Seperti yang korang tahu, skop kerja seorang gynecologist atau pakar sakit puan ni melibatkan bahagian badan yang paling sensitif bagi seorang perempuan – Miss V.
Bukan perempuan je yang selalu kena mengadap pakar sakit puan tau! Lelaki pun perlu berjumpa dengan pakar sakit tuan atau dikenali sebagai urologist. Cuma kali ini, kita fokuskan kepada gynecologist kerana masih ramai remaja perempuan di luar sana yang malu atau takut untuk mengatur appointment bersama pakar.
Penulis duduk bercakap sebentar bersama seorang gynecologist dan keutarakan kesemua soalan penting yang korang mesti nak tanya kepada mereka. Here it goes..
01
Bila Boleh Book Appointment?
Korang tak perlu sakit pun untuk berjumpa dengan gynecologist untuk kali pertama. “Saya cadangkan remaja mula lakukan appointment dari usia 13-15 tahun kerana hormon mulai ‘berkembang’ dan korang perlu tahu all-the-basic-stuffs pada usia tersebut.
“Tapi kalau belum pernah jumpa lagi, sekarang adalah masa terbaik untuk berbuat sedemikian. Lebih cepat, lebih mudah korang develop hubungan yang rapat dengan gynecologist bagi mengelakkan rasa malu.”
02
Shave Atau Wax?
Selalunya, perempuan akan merasa self-conscious sekiranya terpaksa memperlihatkan anggota badan mereka. Iyalah, mana pernah kita tunjukkan Miss V atau hhm – payudara kepada sesiapa, kecuali semasa kecil. Sebab itulah, perempuan akan rasa ‘terpaksa’ untuk mencukur atau mencabut rerambut di sekitar Miss V.
Ads
Bagaimanapun menurut doktor, shaving atau waxing bukanlah satu kewajiban. “Nak shave atau tak, itu adalah pilihan peribadi. Rawatan atau check up yang dilakukan hanya memerlukan korang menjaga kebersihan pada alat sulit. Thorough showering is good enough.”
03
Nak Suruh Masuk Sekali Ke Tak?
Hampir 100% remaja yang berjumpa gynecologist untuk kali pertama akan membawa seseorang menemani mereka. Tak kisahlah sama ada ia adik, kakak, emak atau BFF korang, mereka dibenarkan masuk ke dalam bilik pemeriksaan.
“It is up to you. Jika korang rasa lebih relaks jika teman masuk sekali, we are okay with it. Kami tak akan meminta mereka keluar, kecuali jika pesakit sendiri yang request.”
04
Malu = Sorokkan History
Rasa malu dan gelisah itu adalah perasaan normal. Tetapi, satu perkara yang perlu korang elakkan adalah menyorokkan info penting atau sejarah kesihatan korang serta keluarga.
“Kita perlu establish ruang yang selamat agar komunikasi di antara pesakit dan doktor menjadi lancar. Kesemua gynecologist memahami etika perlu merahsiakan apa-apa info mengenai pesakit. Sekiranya korang datang sorok-sorok tanpa pengetahuan sesiapa pun, we will consider the visit as private. It is just between us.”
Ads
05
Bagaimana Kalau Datang Bulan?
Menetapkan appointment semasa period bukanlah idea terbaik. Ini kerana keputusan pemeriksaan pesakit semasa dia datang bulan selalu tidak tepat.
“Contohnya jika korang melakukan pemeriksaan pap smear semasa datang bulan, darah yang mengalir akan mengganggu keputusan. Hormon juga akan berubah pada waktu itu, lalu menjadikan pemeriksaan payudara tak menyelesakan langsung.”
Nampaknya, lebih baik korang reschedule balik.
06
Wajib Lakukan Ujian Pelvik?
Sekiranya belum berusia 21 tahun, ujian pelvik tidak perlu dilakukan. KECUALI jika pesakit yang berusia bawah 21 tahun mempunyai masalah pada bahagian alat sulit.
Ads
07
Err…Kena Cucuk Jarum Dapatkan Darah?
Jika korang berdepan dengan kitaran haid tidak teratur atau ingin lakukan pemeriksaan jangkitan kelamin, most likely doktor perlu dapatkan sampel darah.
Selain itu, pesakit tak perlu cucuk jarum ketika berjumpa gynecologist, yayy!
*****
Seperkara lagi girls, doktor menasihatkan korang untuk mengambil air suam atau masak sebelum keluar rumah pada hari pemeriksaan. Ini kerana pesakit perlu melakukan ujian air kencing dan ujian ‘dipstick’ bagi melihat ada simptom tidak normal pada badan pesakit, yang pesakit sendiri tak aware!
Contohnya, infeksi pundi kencing dan penyakit kencing manis.
This is not to scare you, NO!Tetapi ini adalah rutin berjaga-jaga. TBH, gynecologist adalah antara pakar dalam dunia perubatan yang paling baik, sopan dan mesra. Jangan takut okay untuk tetapkan appointment.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu kajian yang dilaporkan oleh Reuters menjelaskan bahawa Profesor Jean-Francis Delfraissy yang mengetuai majlis saintifik menasihati kerajaan berkaitan epidemik itu berkata seramai 17 juta daripada rakyat Perancis yang berjumlah 67 juta berisiko tinggi terhadap COVID-19 disebabkan faktor usia, sudah mempunyai penyakit tertentu dan juga obesiti.
Menurut beliau lagi, virus ini sangat dahsyat ia boleh menjangkiti orang muda, terutamanya individu yang obes. Jadi, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan perlu berhati-hati.
Gambar hiasan
Hal ini juga menjadi kebimbangan kepada rakyat di Amerika yang terkenal dengan masalah obesiti dan mereka mungkin mempunyai banyak masalah yang disebabkan oleh obesiti.
Kadar kematian bagi orang muda yang dimasukkan ke hospital dengan penyakit pernafasan teruk akibat COVID-19 adalah 2 peratus, namun ia boleh meningkat sehingga 14 peratus bagi mereka yang lemah.
Gambar hiasan
88% daripada mereka yang dijangkiti COVID-19 ini hanya mengalami simptom seperti selesema teruk.
Jelas sekali virus ini tidak mengenal umur dan mampu untuk menjangkiti sesiapa sahaja. Tidak kira sama ada obes atau tidak, kita seharusnya menjaga kesihatan dengan lebih baik lebih-lebih lagi dalam waktu sekarang ni.
Lambakan jenama fesyen yang mengeluarkan koleksi lebaran saban tahun membuatkan lebih ramai pereka fesyen memerah keringat kreatif bagi mencipta rekaan baharu lagi segar.
Salah seorang pereka yang mempunyai pengalaman mendalam bagi mendapatkan ilham di luar kotak setiap kali tiba musim perayaan Aidilfitri tidak lain tidak bukan ialah Pengarah Kreatif dan Pengasas jenama BEHATI, Kel Wen.
Tidak sah rasanya jika catitan mengenai koleksi Aidilfitri tidak menyentuh buah tangan terkini daripada BEHATI dan tahun 2024 sebegitu juga.
Kel Wen ketika dihubungi REMAJA berkongsi serba sedikit mengenai koleksi lebaran yang dinamakan S U C I.
Apakah pembaharuan untuk koleksi lebaran BEHATI tahun ini?
Tahun ini, BEHATI ingin kembali ke arah asal kami dengan memberi fokus kepada fesyen itu sendiri. Oleh itu jika korang perasaan, kami tidak melantik mana-mana selebriti mahupun pempengaruh sebagai muse BEHATI pada tahun ini untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada helaian koleksi S U C I.
Jika pada tahun-tahun sudah, rata-rata kempen lebaran BEHATI akan menjemput selebriti dan pempengaruh untuk mewarnainya. Kali ini, saya memperoleh ilham daripada gabungan elemen kebaratan dalam busana tradisional masyarakat Melayu. Rata-rata helaian bersifat clean lines, ringkas dan bermain dengan siluet pada tubuh si pemakai.
Bagaimana elemen kebaratan boleh diekstrak sebagai persalinan Aidilfitri?
Kata kunci terletak pada gaya minimal. Kali ini, saya cuba gabungkan potongan suiting dengan elemen Baju Melayu yang sinonim dengan kita semua. Oleh itu, bahagian bahunya lebih berstruktur, bahagian pinggangnya ada yang mengikut bentuk ukur lilit.
Begitu juga dengan pilihan fabrik serta rona yang sedondon dari bahagian baju, seluar dan samping; mirip persalinan sut lelaki di negara-negara Barat. Jika diperhatikan pada zaman penjajahan dahulu pun, masyarakat Melayu sudah pun terbuka untuk menerima pengaruh Barat dalam soal berpakaian.
Idea kali ini saya tidak rasakan membelakangi adat berpakaian masyarakat Melayu. Sebaliknya, ia merupakan gabungan yang tidaklah keterlaluan dan yang penting, masih mengekalkan kesopanan pemakai.
Salah satu helaian yang diperkatakan orang ramai adalah Baju Melayu berskala mega anda. Kongsikan idea di sebaliknya.
Ya! Saya banyak menerima pertanyaan adakah persalinan tersebut jatuh dalam kategori jubah atau ‘gaun lelaki’. Bagi saya, ia merupakan Baju Melayu bersaiz XXXXXL mengikut sizing proportion sebenar dalam fesyen. Saiz tersebut cukup-cukup untuk dijadikan sebagai persalinan persis jubah lelaki… atau wanita. Terpulang kepada siapa yang teringin untuk memakainya.
BEHATI dahulu mulai tular disebabkan Baju Melayu oversize. It is only right to extend the meaning behind ‘oversize’. Tujuan kami memperkenalkan Baju Melayu XXXXXL ini adalah untuk mengajak pencinta fesyen untuk melihat tradisi dalam konteks yang lebih luas daripada kebiasaan.
Semua tahu pengikut BEHATI terdiri daripada mereka yang daring, yakin dan ingin stand out berbanding mereka di sekeliling. Sebab itulah mereka tidak pernah terlepas daripada mendapatkan persalinan lebaran dari BEHATI. Oleh itu, rekaan Baju Melayu XXXXXL ini adalah khas buat mereka.
It is a conversational starter. Bahagian hadapannya lengkap dengan ‘poket’ Baju Melayu berskala besar. Lengan pemakai pula akan muncul dari bahagian slit di sisi. Jika mereka ingin mengambil OOTD for the gram, boleh sahaja mereka memegang batang kayu di bahagian dalam seperti yang kami pertontonkan dalam imej kempen.
Bagaimana pula dengan rekaan Baju Melayu tanpa lengan anda?
Saya akui, ini merupakan stail baharu yang BEHATI cuba kehadapankan tahun ini. Ia dinamakan sebagai Baju Melayu Bujang dan didatangkan dengan seluar berfabrik songket.
Ia diinspirasikan oleh lelaki bujang, seperti saya, yang lebih selesa dengan gaya ringkas bersinglet dan berseluar labuh atau bersarong di rumah. Oleh itu, Baju Melayu Bujang adalah interpretasi saya untuk gaya di dalam rumah yang boleh dibawa ke luar rumah.
This wearer is definitely the life of a party. It is loud, fun and charismatic. Bagi saya, fesyen itu tidak perlu terlalu serius. Asalkan persalinan itu menutupi bahagian yang perlu, bagi saya ia tetap sopan untuk digayakan.
***
Koleksi S U C I oleh BEHATI (drop 1 & 2) kini boleh didapati di laman web rasminya. BEHATI turut terlibat dalam beberapa acara jualan Aidilfitri termasuklah di acara StarVendor, Absolut Bazaar dan di perkarangan Starhill Kuala Lumpur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
PELAJAR jurusan undang-undang dari Republik Czech, Krystyna Pyszková dinobatkan sebagai Miss World 2024 dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan di Mumbai, India, pada malam Sabtu lepas.
Gadis cantik berusia 25 tahun ini berjaya mengalahkan 112 peserta yang lain untuk merebut gelaran tersebut.
Isu Penjagaan Kesihatan Wanita
Memberikan jawapan bernas ketika ditanya tentang isu berkaitan penjagaan kesihatan wanita, yang mana dia berpandangan bahawa masyarakat harus membuang stigma dan rasa malu untuk membicarakan perihal menstruasi (haid).
Dia yang juga seorang model berkata’ menjadi wanita adalah satu anugerah’ dan menstruasi tidak sepatutnya menjadi subjek tabu.
Impian Jadi Kenyataan
Malah, Krystyna Pyszková yang teruja dengan kemenangannya turut menyatakan impiannya menjadi kenyataan.
“Menjadi Miss World adalah impian yang menjadi kenyataan. “Saya amat berbesar hati untuk mewakili negara saya dan nilai-nilai ‘kecantikan dengan tujuan’ di platform global,” kata Pyszkova.
Miss World 2023, Karoline Bielawska dari Poland, menyerahkan mahkota kepadanya Krystyna Pyszková. Malah, para peserta memakai skirt dan blaus bersulam tebal serta menari mengikut lagu popular Bollywood. Pertandingan ratu cantik itu kembali ke India buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun.
Di sini Shetty dari India telah tersingkir selepas mara ke peringkat lapan akhir. Enam wanita India telah memenangi gelaran itu, termasuk Reita Faria (1966), Aishwarya Rai (1994), Diana Hayden (1997), Yukta Mookhey (1999), Priyanka Chopra (2000) dan Manushi Chillar (2017).
Pertandingan Miss World ke-71 itu dihoskan oleh pembuat filem Bollywood Karan Johar dan Miss World 2013, Megan Young dari Filipina.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...