Selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa industri pelancongan domestik sudah boleh mula beroperasi, ramai yang sudah mula merancang percutian bersama orang tersayang.
Antara tempat tumpuan rakyat Malaysia adalah Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Cameron Highland dan bandaraya bersejarah Melaka.
Sememangnya negara kita sendiri mempunyai banyak lokasi menarik untuk dilawati.
Namun begitu, korang tetap perlu mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan COVID-19 terus berlaku. Maklum sahaja, virus tersebut masih belum berjaya dihapuskan sepenuhnya, jadi kita perlu sentiasa berhati-hati.
Oleh itu, sekiranya korang perlu check-in ke hotel atau Airbnb sewaktu melancong nanti, terdapat beberapa perkara yang disarankan oleh Public Health Malaysia untuk korang lakukan dan antaranya adalah seperti berikut:
• Hanya pilih hotel yang mematuhi SOP
• Sediakan cecair disinfeksi atau bawa spray disinfeksi
• Semburkan di tombol pintu, tandas, katil, permukaan yang sering di sentuh
• Buka tingkap dan pintu untuk beberapa minit untuk pengudaraan dan pencahayaan
Dengan melakukan perkara-perkara tersebut, setidaknya korang sudah mengambil langkah berjaga-jaga kerana korang tidak tahu siapa yang menggunakan bilik tersebut sebelum itu.
Mungkin pihak hotel turut melaksanakan proses disinfeksi ini juga tapi tak salahkan sekiranya kita turut mengamalkan norma baru ini?
Apa-apa pun kami sekali lagi ingin mengingatkan bahawa sekiranya korang akan bercuti di tempat-tempat pelancongan negara nanti, pastikan sentiasa menggunakan topeng muka dan hand sanitizer. Jangan lupa pratikkan norma baru ya?