Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir pada sesi uji bakat pertama Dewi Remaja yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lepas.
Bagi memberi gambaran bagaimana proses uji bakat ini diadakan, korang perlu melalui empat peringkat dimana untuk first stage adalah sesi pendaftaran yang memerlukan peserta membawa majalah Remaja edisi Oktober. Jangan risau kalau tak sempat nak beli di luar, kami turut membuka kaunter jualan majalah di tempat casting.
Di stage ini, korang akan diberikan borang dan diminta untuk mengisi butiran peribadi yang kami perlukan, seterusnya borang online
di www.remaja.my/dewi-audition. Tapi korang tak boleh isi secara online sebelum dapat borang penyertaan di kaunter. So, kalau nak menyertai casting ini, korang perlu terus datang ke lokasi Tingkat 8 Hotel Premiera, Kuala Lumpur.Selepas mendapat nombor giliran, korang akan dibawa ke second stage dan disinilah peserta akan dinilai terlebih dahulu. Biasalah, first impression yang paling penting kan. So, korang kena perkenalkan diri dan beritahu juri apa kelebihan yang ada untuk dipilih sebagai finalis Dewi Remaja.
Sekiranya pihak juri berpuas hati dan melihat potensi pada peserta, jadi korang akan diserapkan ke stage ketiga untuk dinilai secara keseluruhannya. Tapi, jika gagal meyakinkan juri di peringkat pertama ini, maka terpaksalah pulang dan bermakna korang tidak terpilih untuk menyertai Dewi Remaja kali ini.
Tapi janganlah putus asa. Korang boleh datang lagi casting pada hari seterusnya tetapi kali ini perlulah lebih bersedia dan lebih baik.
Disinilah penentuan sama ada korang terpilih sebagai shortlisted atau tidak. Dalam stage ini, juri akan menilai dengan lebih detail. Bukan saja paras rupa, kelebihan seperti bakat dan keistimewaan yang ada juga menjadi bonus untuk penilaian pada stage ini.
Seterusnya, time dah happy bila juri pilih korang sebagai shortlisted, stage empat ni pula perlu melalui sesi interview bersama dengan panel yang ditugaskan untuk membuat background check peserta.
Ala chill la, dah sampai stage ni mereka hanya nak kenal korang dengan lebih rapat je. Paling penting, jangan bagi maklumat palsu pula ya. Sekiranya pihak kami dapat mengesan maklumat yang diberikan itu tidak benar, maka korang boleh terus disingkirkan.
Bila dah lepas keempat-empat stage ni, barulah korang akan menjalani sesi photoshoot.
So, pastikan korang bersedia dan membuat persiapan sebelum datang casting nanti. Jangan pula nanti juri tanya tergagap-gagap nak jawab. Hiks!
Sebelum tu, apa kata korang lihat sendiri antara momen-momen yang sempat dirakam pada sesi casting yang lepas.
Antara yang tersenarai dalam shortlisted
Oh lagi satu nak diingatkan, bersedialah untuk stay sampai malam sebab jumlah peserta yang datang boleh tahan ramai. Hehe! Okay jumpa korang this weekend!