke lombong itu kembali.
Kenangan raya tahun lalu, arwah Ilham Fahmy sebelah kiri.Mayatnya timbul dipermukaan sejauh 800 dari lokasi ditemui jatuh
Tambah Kak Wati lagi, dua hari sebelum kejadian, anaknya membeli telefon baru, iPhone, hasil titik peluhnya bekerja sendiri.
“Telefon bagaikan nyawa baginya tapi pada hari kejadian, adik tak bawa pun bersamanya. Memang pelik. Dua minggu lalu, arwah ada menulis sesuatu di instagramnya ilhmfhmy dengan kata-kata DULU PANDANG TEPI SENTIASA ADA DI SISI, TAPI SEKARANG PANGGIL TAK ADA YANG MENYAHUT. TAK APALAH, AKU CUBA BISAKAN DIRI.
Ads
Inilah tulisan menimbulkan tanda tanda yang ditulis oleh ilham Fahmy dua minggu sebelum kejadian
“Ini adik tulis pada 24 September lalu semasa ke Cameron Highlands. Hati saya dah terdetik tapi takut nak komen di ignya. Ternyata, ia menjadi bahawa kalau sebelum ini kami sekeluarga ada di sisinya tapi kini tidak siapa yang menyahut. Mungkin itulah maksudnya,”katanya yang tampak sebak saat menunjukkan instagram anaknya itu.
Menyifatkan anaknya sepatutnya mengambil kertas peperiksaan Mathmatik bagi percubaan SPM, Kak Wati akui dia harus tabah bahawa dia sudah kehilangan anak kedua dari tiga beradik kesemua lelaki ini.
Menyifatkan anaknya itu seorang yang berdikari sejak dulu, di mana di hujung minggu anaknya akan membuat kerja-kerja pembersihan rumah demi mencari wang saku, dan Kak Wati turut menjelaskan motosikal LC yang dibawa anaknya adalah dari wang saku bekerjanya.
Kini tiada lagi anak penawar manja hatinya, tiada lagi anak yang akan memanggilnya mama dan segalanya akan menjadi memori pahit tersimpul dek kehilangan seorang anak.
Al-fatihah untuk arwah adik Muhammad Ilham Fahmy bin Mohd Azzam. Moga rohnya di tempatkan di kalangan orang beriman.
*****
Kejadian ini juga telah membuka mata rakyat Malaysia tentang besarnya pengorbanan seorang anggota bomba. Jika selama ini mungkin kita menganggap tugas mereka hanya memadam kebakaran, namun sebenarnya tanggungjawab yang digalas itu jauh lebih besar.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini kerajaan telah pun memperkenalkan program SAVE1.0 dan 2.0 yang membabitkan pemberian e-rebat kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga buatan tempatan.
Kini, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sekali lagi telah melancarkan Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0 iaitu pemberian e-rebat sehingga RM400 untuk pembelian elektrik cekap tenaga berlabel empat atau lima bintang oleh Suruhanjaya Tenaga 2022.
Penyediaan insentif e-rebat ini bertujuan menggalakkan lebih ramai pengguna elektrik melaksanakan amalan cekap tenaga, sekali gus menyumbang kepada penjimatan penggunaan tenaga dan bil elektrik.
Terdapat dua kategori peralatan di bawah program ini iaitu kategori satu membabitkan peti sejuk dan penyaman udara, manakala kategori dua televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi.
Walau bagaimanapun, rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian tahun ini berdasarkan ‘first come first serve basis’. Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0. Penebusan dan pembelian barangan elektrik ini boleh dilakukan sekarang sehingga Disember 2022.
Bagaimana cara nak memohon?
Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.
Cepat guys, ‘first come first serve basis’ kalau lambat nanti melepas. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Secara purata, ketinggian lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing adalah sekitar 165 dan 153 cm. Selalunya lelaki Malaysia yang tinggi pun hanya sekitar 185 cm.
Namun, seorang remaja lelaki di China yang baru berusia 14 tahun ini bakal menjadi remaja tertinggi di dunia. Wow!
Xiaoyu yang juga masih bergelar pelajar sekolah ini berasal dari bandar Leshan di Wilayah Sichuan di China dilihat berdiri lebih tinggi berbanding keluarga dan rakan-rakannya.
Dengan ketinggian 7 kaki 3 inci ( 221 sentimeter), remaja itu menunggu pengesahan daripada Guinness World Record sebagai remaja lelaki tertinggi di dunia.
Ketinggian terbaru Xioyu dicatatkan pada hari lahirnya yang ke-14 tahun pada Ahad ( 18 oktober)
Keadaanya yang begitu besar menyebabkan dia memerlukan perabot yang ditempah khas untuknya.
Pada Ogos lalu, keluarganya mengemukakan permohonan agar Xiaoyu diperakui secara rasmi sebagai Remaha Tertinggi (lelaki) dalam Guinness Book of World Record.
Berdasarkan Rekod Dunia Guinnes (GWR), Sultan Kosen yang berusia 35 tahun, berasal dari Turki adalah lelaki tertinggi dengan ketinggian lebih kurang 244 cm (8’1 kaki).
Dinobatkan sebagai Raja Pecut No 1 Di Dunia di Men Elite Keirin.
Pelumba berusia 31 tahun yang terkenal dengan jolokan “The Pocket Rocketman” berada dalam kelas tersendiri apabila muncul sebagai Raja Pecut Dunia.
Berita gembira ini turut di sampaikan menerusi laman Facebook rasmi Team Malaysia, Azizul berjaya mendapat sebanyak 2560 mata dalam acara tersebut sekaligus menewaskan pasukan lawan dengan meninggalkan 9 mata iaitu pesaing terdekatnya dari Jepun, Yudai Nitta berada di tangga kedua dengan 2,551 mata.
“The Pocket Rocketman, No.1 di dunia!” kata posting Team Malaysia.
Secara tidak langsung, kedudukan tersebut menjadikan pelumba berusia 32 tahun itu sebagai juara ranking pertama di dunia dan sebutir pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal disumbangkan menerusi acara trek berbasikal.
Posting tersebut menerima pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya mengucapkan tahniah disamping memuji kehebatan pelumba trek berbasikal berkenaan.
Tahniah kami ucapkan buat atlet-atlet yang berjuang dan mengharumkan nama negara diperingkat antarabangsa. Syabas raja pecut No 1 dunia, Mohd Azizulhasni Awang!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...