Sebelum Balik Raya, Download Aplikasi Ini Kalau Nak Rumah Betul-Betul Selamat

Share

Bila hari raya ramai risau nak tinggalkan rumah dalam tempoh masa yang agak lama. Dah banyak jenayah berlaku yang selalu kita dengar, lebih-lebih lagi pada musim perayaan.

Nak balik kampung pun rasa tak senang hati. Kalau nak harapkan jiran tetangga pun tak boleh juga, ya la mereka pun ada yang beraya di luar daerah. Jadi, serahkan saja keselamatan kawasan perumahan korang tu pada pihak yang bertanggungjawab.

Sekarang ni dah mudah, dengan adanya aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) korang boleh mengisi borang maklum balas balik kampung menerusi apps ini dengan mudah dan pantas.

Setiap maklum balas akan diterima dan pihak PDRM akan membuat rondaan dan pemantauan secara berkala menerusi elemen tugasan seperti URB dan MPV.

Setiap rumah yang dilawati akan diberi notis lawatan sebagai bukti rumah korang telah dilawati dan dipantau.

Korang boleh download melalui Google Playstore dan apps store bagi pengguna iPhone, tapi korang kena daftar terlebih dahulu sebagai ahli VSP.

Rasa lega sikit kan bila ada pihak berkuasa mengawasi tempat tinggal kita sepanjang tempoh balik kampung. Walau bagaimanapun, korang tetap perlu pasti kan keselamatan rumah korang terjaga.

Kalau boleh, kunci semua pintu dan pagar rumah dengan mangga kunci dan tutup tingkap jangan biarkan terbuka kerana ia boleh mengundang penjenayah untuk menyelinap masuk ke rumah.

Walaupun rumah dah diawasi oleh pihak polis, tapi janganlah pula korang ambil lewa dengan perkara-perkara keselamatan ini. Keselamatan rumah tetap jadi tanggungjawab utama korang.

Sumber: Polis Johor

Published by
Noor Ain Norman