Kehadiran kumpulan indie Korea Selatan, The Rose di Mega Star Arena, Kuala Lumpur tepat jam 8.30 malam ini cukup istimewa bagi ramai peminat mereka.

Ini memandangkan The Rose kembali memilih Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi persinggahan Asia Tenggara mereka bersempena jelahah The Rose Dawn to Dusk Tour; hanya beberapa bulan sebelum muncul di pentas festival Coachella, April kelak.

Sebelum Coachella 2024, Grup ‘K-Indie’ The Rose Turun KL Dahulu Minggu Ini

Sebagai Black Roses tegar (panggilan untuk para peminat) tentunya mereka terharu apabila kumpulan indie kegemaran mereka itu tidak melupakan Kuala Lumpur sama sekali.

Untuk pengetahuan korang, The Rose ditubuhkan dalam kalangan ahlinya yang bertemu melalui acara busking di sekitar Seoul.

Daripada kehidupan sebagai buskers, bakat yang ada pada mereka ini diteruskan dengan usaha gigih sehinggalah mereka dinamakan sebagai Band of the Year di Prêmio Annual K4US Brazil pada 2022. Haa, hebat kan!

Ads

Sebelum Coachella 2024, Grup ‘K-Indie’ The Rose Turun KL Dahulu Minggu Ini

Apa yang menjadikan The Rose berbeza adalah kerana mereka bukan hanya popular sebagai sebuah kumpulan. Malah, setiap anggotanya juga mempunyai kejayaan peribadi dalam industri seni.

Ini termasuklah Woosung yang begitu dikenali dalam kalangan peminat BTS selepas beliau meluncurkan single berjudul Snooze bersama Suga BTS.

Ads

Ahli-ahli lain juga tidak kurang hebatnya. Dojoon, Hajoon dan Jaehyeong pernah muncul dalam beberapa siri K-drama dan siri web.

Sebelum Coachella 2024, Grup ‘K-Indie’ The Rose Turun KL Dahulu Minggu Ini

Sebelum Coachella 2024, Grup ‘K-Indie’ The Rose Turun KL Dahulu Minggu Ini

Ads

Sebelum Coachella 2024, Grup ‘K-Indie’ The Rose Turun KL Dahulu Minggu IniSebelum Coachella 2024, Grup ‘K-Indie’ The Rose Turun KL Dahulu Minggu Ini

Tentunya pada konsert malam ini, peminat The Rose juga tidak sabar lagi untuk menyaksikan mereka secara live, mendapatkan lanyard, poster pek pick gitar dan sampel minyak wangi (wow!) bernama Black Rose milik kumpulan itu yang bakal dijual tidak lama lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI