Yes girls, you can thank us later.
Seperti yang korang tahu, skop kerja seorang gynecologist atau pakar sakit puan ni melibatkan bahagian badan yang paling sensitif bagi seorang perempuan – Miss V.
Bukan perempuan je yang selalu kena mengadap pakar sakit puan tau! Lelaki pun perlu berjumpa dengan pakar sakit tuan atau dikenali sebagai urologist. Cuma kali ini, kita fokuskan kepada gynecologist kerana masih ramai remaja perempuan di luar sana yang malu atau takut untuk mengatur appointment bersama pakar.
Penulis duduk bercakap sebentar bersama seorang gynecologist dan keutarakan kesemua soalan penting yang korang mesti nak tanya kepada mereka. Here it goes..
Bila Boleh Book Appointment?
Korang tak perlu sakit pun untuk berjumpa dengan gynecologist untuk kali pertama. “Saya cadangkan remaja mula lakukan appointment
dari usia 13-15 tahun kerana hormon mulai ‘berkembang’ dan korang perlu tahu all-the-basic-stuffs pada usia tersebut.“Tapi kalau belum pernah jumpa lagi, sekarang adalah masa terbaik untuk berbuat sedemikian. Lebih cepat, lebih mudah korang develop hubungan yang rapat dengan gynecologist bagi mengelakkan rasa malu.”
Shave Atau Wax?
Selalunya, perempuan akan merasa self-conscious sekiranya terpaksa memperlihatkan anggota badan mereka. Iyalah, mana pernah kita tunjukkan Miss V atau hhm – payudara kepada sesiapa, kecuali semasa kecil. Sebab itulah, perempuan akan rasa ‘terpaksa’ untuk mencukur atau mencabut rerambut di sekitar Miss V.
Bagaimanapun menurut doktor, shaving atau waxing bukanlah satu kewajiban. “Nak shave atau tak, itu adalah pilihan peribadi. Rawatan atau check up yang dilakukan hanya memerlukan korang menjaga kebersihan pada alat sulit. Thorough showering is good enough.”
Nak Suruh Masuk Sekali Ke Tak?
Hampir 100% remaja yang berjumpa gynecologist untuk kali pertama akan membawa seseorang menemani mereka. Tak kisahlah sama ada ia adik, kakak, emak atau BFF korang, mereka dibenarkan masuk ke dalam bilik pemeriksaan.
“It is up to you. Jika korang rasa lebih relaks jika teman masuk sekali, we are okay with it.
Kami tak akan meminta mereka keluar, kecuali jika pesakit sendiri yang request.”
Malu = Sorokkan History
Rasa malu dan gelisah itu adalah perasaan normal. Tetapi, satu perkara yang perlu korang elakkan adalah menyorokkan info penting atau sejarah kesihatan korang serta keluarga.
“Kita perlu establish ruang yang selamat agar komunikasi di antara pesakit dan doktor menjadi lancar. Kesemua gynecologist memahami etika perlu merahsiakan apa-apa info mengenai pesakit. Sekiranya korang datang sorok-sorok tanpa pengetahuan sesiapa pun, we will consider the visit as private. It is just between us.”
Bagaimana Kalau Datang Bulan?
Menetapkan appointment semasa period bukanlah idea terbaik. Ini kerana keputusan pemeriksaan pesakit semasa dia datang bulan selalu tidak tepat.
“Contohnya jika korang melakukan pemeriksaan pap smear semasa datang bulan, darah yang mengalir akan mengganggu keputusan. Hormon juga akan berubah pada waktu itu, lalu menjadikan pemeriksaan payudara tak menyelesakan langsung.”
Nampaknya, lebih baik korang reschedule balik.
Wajib Lakukan Ujian Pelvik?
Sekiranya belum berusia 21 tahun, ujian pelvik tidak perlu dilakukan. KECUALI jika pesakit yang berusia bawah 21 tahun mempunyai masalah pada bahagian alat sulit.
Err…Kena Cucuk Jarum Dapatkan Darah?
Jika korang berdepan dengan kitaran haid tidak teratur atau ingin lakukan pemeriksaan jangkitan kelamin, most likely doktor perlu dapatkan sampel darah.
Selain itu, pesakit tak perlu cucuk jarum ketika berjumpa gynecologist, yayy!
*****
Seperkara lagi girls, doktor menasihatkan korang untuk mengambil air suam atau masak sebelum keluar rumah pada hari pemeriksaan. Ini kerana pesakit perlu melakukan ujian air kencing dan ujian ‘dipstick’ bagi melihat ada simptom tidak normal pada badan pesakit, yang pesakit sendiri tak aware!
Contohnya, infeksi pundi kencing dan penyakit kencing manis.
This is not to scare you, NO! Tetapi ini adalah rutin berjaga-jaga. TBH, gynecologist adalah antara pakar dalam dunia perubatan yang paling baik, sopan dan mesra. Jangan takut okay untuk tetapkan appointment.